Malaysia vs Singapura : Apa Kata Blogger

Seperti yang sudah diketahui ramai, malam nanti [23 Julai] akan berlangsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2014, perlawanan pertama pusingan kedua antara Malaysia dan Singapura. Pertembungan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar Singapura ini akan disiarkan secara langsung oleh TV2 jam 7.15 malam.

apa kata blogger

sang harimau mencabar singa
siapakah gagah siapa berkuasa
sang harimau berbelang di dada
raja singa pula pendek ekornya

Harimau bertemu Singa. Apa kata sahabat blogger? Apakah mampu Sang Harimau dengan belang hitam kuning mencabar kekuatan dan ketokohan Raja Singa di dalam kandang Raja Singa sendiri. Agak-agak berapa kali Sang Harimau dapat menendang Sang Singa nanti?

Perlawanan kedua pusingan kedua akan diadakan pada 28.07.2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

TehrDemikian kisah 'Malaysia vs Singapura : Apa Kata Blogger' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. sud@is says:

    sang harimau berbelang di dada
    itu tanda semangat waja
    raja singa pula pendek ekornya
    beradu nasib siapa wiara
    sud@is baru je tulis kisah Ukuran HebatMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 nanti ekor singa tu makin pendek :D

  2. padin says:

    nak kata boleh menang mungkin 50 – 50
    tapi yang pasti tahap permainan mungkin lebih baik,
    padin baru je tulis kisah Tinggal 1 PerkaraMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun sebenarnya tak pasti dengan pemain singapura
      kita pun jarang tengok mereka bermain
      harap2 boleh lawan

  3. titan says:

    insya-Allah. kita boleh menang. dengan jarak 2 gol. mungkin 2-0. atau 3-1.
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 5 dari 701panduanMy Profile

    1. tehr says:

      kalau dapat kelebihan 2 gol memang dah sangat baik tu, bro

  4. Affan says:

    macam kata padin, peluang 50-50 ni. tapi rasanya malaysia menang hehe
    Affan baru je tulis kisah Bagaimana menulis TIP BLOGGING TERBAIK?My Profile

    1. tehr says:

      harapan kita
      dan seluruh peminat
      moga2 mereka berjaya

  5. ghost writer says:

    kalau main dengan kesungguhan dan punya taktik permainan yang baik,tak mustahil kita akan perolehi point yang sangat selesa untuk dibawa ke perlawanan kedua..lagipun singapore bukan kuat sangat pun,harap pemain yang diberi kerakyatan jer jadi pemain dowang.
    ghost writer baru je tulis kisah sharp-shooterMy Profile

    1. tehr says:

      harapan aku tumpuan mereka tak hilang, ghost

  6. Seri Bahasa says:

    belang bukan sebarang belang,
    belang datang mencari lawan;
    belang bukan sebarang belang,
    itulah juara jadi idaman.

    1. tehr says:

      belang datang mencari lawan
      untuk bermusuh tidak sekali
      cari menang dalam kejayaan
      untuk terus melangkah nanti

  7. shameel says:

    sang harimau mencabar singa
    siapakah gagah siapa berkuasa
    Sang harimau perlu baham singa.
    Demi maruah demi negara.
    shameel baru je tulis kisah KITAB TAJUL MULUK MENGANCAM AKIDAHMy Profile

    1. tehr says:

      siapa gagah siapa berkuasa
      bukan niat melawan takdir
      demi maruah demi negara
      berjuang hingga ke wisel akhir

  8. puteri says:

    Eh Tehr ni macam tahu-tahu sahaja.. Saya pakai jersey Malaysia yang ada logo FAM tu hari ini.. he.he.he…….
    puteri baru je tulis kisah manusia paling jahat Anwar, Najib paling baikMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 puteri pakai baju yang BERSIH :D

  9. zulkbo says:

    salam..
    sudah tentu saya mengharapkan
    agar team kita menang hari ini..
    bekalan selesa di Bukit Jalil nanti
    zulkbo baru je tulis kisah Live Online Kelayakan Piala Dunia Perlawanan Pertama Malaysia vs Singapura 23 Julai 2011 ( Live Streaming )My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      dan harapan seluruh peminat serta penyokong kita

      harimau mati meninggalkan belang
      bersemangat sejati untuk berjuang

  10. hairi says:

    Kelemahan BARISAN PERTAHANAN perlu diperkemaskan dari segi MENTAL dan KECERDASAN. Kelemahan yg jelas: 1. apabila pemain lawan jaring gol, pertahanan cepat PATAH SEMANGAT. 2. apabila pemain kita dah score gol, pertahanan MEMPERLAHANKAN RENTAK. SEPATUTNYA, barisan pertahanan perlu SENTIASA MENGEJAR BOLA dari kaki lawan, dan JANGAN PERLAHANKAN RENTAK atau patah semangat.

    Kelemahan SERANGAN: Penyerang perlu ada ciri2 seperti SAFI SALEE iaitu: boleh GELECEK(DRIBBLE) bola lepasi 2 pertahanan, boleh bagi BOLA LENCONG, boleh tendang ke TEMPAT KOSONG di gol lawan

    1. tehr says:

      bahagian pertahanan memang nampak gagal menyaingi singapura
      harap mereka akan lebih kemas lagi nanti

  11. dnoBiz says:

    dah tak boleh nak kata apa dah Tehr… :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Bini Biniku Gangster – Suami Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan (Video)My Profile

  12. zik says:

    perlawanan yang sukar dijangka… pertahanan yang agak rapuh… perlu melakukan rombakan.
    zik baru je tulis kisah Tip blogging terbaik, fasa pertamaMy Profile

  13. Alahai singa liar lah bro.. susah nak jinakkan kat pulau. Mungkin bila di bawa ke tanah besar semenanjung nanti, insya-allah jinak lah ia. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Pameran Kereta IdamanMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 akan dapat dijinakkan nanti

  14. akubiomed says:

    Padang sintetik memberi kelebihan kepada skuad Singapura. Nampak perlawana timbal balik Malaysia perlu bangkit

    1. tehr says:

      memang mereka ada kelebihan dengan padang tiruan tu, bro

  15. maza says:

    first round kita penyek..
    next round kita lenyek dia pulak.. uhuk!
    maza baru je tulis kisah Izinkan Aku Berzina…My Profile

  16. sue says:

    Tanam bali di tanah rendah,
    Manis bersari rasanya limau,
    Singa melolong mengaum tak sudah,
    Gawang golnya dibaham Harimau.

  17. hanna yasmeen says:

    nantikan amukan HARIMAU MALAYA & PEMAIN KE-12.. Pasti mengegarkan tiang gol pihak lawan..

  18. mat syabu says:

    harimau kecil singa besar,ibarat kucing dengan tikus,tak guna pemain luar,seperti hahahahahha(sorry tak tahu habis fikir dah)tlng sambung ada yg pandai reka pantun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun