Malaysia Masih Ada Penyerang

Malaysia mengalahkan Yeman 2-1 sebentar tadi di Stadium Shah Alam dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan D. Dua gol melalui jaringan Azamuddin Akil ['27] dan Khyrill Muhymeen ['80]. Yemen terlebih dahulu mendapat jaringan pada minit ke ’12 melalui Aiman Saleh Al-Hagri.

malaysia vs yemenBiarpun penyerang utama, Mat Yo gagal menjaringkan sebarang gol, tapi hantaran cantik beliau membuka peluang kepada Khyrill menanduk bola ke dalam gawang Yemen. Sememangnya Malaysia masih mempunyai penyerang selain dari Mat Yo.

Bermain bola di tengah padang,
Penonton riuh bersorak di tepi;
Main pertahanan juga penyerang,
Semuanya perlu bersatu hati.

Bahagian pertahanan dan Apek sebagai penjaga gawang nampak beberapa kali juga salah faham. Mujur juga Yemen gagal mengambil peluang yang ada. Apa pun tahniah kepada semua pemain skuad Harimau Malaya yang berjuang dengan begitu baik malam ini. Tahniah.

 

TehrDemikian kisah 'Malaysia Masih Ada Penyerang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. padin says:

    banyak peluang yang tercipta tapi kedua – dua pasukan gagal manfaatkan sepenuhnya..

    1. TehR says:

      aku nampak gandingan yang ada dah menjadi
      kita tengok perlawanan akan datang

      1. padin says:

        seronok tengok gandingan Mahali-wan Zack,
        padin baru je tulis kisah Perkhemahan MPPMy Profile

        1. hafizmd says:

          Gandigan yg serasi hasil dari Harimau Muda…terbaik!
          hafizmd baru je tulis kisah Mampukah Malaysia Tewaskan Yaman Malam Esok?My Profile

    2. Bagi kawe Rajagobal betul bila dia cakap Malaysia tiada striker selain dari Safee Sali. Maksud dia ialah natural ‘penalty box’ striker yg konsistent jaringkan gol. Mat Yo lebih kepada striker #10 yg operate dibelakang top man. Maybe budak Rozaimi dari Harimau Muda tu boleh jadi main striker satu hari nanti. Dia nampak natural.
      Then again, sejak dulu lagi, striker ialah masaalah Malaysia. Sehingga skrg tiada yg tolok banding dgn arwah Moktar Dahari. Malu ker budak2 kita nak score gol???
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Beware: Radio-Controlled Helicopter Can KillMy Profile

  2. azura says:

    cantik… hidup Rajagopal
    azura baru je tulis kisah Semua Ini PoyoMy Profile

    1. TehR says:

      raja perlu asah lagi penyerang yang ada
      bagi tips yang terbaik untuk mereka

  3. cikgu naman says:

    Mat Yo kurang berbisa malam ni tapi sumbangan beliau sangat besar
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Kosong..kosong.kosongMy Profile

    1. TehR says:

      may yo main bagus malam ni
      kalau dapat jaringkan gol, lagi la bagus :D

      1. hafizmd says:

        hehe…tak berapa menjadi bila nak score tp hantaran dia utk khairyl mmg cantek
        hafizmd baru je tulis kisah Mampukah Malaysia Tewaskan Yaman Malam Esok?My Profile

  4. Hairul Azni says:

    Tahniah..tapi benteng pertahanan perlu lebih berhati2 lepas ni..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Seminar Buat Duit Dengan BlogMy Profile

    1. TehR says:

      yups, masih ada salah faham antara mereka

  5. sensasi2020 says:

    Penonton terhibur melihat aksi,
    Nasib baik menang malam ini,
    Kalaulah keputusannya seri,
    Pasti penonton cabut lari.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Usahawan Kecil Dan Tip-Tip UsahawanMy Profile

  6. Wan Fauzi™ says:

    tahniah pasukan negara menang 2-1 keatas negara yaman walaupun pihak lawan mempunyai banyak peluang yang terhidang…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Riwayat Hidup Syeikh Ahmad YassinMy Profile

  7. de engineur says:

    Tahniah Malaysia. Harap2 game kedua menang lagi, mudah sikit laluan utk kelayakan
    de engineur baru je tulis kisah First electric vehicle in Malaysia – Mitsubishi i-MiEV on sale for RM136,118My Profile

  8. papa mifz says:

    Tahniah buat pasukan Malaysia,teruskan berjuang!
    papa mifz baru je tulis kisah Carta Hati MifzMy Profile

  9. hafizmd says:

    Alhamdulillah. Memang jugak akhirnya.

    Cuma satu jer, kenapa piya masuk lambat sangat..hehe
    hafizmd baru je tulis kisah Mampukah Malaysia Tewaskan Yaman Malam Esok?My Profile

  10. titan says:

    penyerang yang hebat? Gua cuma boleh kata safee sali, amri yahyah dengan mat yo aje yang masih berbisa dan ada kualiti untuk main peringkat antarabangsa. Cuma Safee dan Mat Yo asyik cedera. Maklumlah, asyik jadi mangsa tackle aje. Yang lain..memang striker tapi lom leh bersaing peringkat antarabangsa..maksud gua..luar dari asia dan asean. Ni aje yang leh harap. Tapi mesti ada pemain tengah dan defense yang bermain dengan lebih berkesan. Keeper pun kita dah ada 3,4 orang yang bagus-bagus selain Apek. Apek dah leh main peringkat antarabangsa. Tapi harap diorang sorang aje, tak guna kalau defense hancur gak kan?

    Tapi gua tak nafikan juga striker yang ada ni seperti azamudin, khairil, baddrol bakttiar, fauzi dan lelain tak boleh jadi cam safee, mat yo dan amri. Masing-masing ada kualiti. Cuma kena kasi mantap dan dapat lebih banyak pendedahan peringkat antarabangsa..
    titan baru je tulis kisah Dapat topup RM80 dari Denaihati.My Profile

  11. akubiomed says:

    Tanniah kepada skuad Harimau Malaya. Penyerang ada cuma perlu ditajamkan lagi tujahan gol ke jaring.
    akubiomed baru je tulis kisah Kenduri kahwin datang lagiMy Profile

  12. Travel-Zoom says:

    Memang menarik malaysia main tempah hari.. alhamdulilah menang juga..Tanniah buat skuad Harimau Malaya
    Travel-Zoom baru je tulis kisah New Zealand Flight DealsMy Profile

  13. ghost writer says:

    lawan yang masih dalam proses pembangunan ni satu masa akan belajar camana nak tewaskan malaysia nanti. masalahnya malaysia taknak fikir camana nak tewaskan pasukan yang lebih ke depan dari yemen,
    ghost writer baru je tulis kisah bagaimana caraku melawan matahari?My Profile

  14. Bro Zulkbo says:

    salam..
    arghh…sedih la Bro
    baru kalah dengan Palestin
    0-2 tadi :(
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Jom Kenali Kereta Kebal ACV-300S Adnan Yang Digunakan Dalam Krisis Lahad DatuMy Profile

  15. I was excited to find this great site. I want to to thank you for ones time due to this fantastic read!!
    I definitely really liked every bit of it and i also have you book marked to see new things in your
    site.
    diabetes melitus baru je tulis kisah diabetes melitusMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun