Malaysia Kalahkan Hong Kong

Kita dapat kalahkan Hong Kong
Malaysia dah menang tiga kosong
Harimau Malaya lawan King Kong
Kita tersenyum, mereka terlopong

Kelak berjuang di Piala Suzuki
Rajagopal bijak susun strategi
Harapnya menang lagi dan lagi
Semoga piala dikekalkan di sini

Menang bangga kalah melenting
Menjadi juara bukannya asing
Piala mahu ranking pun penting
Moga tak malu muka berpaling

Dua ribu sepuluh di Piala Suzuki
Penjaring terbanyak Safee Sali
Khabar angin ada berbagai versi
Dapat kiranya meneruskan aksi

Jangan lupa nanti pada hari Sabtu
Stadium Shah Alam ada menunggu
Kelantan dan ATM akan bertemu
Juara Piala Malaysia akan ditentu

TehrDemikian kisah 'Malaysia Kalahkan Hong Kong' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. Bro Zulkbo says:

    salam..
    tahniah skuad kita
    moga terus success selalu..
    khabarnya ranking jatuh lagi
    adehh 157 dunia
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah 18 SX : Wordless WednesdayMy Profile

    1. hafizmd says:

      kalau 157…maksudnya makin bagus…sbb sebelum lawan hongkong, malaysia 162 dunia =)
      hafizmd baru je tulis kisah Aktiviti Masa ‘Bujang’…My Profile

  2. begitulah adat permainan.. menang dipuji.. kalah kena boooo…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Cara Memadamkan Api Di Rumah | Nyaris Rumah Baru Aku TerbakarMy Profile

  3. Cik Siti says:

    tahniah kepada skuad kebangsaan!!
    Cik Siti baru je tulis kisah mee hoon goreng sicilikMy Profile

  4. padin says:

    gol Safiq Rahim tu aku rasa memang ada kualiti…
    bola tepat dan laju….
    padin baru je tulis kisah Koleksi Lukisan 2012My Profile

    1. hafizmd says:

      Aku bukan rase…mmg berkualiti antarabngsa…terbaik!hhehehe
      hafizmd baru je tulis kisah Aktiviti Masa ‘Bujang’…My Profile

  5. Wah! tahniah M’sia. Bagus jugak utk ranking sebab ini perlawanan persahabatan yg di iktraf FIFA. Good to see Safee score again. Safiq Rahim mmg pakar free kick….
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah That’s Why We Should Have 1Sekolah Untuk Semua Mr Prime MinisterMy Profile

  6. donnyien says:

    aku cuma terleka membaca pantunmu bro hehe..

  7. Juan says:

    tahniah untuk malaysia walaupun ianya lambat untuk melihat gol
    Juan baru je tulis kisah Pendapatan Blog Melalui AdvertorialMy Profile

  8. cikgu naman says:

    Bangga!!!

    Tengah tengok berita, puok ATM pun nak bg intensif..laaaaagii besar
    cikgu naman baru je tulis kisah WW- Uncle Gedek StyleMy Profile

    1. cikgu naman says:

      salah eja..insentif..hehe..maklumlah nak exam, latihan intensif
      cikgu naman baru je tulis kisah WW- Uncle Gedek StyleMy Profile

  9. akubiomed says:

    Tanniah kepada skuad Harimau Muda kerana kemenangan ke atas Hong Kong.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # Whose steps?My Profile

  10. maza says:

    maza sudah bersiap sedia dgn menyediakan baju rimau utk anak2 sama..

    mau bagi sokongan pada sang Harimau Malaya di piala AFF.. biar menang mengaum dan piala itu kekal kita punya!

    hehehe
    maza baru je tulis kisah Pantang larang cermin sisi motorMy Profile

    1. Cik Siti says:

      Bagusnya semangat EN Maza…. Chaiyok!
      Cik Siti baru je tulis kisah mee hoon goreng sicilikMy Profile

  11. lewisdotmy says:

    tahniah Malaysia atas kemenangan bergaya
    lewisdotmy baru je tulis kisah Asus Padfone 2 (Asus Padfone 2 Price)My Profile

  12. Perangai penyokong bola sepak di Malaysia ni bila menang disanjung tinggi, bila kalah abis dikutuknya abis-abisan.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AESMy Profile

    1. hafizmd says:

      Yg jenis kutuk2 kaw2 tu bukan penyokong sejati…kalau penyokng sejati, kritik sikit2 jer….hehehe
      hafizmd baru je tulis kisah Aktiviti Masa ‘Bujang’…My Profile

  13. Hafizul says:

    tahniah kepada pasukan malaysia..hehe..malaysia kini nampak lebih garang…
    Hafizul baru je tulis kisah Giveaway Hatiputera.comMy Profile

  14. titan says:

    gua terpaksa akur. kali ni pun bukan rezeki selangor..
    titan baru je tulis kisah Apa kes lu benci sangat tengok Malaysia main??My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun