Malaysia Ke Separuh Akhir Dengan 9 Gol

Malaysia Ke Separuh AkhirMalaysia ke Separuh Akhir Bola sepak Sukan SEA Myanmar 2013 dengan 9 gol peringkat kumpulan. Sistem penggiliran pemain jurulatih Ong Kim Swee berjaya membawa Harimau Muda A muncul juara Kumpulan A mengatasi Singapura di tempat kedua.

Setakat ini nampak peminat dan penyokong (termasuk aku) dah puas hati dengan persembahan Harimau Muda A.

Harimau Muda A berjaya mendapat 9 jaringan (1 gol sendiri pemain Laos) dan bolos dengan 3 jaringan. Ahmad Hazwan Bakri pula berjaya menjaringkan hatrik ketika bertemu Laos. Tapi aku lebih seronok tengok gol jaringan Rozaimi melalui tendangan percuma. Memang cantik.

Tahniah kepada pemain dan jurulatih Ong Kim Swee kerana berjaya membawa pasukan bola sepak Malaysia ke separuh akhir. Ingat misi mempertahankan pingat. Emas kita punya!

Penjaring Gol Malaysia Di Sukan SEA 2013

BIL PEMAIN LAWAN PERINGKAT
1 Md Rozaimi Abd Rahman Brunei Kumpulan
2 Ashri Chuchu Brunei Kumpulan
3 Ahmad Hazwan Bakri Laos Kumpulan
4 Ahmad Hazwan Bakri Laos Kumpulan
5 Ketsada Souksavanh[GS] Laos Kumpulan
6 Ahmad Hazwan Bakri Laos Kumpulan
7 Md Rozaimi Abd Rahman Singapura Kumpulan
8 Ashri Chuchu Vietnam Kumpulan
9 D. Saarvindran Vietnam Kumpulan

Juara Kumpulan B, Thailand pula berjaya menjaringkan 8 gol serta bolos juga 3 gol, sama dengan Malaysia. Indonesia pula di tempat kedua Kumpulan B. Indonesia akan bertemu Malaysia di peringkat separuh akhir pada 19.12.13 (5.30 ptg) nanti.

Malaysia Ke Separuh AkhirThailand dan Malaysia ke separuh akhir

Malaysia dan Thailand. Dua musuh tradisi dengan jumlah jaringan yang hampir sama dan jumlah bolos juga sama, Thailand dan Malaysia nampak lebih cemerlang setakat ini di peringkat kumpulan. Nampak seperti kedua-dua pasukan sama hebat dan sama kuat.

Cuma kadang-kadang aku berdebar juga dengan benteng pertahanan. Jantung memang berdegup kencang. Nampak banyak kali juga mereka hilang fokus mengawal dan menyekat pergerkan pemain lawan.

Thailand vs Singapura dan Malaysia vs Indonesia

Thailand dan Malaysia ke separuh akhir sebagai juara kumpulan. Memang menepati ramalan ramai. Mungkinkah Malaysia akan jumpa Thailand di perlawanan akhir untuk bersaing dan menang pingat emas? Atau Malaysia akan jumpa Singapura sekali lagi?

Atau Malaysia tewas kepada Indonesia?

TehrDemikian kisah 'Malaysia Ke Separuh Akhir Dengan 9 Gol' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. kakiblog says:

    tahniah untuk pasukan Harimau Muda A..ada juga terasa tumpang gembira
    kakiblog baru je tulis kisah Jom Kenali SalamMedia.myMy Profile

    1. TehR says:

      yups, kita tumpang gembira dari jauh
      semangat malaysia boleh!

  2. titan says:

    aku lebih suka malaysia jumpa thailand masa final berbanding singapura.

    singapura ni liat sikit. dia dapat satu gol dulu..memang memanjang main defense.
    titan baru je tulis kisah 7 Contest blog hujung tahun 2013.My Profile

  3. hatiputera says:

    Tahniah kepada skuad harimau muda A kerana berjaya mengalahkan vietnam 2 – 1 dan layak ke separuh akhir bertemu dengan Indonesia.
    hatiputera baru je tulis kisah Arsenal Vs Bayern Liga Juara-Juara Eropah 2013 2014My Profile

  4. semalam CN tengok mmg macam nk tercabut jantung, risau betul kalau kalah dengan vietnam, malu beb ! btw..tahniah harimau muda A ke separuh akhir, indon pulak lepas ni..harap2 menang la..
    Cikgu Norazimah baru je tulis kisah Apabila Cikgu Kecik Membebel !My Profile

  5. papa mifz says:

    tahniah harimau muda..!! semoga terus cemerlang dan pertahankan pingat emas…
    papa mifz baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Fuuuhhh di Masjid Terapung , Kuala TerengganuMy Profile

  6. Tahniah! Harimau Muda. Peringkat kumpulan dah lepas kini peringkat separuh akhir pula.

    Indonesia bukan lawan mudah, mereka mesti nak balas dendam kekalahan mereka kpd negara di final Sukan Sea yang lepas. Semoga pemain muda negara menunjukkan aksi terbaik untuk mengalahkan Indonesia sekali lagi…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Menang, Seri, Kalah…My Profile

  7. dja@sishaza says:

    Haa bukan tak boleh pun… Tahniah Harimau Muda A & semua penyokong :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah BORANG PERMOHONAN BR1M 2014My Profile

  8. Elih Japahar says:

    Kalau memang dah rezeki, pasti Juara jugak hehe..
    Elih Japahar baru je tulis kisah Tarikh Permohonan Dan Cara Memohon BR1M 2014My Profile

  9. azura says:

    semakin ke kemuncak cikgu… kesian kat keeper kena jadi target…kita gol team vietnam bengang dipusingnya izham tarmizi

  10. Hafizul says:

    Hehe..tahniah buat Malaysia…
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #78 – Hantuuu KatanyaMy Profile

  11. hafiz says:

    Harap harimau muda jangan leka..
    hafiz baru je tulis kisah Pelancaran jersi JDT dan pengenalan pemain JDTMy Profile

  12. Anuar says:

    Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia… Kami rakyat Malaysia berharap semoga ada sebutir pingat emas yang diperolehi dalam sukan Bola Sepak… Good Luck.. ;)
    Anuar baru je tulis kisah Pengalaman Berharga Menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di MalaysiaMy Profile

  13. Rina says:

    Pertandingan antara Indonesia dan Malaysia kemarin sangat bagus dan mendebarkan …
    Rina baru je tulis kisah Basic Tutorial : PHP String Function (Explode, Implode, STR Replace, Parse STR, MD5) And ExampleMy Profile

  14. AUC says:

    penyudahnya apa pun x dpt… kena berlatih kat planet zuhal pulak ni…
    AUC baru je tulis kisah Contest SEO EridyMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun