Masa Itu…

Apa tafsiran mengenai masa boleh kita dapati di internet? Mr Tehr cuba buat carian dengan kata kunci ‘masa itu’ untuk mengetahui apa yang ditulis orang mengenainya. Ada banyak tafsiran yang diperolehi kerana pandangan setiap orang mengenainya berbeza. Orang lelaki kata lain, wanita pula kata lain.

masa itu

ada yang kata masa itu jam
sepanjang hari pejam celik pejam

ada yang kata masa itu wang
kerja pagi hingga malam sampai siang

ada yang kata masa itu emas
ramai pula orang sanggup mati lemas

ada yang kata masa itu pedang
silap-silap hitung kepala boleh hilang

ada yang kata masa itu nyawa
peluang untuk kita hidup di alam dunia

ada yang kata masa itu kehidupan
baik buruk perkara telah kita kerjakan

ada yang kata masa itu kertas tisu
mr tehr sendiri tak faham kenapa jadi begitu :D

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Surah Al ‘Asr

TehrDemikian kisah 'Masa Itu…' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


44 Comments

  1. padin says:

    erkk kenapa dengan masa itu kertas tisu? aku pun tak paham huu..
    mungkin mudah hilang??
    padin baru je tulis kisah PeminatMy Profile

    1. tehr says:

      tu la yang aku pelik tu, bro
      kenapa pulak kertas tisu

      1. Mus says:

        mudah koyak dan sukar disambung kot
        Mus baru je tulis kisah Tiket Balik Raya Dah Settle, Tapi..My Profile

    2. akubiomed says:

      Err..siapa-siapa boleh jelaskan apa maksud masa itu tisu kertas? tidak pernah dengan perumpaan tersebut sebelum ini

  2. maza says:

    ..masa itu sudah tamat
    dan harimau malaya sudah tersekat
    jawabnya tinggallah tertambat
    tak dapat
    melangkah jauh ke pusingan seterusnya.. uhuk!

    dalam hati ada sedih..
    maza baru je tulis kisah Singapura vs Malaysia (Keputusan)My Profile

    1. tehr says:

      masa itu rasa sedih la juga
      huhu

      tapi bangga dengan permainan mereka

      1. padin says:

        permainan yang baik di tunjukkan, cuma mungkin tuah tak menyebelahi.. player singapore pun asyik sakit je.. melemahkan momentum penguasaan Malaysia
        padin baru je tulis kisah PeminatMy Profile

        1. bEe says:

          Itu “masa” org lelaki byk mengomen… huhu

  3. ghost writer says:

    banyak sangat mereka definisikan soal masa.bagi aku masa adalah peringatan untuk kita.paling mudah untuk kita sedar akan kepentingan masa.
    ghost writer baru je tulis kisah ladionic-codeMy Profile

    1. tehr says:

      siapa yang tak sedar atau tak mahu sedar dan pura2 tak sedar
      akan terus rugi

  4. Jai says:

    Masa itu kertas tisu
    Dek kerana hawa nafsu
    Manusia jadi lesu

    Alamak, nape x cukup 1 baris nih…ha3

    1. Mus says:

      style pantun baru kot.. hihihi
      Mus baru je tulis kisah Hahaha.. Terpaksa Sengaja Buang Angin Tepi JalanMy Profile

    2. tehr says:

      sambung, jai

      …badan letih akal tak tentu :D

      1. Jai says:

        Owh.. Baru kutahu kenapa masa tu ibarat kertas tisu..
        Nasib baik tolong sambungkan, aku dah blurrr….ha3

  5. puteri says:

    Peribahasa Arab yang diMelayukan:

    “Al-WAKTU kasSAYAP, fainlam TAK TANGKAP, fa TARABANGA”
    *tarabanga = huruf jawi = ta, ra, ba, nga = terbang

    Bermaksud:

    “Waktu itu umpama sayap, jika kamu tidak menangkapnya, ia akan terbang”
    puteri baru je tulis kisah macam sama jerMy Profile

    1. akubiomed says:

      Wah ini betul-betul menarik perumpaan Arab yang diberikan. Bangsa arab memang terkenal dengan syair yang sangat puitis

      1. tehr says:

        betul tu, bro
        perumpamaan arab memang kemas dan penuh maksudnya

  6. puteri says:

    Terkini : Pihak Singapura mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana menghalang pemakaian jersi kuning oleh Harimau Malaya. Jersi biru yang dipakai 2 kali berturut-turut menyebabkan pemain kurang semangat harimau (mana ada harimau warna biru) dan menjadi haru biru (macam BN). Singapura turut memuji kepintaran BN dalam mentadbir terutamanya dalam isu bekalan air, pulau Batu Putih, Tanah KTMB dan banyak lain-lain. Singapura berharap kerajaan BN akan memenangi pilihanraya akan datang semoga kerjasama baik seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang. Agensi ABBM.
    puteri baru je tulis kisah macam sama jerMy Profile

    1. tehr says:

      saya pun pelik juga malam tadi
      kenapa mereka pakai baju biru

  7. adele says:

    usia adalah masa yg plg berharga. apa yg dah lepas takkan boleh dikembalikan..

    1. akubiomed says:

      Ada yang cuba menjadi muda dengan menyuntik kolagen dan pembedahan plastik

      1. tehr says:

        lama2 jadi orang plastik :)

  8. Mus says:

    ada yang kata masa itu kertas tisu..

    mungkin mudah sangat koyak.. bila koyak tak boleh disambung balik kot..
    Mus baru je tulis kisah Tiket Balik Raya Dah Settle, Tapi..My Profile

    1. tehr says:

      mungkin kot
      ada juga logiknya tu, mus

  9. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip rendahkan lowered kereta

    Bukan rusa sebarang rusa,
    Rusa larangan raja Melayu;
    Jangan biasa membuang masa,
    Masa berjalan lepas selalu.

    Sehari sudah lesu berpuasa
    Hidangan berbuka sudah tersedia
    Jangan kamu membazir masa
    Mulai beribadat semasa belia
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Pasang Head unit dan Power AmpMy Profile

    1. tehr says:

      anak rusa terkena jerat
      ibu rusa bersusah hati
      ramadan itu penuh berkat
      buat amalan setulus hati

  10. kakyong says:

    masa yang telah ditinggalkan, takkan kembali….
    hanya boleh dikenang dlm ingatan
    kakyong baru je tulis kisah Susah juga rupanya nak cari pelakon untuk watak HEROMy Profile

    1. tehr says:

      kenang yang baik2 je, kakyong
      yang tak elok hanyutkan ke laut

  11. Hadi Rofiee says:

    Salam sejahtera.

    Saya memilih “Masa itu Nyawa”. :-)

    Demi masa. ;-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Kisah ahli perniagaan dan masaMy Profile

    1. tehr says:

      sayangi nyawa anda
      hati2 memandu :D

  12. titan says:

    semua tu tak best. aku pilih..

    Masa itu Astro. Macam-macam ada..

    haha..
    titan baru je tulis kisah Isu ManggaAd yang jadi tanda tanya..My Profile

    1. tehr says:

      kat rumah aku tak ada astro, titan :(

  13. sud@is says:

    masa itu kita yang setkan
    kalau set kena disiplinkan

    set time untuk bangun sahur
    sud@is baru je tulis kisah PatuhMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      jangan lupa bangun sahur dan solat subuh berjemaah

  14. shameel says:

    “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
    Surah Al ‘Asr

    inilah perihal masa yg paling tepat
    shameel baru je tulis kisah Kek Lapis Sarawak adalah halal: PengusahaMy Profile

    1. tehr says:

      yang sebenar2nya ada dalam al quran

  15. zik says:

    masa itu ibarat air mata yang mengalir… sob2
    zik baru je tulis kisah Persediaan diri sebelum menyambut ramadhan (fizikal/kesihatan)My Profile

    1. tehr says:

      aik?
      apasal pulak ni, bro?
      barang yang lepas jangan di kenang

  16. gayahspears says:

    Gayah tak punyai masa untuk berbelog skrg.. mood :- terasing..hahaha

    jga dri ya Bro Tehr..maaf lewat balas kunjungan :(

    1. tehr says:

      nanti bila ada kesempatan
      usah malu2 singgah ya, gayah ;)

  17. kakyon says:

    kadang2 mcm tak boleh nak kejar masa..pada hal masa jalan macam biasa..
    kakyon baru je tulis kisah kota kinabalu part 1My Profile

  18. zulkbo says:

    salam..
    yang nyata masa tidak pernah
    menunggu kita..kita yang harus
    mengejarnya..betul tak?
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Terkini Mohd Ashraf Hafiz Meninggal DuniaMy Profile

  19. bEe says:

    Bagi pendpt bEe, masa itu sprt mutiara yg terlalu mahal & tak boleh dijual beli…

    Bab masa ni bEe amat disiplin sbnrnye… Tak suka org yg suka sambil lewa :-)

  20. Norasikin says:

    Puasa mengekang hawa nafsu
    Semakin diwarna semakin cantik
    Logik ke masa ibarat kertas tisu
    semakin diguna semakin pendek
    Norasikin baru je tulis kisah Panduan Membeli-belah dan Berbelanja Dimusim PerayaanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun