Malam Pertama

malam pertama

Aku sangat yakin dan percaya, ramai di antara kita sama ada lelaki mahu pun wanita yang pernah mengalami dan menikmati pengalaman malam pertama. Sudah tentu semuanya gembira dengan apa yang dilalui. Kan? Kan? :D

malam pertama lahir ke dunia
hanya menangis tiada ketawa
hangat dalam selimut bonda
lena dalam harapan keluarga

malam pertama masuk asrama
rakan baharu galak bertanya
siapakah nama asal dari mana
sampai ke pagi tidur tak lena

malam pertama di katil hospital
akibat terjatuh dari motorsikal
sendiri bersalah bersikap nakal
sudah terlewat untuk menyesal

malam pertama di rantau orang
kampung sendiri masih dikenang
ibu dan ayah wajah terbayang
berjauhan pula orang tersayang

malam pertama bersuami isteri
membina harapan sepenuh hati
melangkah takut dalam berani
melawan gelisah di jiwa sendiri

… malam pertama di alam kubur
masih sempatkah untuk berdengkur?

TehrDemikian kisah 'Malam Pertama' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. adele says:

    ok..cikgu saja mencipta kontroversi melalui perkataan ni kan..kan..hahaha

    yg paling tersentuh adalah malam pertama di kubur..cukupkah bekal kita..’

    dan bagaimana malam pertama di syurga?entah layak entah tidak..
    adele baru je tulis kisah Tercipta UntukkuMy Profile

    1. akubiomed says:

      Amboi Adele antara yang terawal untuk entri ini?
      akubiomed baru je tulis kisah My Pinky Moments Contest – EyriqazzMy Profile

      1. adele says:

        ehehe..biasalah..bila ada mood ber blogwalking mcm ni lah jadinya.. :D
        adele baru je tulis kisah Tercipta UntukkuMy Profile

      2. hafizmd says:

        saje usik adele ni…hehehe =)
        hafizmd baru je tulis kisah Edisi KOrek:Entri Paling Tak PopularMy Profile

  2. nurmisnan says:

    aku tgh membayangkan dlm kubur berdengkur..
    hmmmmm rasanya tak sampai 5 minit nak rehat
    dah di terjah. Menggeletar seluruh badan…
    nurmisnan baru je tulis kisah My Pinky Moments Contest by EyriqazzMy Profile

  3. caenz says:

    malam pertama di alam dikubur, hmmm no komen ..hihi
    indahnya kalau malam pertama di alam ni :P
    caenz baru je tulis kisah Drama 3 Janji Slot Lestary TV3My Profile

  4. akubiomed says:

    Macamana rasanya malam pertama di dalam kubur. Mungkin dugaan telah bermula saat nyawa dicabut daripada jasad.
    akubiomed baru je tulis kisah Projek 100 Bloggers oleh BroframestoneMy Profile

  5. Melatiqistyna says:

    Sgt xsaited baca dr atas, yg last tu… Belum cukup lg bekalan…
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Kuah Rojak Mak Bee + Nasi Grg Black Pepper + PHDMy Profile

  6. [...] pulak entri berkaitan kematian di blog cikgu dan Erma. Em, apakah bersedia sudah kita menempuh alam barzakh di saat kematian yang datang [...]

  7. azura says:

    malam pertama di kubur tak siapa yang tahu cikgu….semoga soalan malaikat mungkar dan nakir mampu kita jawab nanti…
    azura baru je tulis kisah Terukir Di Bintang Unofficial MTV with lyricsMy Profile

  8. eiela says:

    tak diketahui macam mana malam pertama di alam kubur nanti.
    eiela baru je tulis kisah Buat Cupcake Memang BestMy Profile

  9. yas says:

    Malam pertama…kalau siang tu dah penat sangat…tidoq je laa…hehehe
    yas baru je tulis kisah AKU ANTARA 15 BLOGGER KACAK DI MALAYSIAMy Profile

  10. titan says:

    ohh..malam pertama ada banyak rupanya..
    titan baru je tulis kisah Jangan layan pendapat bodoh.My Profile

  11. tips-kurus says:

    “bila Izrail datang memanggil…”

  12. iza says:

    Malam pertama di alam kubur
    Dah tak boleh nak bergengkur
    jantung berdebar menanti Nankir dan Munkar…
    iza baru je tulis kisah Cek Nuffnang Hasil Tahun 2011My Profile

  13. zool says:

    Malam pertama kita ke dunia.. ada tak yang mengingatinya?
    zool baru je tulis kisah Piala Monsun gagalMy Profile

  14. Khidhir says:

    errr. xde experience
    Khidhir baru je tulis kisah Cara Sembunyikan File dan FolderMy Profile

  15. zulkbo says:

    salam..
    ermm..dah dua alam kita lalui
    bagaimana alam seterusnya ye?
    wallahualam :)
    zulkbo baru je tulis kisah Budaya Lesbian Dan Gay (LGBT) Mendapat Tempat Di Malaysia ?My Profile

  16. rahman says:

    Bila Izrail datang memanggil
    Jasad terbujur di pembaringan
    Seluruh tubuh akan menggigil
    Terbujur badan dan kedinginan..

    jangan kata malam pertama… yang ni pun dah seram
    rahman baru je tulis kisah Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan perlawanan akhir badminton All England 2012My Profile

  17. kulanz says:

    yang paling berkesan sekali pantun akhir dua rangkap tu
    kulanz baru je tulis kisah Santai Hujung MingguMy Profile

  18. Adeh.. buat kawe teringat ombak rindu lak.. erkkk..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Autistic Son Drove Woman To Murder-SuicideMy Profile

  19. Ad-Dien says:

    pndai betul cikgu tehr ni berpantun, barakallahufik
    Ad-Dien baru je tulis kisah Persoalan Hukum Gambar, Lukisan Dan Patung Dalam IslamMy Profile

  20. Ladfe Amir says:

    malam pertama sebenarnya bkn sesuatu yg menyeronokkan..tetapi ianya dilalui dgn penuh debaran.

    malam pertama menjadi ayah..
    malam pertama sebelum exam bermula
    malam pertama di ambang kubur….

    mcm2 perkara boleh disimpulkan

  21. chii says:

    malam pertama lahir ke dunia,malam pertama masuk asrama,malam pertama di rantau orang
    3 malam ni chii da tempuh…yg lain2..belum lg
    malam pertama di kubur? harap2 cukup bekalan bila tiba masanya nanti
    chii baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru Iqwan & SyazzanaMy Profile

  22. hafizmd says:

    Terbaiklah Cikgu!

    Semuanya kat di atas, kita ada teman utk bertanya dan berharap.

    Yg last tu? Kita sorang2 bermalam. Ada bekal, cerahlah….kurang bekal, malap sikit, takde bekal….siaplah….wanau’zubillah

    Thanks cikgu =)
    hafizmd baru je tulis kisah Edisi KOrek:Entri Paling Tak PopularMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun