Malaysia | Juara Piala AFF Suzuki 2010

Perlawanan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi seperti diketahui umum telah dimenangi Malaysia dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Tahniah kepada pemain, pegawai dan penyokong bolasepak Malaysia.

Ketika jaringan dilakukan saya berada di Kubah Ria, Kuching. Malang sekali apabila beberapa gerai sahaja yang mempunyai TV dan gerai yang kami singgah pula tiada TV. Hanya sekadar dapat menjeling dan mendengar penonton bersorak sahaja.

boleh boleh malaysia bolehsafee sali
langkah depan usah menoleh
pokok getah lagikan ditoreh
asalkan saja tidak terlondeh

gomo gomo malaysia gomo
harap boleh menang sokmo
siapakah kawe siapalah demo
sedia lawan tak kira di mano

walau pun kita sama serumpun
adat berlawan musuh terhimpun
memanglah garang si naga balun
bukan diingat sengketa bertahun

Gol-gol Malaysia dalam perlawanan akhir pertama malam tadi dihasilkan pada minit ke 60 dan 72 oleh Mohd Safee Sali dan minit 68 oleh Mohamad Ashari.

Kalaulah tiada perlawanan akhir kedua di Indonesia nanti, pastilah Malaysia sudah muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 ini. Tak gitu? Bolasepak kita kan biasa hanya dengan satu perlawanan akhir. :D Jangan marah kerana saya meletakkan tajuk sedemikian.

TehrDemikian kisah 'Malaysia | Juara Piala AFF Suzuki 2010' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. suri says:

    Indahnya bila pasukan malaysia menang..dapat tgo sampi gol kedua..ketiga dah tumbang ke bantal heee

    1. tehr says:

      harap2 malaysia tak tumbang di indonesia nanti :D

      1. suri says:

        harap bgtulah hendaknya huuu…

        serumpun pasti itu yang d nanti :)

  2. eiela says:

    hehe suka sangat bila Malaysia menang. Mula2 dah takde mood dah nk tengok, lepas dapat satu gol bersemangat balik.
    eiela baru je tulis kisah Ketaksuban – Piala Suzuki AFF 2010My Profile

    1. tehr says:

      moga kita terus seronok hingga ke indonesia nanti

  3. mie says:

    harap2…
    teruskan kemenangan…
    mie baru je tulis kisah The Battleship Island of Japan Ghost IslandMy Profile

    1. tehr says:

      harapnya begitu, mie

  4. mie says:

    akhirnya!!
    bejaya juga pasukan malaysia kecapi kejayaaan..
    harap terus maju pada perlawanan akan datang
    mie baru je tulis kisah The Battleship Island of Japan Ghost IslandMy Profile

    1. tehr says:

      sebelah kaki dah atas pentas
      tunggu pertemuan sekali lagi nanti

      1. mie says:

        itu la…
        perlawanan di pihak lawan ni mungkin byk lg kontroversi
        mie baru je tulis kisah Ujibakat Akademi Fantasia 9My Profile

        1. tehr says:

          moga2 fokus pemain kita tak terganggu

  5. padin says:

    hehee tu lah kan, world cup pun ada sekali sahaj final..
    asean ni entah amik format planet mana entah final 2 kali wakakaa
    padin baru je tulis kisah Entry TerbaikMy Profile

    1. tehr says:

      kalau aku tak silap, kat england ada final 2 kali ni
      tapi dah lupa piala apa

  6. Cik Siti says:

    Tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak. namun kita tidak boleh leka kerana tarikh 29 adalah penentunya

    1. tehr says:

      ya la cik siti
      apa juga kemungkinan boleh terjadi

  7. zulkbo says:

    SALAM..
    woittt??
    booking tajuk entri nampak?
    he he..langkah yang bijak..
    zulkbo baru je tulis kisah Penyakit Sendi KesihatanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      saja je tu pilih tajuk juara
      sebab dah ramai yang buat tajuk kemenangan :D

  8. zulkbo says:

    kata orang cuma setapak je lagi
    nak jadi juara…adat berbola sepak
    apa pun boleh jadi..jadi anak buah
    Rajagopal jangan selesa sangat..
    nanti bukan laser di mata..laser
    rakyat Malaysia kerjakan di blog
    he he…
    zulkbo baru je tulis kisah Penyakit Sendi KesihatanMy Profile

    1. tehr says:

      tak dapat nak dibayangkan apa tulisan blogger nanti kalau kita kalah
      harap2 tak kalah

  9. akubiomed says:

    Saya respect bro :-) Memang berani letak tajuk entri tersebut
    akubiomed baru je tulis kisah Keputusan akhir pertama Piala Suzuki AFCMy Profile

    1. tehr says:

      banyak kali gak dok pikir tu
      tapi, kalau main sekali je akhir, kita dah juara :D

  10. sangilapi says:

    kalau menang di indonesia nanti maka akan jadi juara berganda ? :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      dapat bonus juga berganda :D

  11. Norgadis says:

    Tahniah kepada pasukan Malaysia. Dengar2 ada sedikit perselisihan faham antara penyokong Malaysia dan Indonesia. Sabar je lah…
    Norgadis baru je tulis kisah Reunion Ex-SMK Labuan 1988My Profile

    1. tehr says:

      dah adat dalam pertandingan
      cuma usahlah dibesar2kan

  12. ecah says:

    Walaupun malaysia tewas di GBK tetapi agregate malaysia menang 4-2..tahniah buat pasukan malaysia..
    ecah baru je tulis kisah Malaysia Juara Piala AFF Suzuki Cup 2010 Penutup Tahun 2010 Yang Cukup BermaknaMy Profile

    1. tehr says:

      malaysia boleh!
      tahniah

  13. sharininfoz says:

    Tahniah, Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

    1. tehr says:

      tahniah untuk semua

  14. Ali ridha says:

    kita menang satu gol sahaja.
    pelik kan???
    Ali ridha baru je tulis kisah PILIH THEME BLOG sw33tdarlingcomMy Profile

    1. tehr says:

      kita menang agregat 4-2
      tahniah

  15. Ali ridha says:

    kita dah jadi juara Piala AFF Suzuki.
    Ali ridha baru je tulis kisah PILIH THEME BLOG sw33tdarlingcomMy Profile

    1. tehr says:

      juara
      malaysia boleh

  16. Wan Perlis says:

    Malaysia terbaik
    gembira sgt2
    semalam aku balik dari bandar sampai ke rumah kibar bendera Malaysia

    1. tehr says:

      hehehe
      dah lama tak seronok menang piala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun