Mari Berpantun Dengan Alam

Manusia dan alam memang tidak dapat dipisahkan. Seperti juga lagu dan irama. Kalau dipisahkan, rosaklah lagu pincanglah irama. Hidup di dunia ini perlu banyak belajar dari alam yang sememangnya diciptakan untuk manusia.

senjakala

Kali ini terasa ingin meminta pantun dari kawan-kawan pengunjung dan pembaca. Bukan apa-apa, hanya sekadar sebagai satu kumpulan pantun yang mungkin boleh digunakan oleh anak-anak / pelajar yang masih di alam persekolahan. Boleh tolong saya, kan?

Bulan terang di waktu malam,
Ada bintang di langit tinggi;
Mari berpantun dengan alam,
Sekadar untuk berhibur hati.

Kiranya masih tak berapa pasti bagaimana nak tulis pantun, boleh cuba tengok pada entri saya yang lepas mengenai cara menulis pantun bahagian: PertamaKeduaKetiga. Apa kata kalau kali ini letak komen cara pantun. Hehehe. Kalau tak mahu berpantun, boleh saja komen biasa. Tak kisah pun. :D

TehrDemikian kisah 'Mari Berpantun Dengan Alam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


83 Comments

  1. NEON says:

    alamakkk kelemahan ku..cane nak pantun pantin ni…pk dulu laaa hehe

    ENTRI MANTAP & MELETOZZ :
    # Awek Leggings Ketat Seksi #
    # Sikap Cuai Bawa Padah !#
    # Teks Ucapan Paling Sempoi !#
    NEON baru je tulis kisah Panggilan Telefon Dari NuffnangMy Profile

    1. tehr says:

      rasa enak si ikan patin
      masak kari masak pedas
      cane nak pantun pantin
      baca sahaja entri lepas

      1. zulkbo says:

        Ikan patin di gulai Pahang
        Jangan lupa tambah cabai
        Blog Tehr bukan kepalang
        Moga menjadi rujukan ramai
        zulkbo baru je tulis kisah Bukti Bergambar Backlinks Dari Laman ForumMy Profile

        1. tehr says:

          pulau pandan jauh sekali
          gunung daik dekatlah pula
          ilmu pedoman sama dikongsi
          beri manfaat untuk semua

  2. bisk says:

    pulau pandan jauh ke tengah
    pulau gaya di negeri sabah
    rosakan alam suatu yang ditegah
    bila bencana melanda baru kita gelabah…

    ok lah nih pantun nih,,,hahaha
    bisk baru je tulis kisah rentakMy Profile

    1. tehr says:

      nampak indah pulau pandan
      pantainya pula dekat muara
      alam indah ciptaan tuhan
      jagalah ia selama-lamanya

  3. zulkbo says:

    Pergi berakit ke kuala muda
    Anak lampam di jala sama
    Apa di cari di usia muda
    Ilmu di dada di cari sama
    zulkbo baru je tulis kisah Bukti Bergambar Backlinks Dari Laman ForumMy Profile

    1. tehr says:

      kuala muda di negeri kedah
      jelapang padi gelaran nama
      tuntut ilmu sangat berfaedah
      biar pun sampai ke negeri cina

  4. akubiomed says:

    Ini percubaab saya

    Hari petang kami semakin hampir
    Mencari lokah sehingga Kapit
    Kalau bumi dilanda banjir
    Jangan salah guruh dilangit
    akubiomed baru je tulis kisah Salahkah aku mencari penganti yang lainMy Profile

    1. tehr says:

      kalau bumi dilanda banjir
      guruh di langit jangan salahkan
      solat jumaat wajiblah hadir
      kerana mati dalam perjanjian

  5. zulkbo says:

    Musim banjir bermain air
    Airnya sejuk seluruh badan
    Berhati-hati di musim banjir
    Kelak menanti dalam tangisan
    zulkbo baru je tulis kisah Bukti Bergambar Backlinks Dari Laman ForumMy Profile

    1. tehr says:

      sepanjang malam memukat ikan
      siangnya pula membaiki pukat
      bencana alam suatu peringatan
      agar manusia mensyukuri nikmat

  6. zulkbo says:

    Pulau Payang jauh ke tengah
    Pulau Rusa di negeri Terengganu
    Apa di buat ketika amarah
    Berwuduk kita solat pada yang satu
    zulkbo baru je tulis kisah Bukti Bergambar Backlinks Dari Laman ForumMy Profile

    1. tehr says:

      jambu batu di negeri siam
      buah melaka manis isinya
      lima waktu sehari semalam
      ingat pada allah yang esa

  7. zulkbo says:

    saya out dulu..
    tak boleh stop nanti
    he he..la la la..
    zulkbo baru je tulis kisah Bukti Bergambar Backlinks Dari Laman ForumMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      kita minum dulu!

      1. padin says:

        ai awal outnya.. hehe
        suka je baca bro berpantun..
        hebat,huu..
        padin baru je tulis kisah Konsep SabarMy Profile

        1. tehr says:

          kalau tak silap aku
          malam tadi malam jumaat :D

    2. dnoBiz says:

      hadoi aku hanya mampu membaca sahaja :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Berita Penutupan FaceBook – Sebab sebenar yang cuba di rahsiakan VideoMy Profile

      1. RedBoys says:

        maklumlah, tak pandai berpantun kita ni. baca sajalah.
        RedBoys baru je tulis kisah Koleksi Ucapan ‘Good Morning’My Profile

  8. =.=’ dh lama tak berpantun..dah tak reti..heee

  9. sangilapi says:

    puas sudah merentas alam
    dari alam roh ke alam rahim
    di alam syahadah jangan tenggelam
    sentiasa ingat pada AR RAHMAN dan AR RAHIM .

    wujud ertinya ada,
    apa dalilnya ? ada alam ini
    alam yang mana yang dimaksudkanNYA ya ? :)

    apapun mesra alam itu bagus ! :) :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      pokok nyiur pokok kelapa
      jangan dipanjat setip hari
      dunia ini hanya sementara
      alam akhirat kekal abadi

      ~jauh pandangan bro joe

    2. dnoBiz says:

      kau selalu buat aku berhenti seketika Jo..
      Ps : dimana kau sekarang ???
      dnoBiz baru je tulis kisah Setahun Berlalu – Blog dnoBiz setelah cukup setahunMy Profile

  10. Norasikin says:

    Dulu saya ni aktif gak berpantun. kat sekolah dulu wakil daerah. Skrg ni palotak dah karat.
    Norasikin baru je tulis kisah Panduan Permohonan Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan SPM – Setaraf sesi 2011 – 2012 OnlineMy Profile

    1. tehr says:

      dah karat?
      ni kena cari anti karat ni, nora :D

  11. adele says:

    dah lama x berpantun…heeee
    adele baru je tulis kisah Jason Mraz – Life is WonderfulMy Profile

    1. tehr says:

      boleh diasah semula bakat tu, adele

  12. sud@is says:

    pukul sembilan pergi sarapan
    tumpang kawan naik pesona
    alam mesta penghias kehidupan
    jangan ditarah sini sana

    selepas isnin hari selasa
    hari jumaat sungguh istimewa
    jauhi sikap berputus asa
    mantapkan diri perkasa jiwa

    cukup 2 dulu tehr…
    sud@is baru je tulis kisah Putus AsaMy Profile

    1. tehr says:

      puas sudah bertanam ubi
      jagung juga dibeli orang
      usah persalah takdir illahi
      putus asa sikap terlarang

  13. MDHAFiZ.NET says:

    sorong papan tarik papan..
    hafiz datag memeriahkan lg di blog tehramuan..
    hehhe.. maaf x pandai sangat nak berpanrun..
    bersyair boleh lah kot… :)

    1. tehr says:

      sorong papan tarik papan
      papan lama sudahlah patah
      di alam maya berjalan-jalan
      blog kekawan kita menerjah

      1. MDHAFiZ.NET says:

        fulamak… halusss.. tu bro….. :) :)
        MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah How Targetted Traffic- Can Boost Your IncomeMy Profile

  14. gayahspears says:

    Kemumu di dalam semak,
    Jatuh melayang selaranya,
    Meski ilmu setinggi tegak,
    Tidak sembahyang apa gunanya.

    1. tehr says:

      anak berudu tiada kakinya
      bermain-main di dalam kolam
      sembahyang itu tiang agama
      lima waktu sehari semalam

      1. gayahspears says:

        amboi siap balas lagi tu… terbaiklah bro..huhu

  15. gayahspears says:

    Asam kandis asam gelugur,
    Ketiga asam riang-riang,
    Menangis di pintu kubur,
    Teringat badan tidak sembahyang.

    1. tehr says:

      tengah hari berhenti rehat
      ajak kawan makan bersama
      jangan lupa negeri akhirat
      cari bekalan untuk ke sana

      1. gayahspears says:

        jum same2 kita cari bekalan..huhu

  16. mie says:

    alamak!!
    gue bab2 camni kurang sikit..
    heheee
    mie baru je tulis kisah Iphone vs Android vs BlackberryMy Profile

    1. tehr says:

      kurang sikit ok lagi, mie
      jangan kurang banyak :D

    2. mie says:

      itu la..
      nak kena blajo blk ni..
      ehehhee
      mie baru je tulis kisah Teknik SEO dan Pertukaran LinkMy Profile

  17. Ali ridha says:

    cari idea dulu.
    Ali ridha baru je tulis kisah Perempuan tolak cinta lelaki baikMy Profile

    1. tehr says:

      cari idea dulu
      pergi beli baulu
      kami akan tunggu
      pantun dari kamu :D

      1. suri says:

        bahulu sudah suri jumpa
        tinggal nak makan sahaja
        mana ali ridha takkan tak ada
        kami menunggu begitu lama ;)

        1. tehr says:

          pergi ke kedai nak beli kari
          kecewa hati kedai terbakar
          sabar wahai cik puan suri
          takkan lari gunung dikejar

          1. suri says:

            tak tunggu malah kematu
            rasa nak tarik je baju
            apalah dia puas ku tunggu
            sampai sekarang komennya tak bertamu ;)

  18. @_@ says:

    Barang baru dan barang lama
    Milik si miskin juga si kaya
    Solat itu tiang agama
    Sama-sama kita melaksanakannya
    @_@ baru je tulis kisah LOVEMy Profile

    1. tehr says:

      anak musang turun ke tanah
      tersenyum pula anak tempua
      patah tiang runtuhlah rumah
      hidup di dunia tidak berguna

  19. Ismail N says:

    Mari menyusur ke alam siber
    Singgah sebentar di blog tehr
    Berpantun memang ambo tak teror
    Mana yang silap tolong betulkan en tehr

    1. tehr says:

      alam siber sempitnya dunia
      banyak dugaan banyak cabaran
      saling bertegur saling menyapa
      walau tak nampak beri senyuman

  20. Cik Siti says:

    Cik Siti nak jual pantun ni… sila jawab ye(he..he..he..)

    susun madah penuh merayu,
    menghitung masa buat si dara,
    betapa indah puisi melayu,
    halus bahasa tutur bicara.

    menghitung masa buat si dara,
    bertemu si uda tepi perigi,
    halus bahasa tutur bicara,
    lambang bangsa disanjung tinggi.

    Cik Siti cuba nak buat pantun berkait. tak tahu pulak betul ke tidak
    Cik Siti baru je tulis kisah Segmen- Bermadah Pujangga oleh Ben AshaariMy Profile

    1. tehr says:

      bertemu si uda tepi perigi
      senyum dibalas bertentang mata
      lambang bangsa disanjung tinggi
      hidup harmoni aman bahagia

  21. Cik Siti says:

    duduk sebelah sering bertemu
    bertegur sapa jamu bersama
    Tiada salah menghulur ilmu
    ilmu yang ada tambah perkasa….
    Cik Siti baru je tulis kisah Segmen- Bermadah Pujangga oleh Ben AshaariMy Profile

    1. tehr says:

      tukang karut berbaju biru
      bijak bicara berdikir barat
      sampaikan juga secebis ilmu
      biar pun hanya sepotong ayat

      1. Cik Siti says:

        bijak bicara berdikir barat
        begitu hebat minta disambung
        biar pun hanya sepotong ayat
        ibarat tercapai setinggi gunung
        Cik Siti baru je tulis kisah Segmen- Bermadah Pujangga oleh Ben AshaariMy Profile

        1. tehr says:

          begitu hebat minta disambung
          penuh berseni menepuk tangan
          ibarat tercapai setinggi gunung
          bagai menari di tengah lautan

  22. suri says:

    bila balik ke melaka
    port pantai bakal di cari
    untuk mengubat hati yang luka
    sambil menikmati ciptaan dariNya

    1. tehr says:

      datuk laksamana makan kuaci
      di depan pintu duduk bersila
      sambil nikmati ciptaan illahi
      perintah suruhan jangan dilupa

  23. suri says:

    dari petang mencari remis
    remis di cari banyak sekali
    sekali pandang wajahmu manis
    sebulan tak jumpa wajahmu di hati

    1. tehr says:

      kenapa remis dimasak kari
      masak lemak sedaplah juga
      biar pun jauh dekat di hati
      budi yang baik tidak di lupa

  24. akubiomed says:

    Hui ramainya yang mempunyai bakat terpedam. Syabas :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Salahkah aku mencari penganti yang lainMy Profile

    1. tehr says:

      memang ramai yang berbakat, bro
      akhirnya… muncul juga lepas musim bah :D

      1. RedBoys says:

        ramai sungguh. nak kena asah balik ni. hehe
        RedBoys baru je tulis kisah Koleksi Ucapan ‘Good Morning’My Profile

  25. Norgadis says:

    Senja kala berlabuh kini
    Gerbang malam setia menanti
    Kenapa aku ada di sini
    duduk sendiri di atas titi.

    Kenapa aku ada di sini
    Melafas pantun tanpa suara
    berkongsi kata bicara seni
    Untuk menghibur hati yang lara.

    Selamat Berpantun…
    Norgadis baru je tulis kisah Pelacaran Avon GC 2011 Outspoken Party By FergieMy Profile

    1. tehr says:

      melafas pantun tanpa suara
      bertaut kasih tanpa berkata
      untuk menghibur hati yang lara
      melupus sedih dalam bercinta

      …sekadar pantun :)

      1. Norgadis says:

        Hehehe…

        melupus sedih dalam bercinta
        untuk menghibur hati didalam
        Lembutnya suara bicara kata
        Penghias pantun seindah alam.

        Betul3… hanya sekadar pantun
        Norgadis baru je tulis kisah Seronoknya Dapat HadiahMy Profile

  26. dnoBiz says:

    saban thun banjir menjelma,
    kemarau panjang tanpa diduga,
    Bila alam mula bicara,
    teknologi manusia tidak berguna.

    Ps : pantun hentam kromo
    dnoBiz baru je tulis kisah Fasha Sandha – Isu Gambar Fasha pakai Bikini VideoMy Profile

    1. tehr says:

      pabila alam mula bicara
      menangis diri tanpa suara
      siang malam buat angkara
      sekarang ini padanlah muka

  27. RedBoys says:

    Dari jauh datang menyapa,
    Mari berpantun bersama-sama,
    Jangan dikejar harta dunia,
    Kelak mati ditinggalkan jua.
    RedBoys baru je tulis kisah Koleksi Ucapan ‘Good Morning’My Profile

    1. tehr says:

      mari berpantun bersama-sama
      duduk bersila di tengah bangsal
      kelak mati ditinggalkan jua
      hanya amalan sebagai bekal

      1. RedBoys says:

        Duduk bersila di tengah bangsal,
        Berborak kosong bersama keluarga,
        Hanya amalan sebagai bekal,
        Penentu syurga ataupun neraka.
        RedBoys baru je tulis kisah Koleksi Ucapan ‘Good Morning’My Profile

        1. tehr says:

          berborak kosong bersama keluarga
          pisang goreng membuka selera
          penentu syurga ataupun neraka
          kerana kita menuju ke sana

  28. zik says:

    daun sirih daun pegaga
    bukan boleh buat air minum teh
    janganlah kita asik bertelaga
    hari ini datang ke blog teh
    zik baru je tulis kisah Sabun yang mempunyai nilai artistikMy Profile

    1. tehr says:

      daun sirih daun pegaga
      habis dimakan si anak rusa
      indah tutur indah bahasa
      itu kan semua amalan mulia

  29. mijie says:

    pergi ke sungai menjala ikan,
    singgah sebentar di dusun durian,
    ciptaan alam yang indah ini Tuhan berikan,
    untuk kita sama renungkan
    mijie baru je tulis kisah Dari papan kekunci ke dunia realitiMy Profile

    1. tehr says:

      jalan-jalan ke kebun durian
      banyak buahnya dimakan tupai
      alam indah penuh kedamaian
      daun nyiur melambai-lambai

  30. salam kenal…
    senang menemukan blog ini… artikelnya bagus-bagus…

    kunjungi kami juga ya…
    salam ^_^

  31. zai says:

    pergi memancing bersama ayah,
    pancing direntap si ikan kerapu,
    tetapkan iman bukannya payah,
    teguhkan diri jgn merapu..

    1. tehr says:

      pancing direntap ikan kerapu
      nasib malang jorannya patah
      teguhkan iman tambahkan ilmu
      pasti kejayaan akan menerjah

  32. aduh pngin bsa bikin pantun , tpi nda ada bakat sama sekali
    hehehe

  33. azam says:

    semangat anda tidak membarak
    anda bukan lah juara kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun