Malaysia vs Bahrain

Malaysia 1-2 Bahrain

Kerana bola itu bulat maka kita terpaksa menelan kekalahan sekali lagi. Perlawanan di separuh masa pertama aku nampak tak menjadi. Hanya beberapa kali sahaja kita dapat peluang dan kita ketinggalan 1 gol menuju waktu rehat.

Kerana bola itu bulat maka kita gandakan usaha di separuh masa kedua. Nampak seperti kita bermain lebih laju dan berjaya memecah benteng Bahrain. Dan kita berjaya hasilkan gol. Tapi Bahrain memang punya kelebihan berbanding kita. Usaha mereka berjaya dan kita kalah dengan jaringan 1-2.

Kerana bola itu bulat maka Syria berjaya menundukkan jaguh Asia, Jepun juga dengan jaringan 2-1. Maka tertutuplah peluang kita untuk layak dengan kekalahan ini. Kedudukan terkini Kumpulan C adalah seperti berikut:

PASUKAN P M S K J B PG MATA
SYRIA 4 3 0 1 8 4 4 9
JAPAN 4 3 0 1 7 3 4 9
BAHRAIN 4 2 0 2 6 8 -2 6
MALAYSIA 4 0 0 4 3 9 -6 0

Kerana bola itu bulat maka perlawanan Manchester United vs Chelsea berkesudahan dengan keputusan seri. Ketinggalan dengan jaringan 0-3 tidak melemahkan semangat Man U yang terus berusaha dan berhasil mendapatkan 2 penalti dan 1 jaringan biasa.

Kerana bola itu bulat maka Harimau Muda kita perlu lebih gigih berusaha untuk merebut peluang lain di masa-masa mendatang. Walau pun aku tak dapat bergembira kerana mereka kalah, tapi aku tidak juga kecewa. Mereka memang bermain dengan baik tetapi tidak cukup bagus untuk menjadi pemenang.

Kerana bola itu bulat maka kita tunggu pula perlawanan akan datang. Harapan untuk melihat kita menang masih ada.

TehrDemikian kisah 'Malaysia vs Bahrain' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. akakcomey says:

    Tak pandai sangat mengenai bola tapi bila dah tertengok macam faham-faham je…ermm
    akakcomey baru je tulis kisah Bermalam di guest house Moc ChauMy Profile

  2. kulanz says:

    Asal dah main dengan baik tu dah kira bagus..
    peluang masa akan datang tetap terbuka
    kulanz baru je tulis kisah Pusat Rekreasi atau tempat jenayah?My Profile

  3. b3njy says:

    Bagi benjy berbeza, permainan Malaysia semalam tidak berapa bagus sepatutnya berkesudahan sekurang-kurangnya dengan seri bukan kalah.
    b3njy baru je tulis kisah CERITA BENJY STANIS BLOG – PART 2My Profile

  4. b3njy says:

    Corak permainan kelam kabut … dan suka buat hantaran tinggi … pelik juga mereka ni hantaran tinggi tidak sesuai dalam game ni perlu short passing dan crossing dari tepi sahaja. Tak tahu sampai bila diaorang nak belajar main bola ikut trendss …. sedihnya :(
    b3njy baru je tulis kisah CERITA BENJY STANIS BLOG – PART 2My Profile

  5. b3njy says:

    Walaupun dah tersingkir tetapi sekurang2nya boleh mengutip mata dalam perlawanan akan datang.
    b3njy baru je tulis kisah CERITA BENJY STANIS BLOG – PART 2My Profile

  6. titan says:

    aku tengok sampai tertidur-tidur dibuatnya..aku bangun masa malaysia sumbat gol..happy dah masa tu. sekali bahrain sumbat satu gol lagi..terus tidur balik aku. huhu..
    titan baru je tulis kisah Kenapa lelaki kacak suka Morning Musume?My Profile

  7. akubiomed says:

    Bahagian serangan nampak berusaha untuk mencipta gol tapi hanya 1 gol penyamaan menjelma selepas itu kita dihukum dengan serangan balas.

  8. Mus says:

    tak sempat menonton malam tadi…
    lain kali cuba lagi
    Mus baru je tulis kisah Anak-Anak Mandi Laut Di Pantai Tanjung AruMy Profile

  9. lunaticg says:

    Takpa…, cuba lagi 4 tahun akan datang. Kita masih baru nak naik, jangan harap tinggi sangat.
    lunaticg baru je tulis kisah What do you think of the new coins?My Profile

  10. zulkbo says:

    salam..
    ermm..dah tak larat nak telan Bro..
    pahit belaka..baik tak jugak “demam” nih..
    apa kata lain kali panggil diorang main bola
    empat segi pulak lah..mungkin boleh menang..
    he he
    zulkbo baru je tulis kisah Kunci Dan Panduan Mendirikan Rumahtangga Buat Pasangan MudaMy Profile

  11. padin says:

    hehe bertukar siaran malam tadi, tengok Man U dah kena 3 – 0, alih tengok Malaysia dah 1, alih semula Man U dah 1, pastu tengok Malaysia dah kena lagi satu… hampeh 3 gol tu tak sempat tengok pon, last2 zzzz je,
    padin baru je tulis kisah Gurau SendaMy Profile

  12. yas says:

    Tak leh nak buat pe laa…mmg bukan rezeki malaysia mlm td
    yas baru je tulis kisah Keputusan Malaysia vs Bahrain – Kelayakan Olimpik London 2012 [05/02/2012]My Profile

  13. hmm terpaksa terima kekalahan ni
    sabree hussin baru je tulis kisah Kategori & Bentuk-Bentuk Tawakal Umat Akhir ZamanMy Profile

  14. Perlawanan yang sepatutnya dimenangi kalau peluang terbuka yang hadir sekali-sekala di sudahkan dengan jaya & bergaya. Apapun, tahniah, terutama kepada Apex yang menutup aurat (kerana sejuk, jadilah, sebagai permulaan). :-)
    Stokis RajaBio baru je tulis kisah Sembang Santai dengan saudara Tawfik: Resdung & JerawatMy Profile

  15. Nasi kerabu gulai kawah
    sirap limau siap di tuang
    Kumpulan C Kedudukan terbawah
    bukan penghalang semangat juang

    ۞۞۞۞Salam Maulidul Rasul۞۞۞۞
    diy pemasangan carpet dan insulflex lantai kereta

  16. maza says:

    memang bukan nasib kita untuk kali ini….

    sudah menyamakan kedudukan, tup-tup tewas terkena sumbat gol pula dalam minit yg begitu singkat.

    diharapkan ini pengajaran dan pengalaman yg berguna kepada skuad kebangsaan..

    tak lama lagi Piala AFF akan bermula, mudah2an mampu menjulang dan mengekalkan cengkaman harimau malaya!
    maza baru je tulis kisah Cacat tak menghalang menunggang motor besar!My Profile

  17. shraqs says:

    Aku kecewa tengok match ni :(
    shraqs baru je tulis kisah Bersihkan Facebook Page Anda Sebelum Timeline Takes OverMy Profile

  18. mie says:

    adat permainan …
    kaka lah dan menang..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #7My Profile

  19. ghost writer says:

    sekurangnya ada daya melawan yang bagus dari dibelasah dengan teruk.satu masa,bahrain akan jadi mangsa.yakin boleh!amboii!
    ghost writer baru je tulis kisah separuh tubuh masih dalam penjaraMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun