Maksud Perkataan Jinjang Dan Jenjang

Maksud Perkataan Jinjang Dan Jenjang. Itulah apa yang kita nak belajar pada hari ini.

Harap kita tidak tersalah eja perkataan, jinjang atau jenjang. Maksud dua perkataan ini adalah sangat berbeza. Macam langit dengan bumi jauhnya.

Pelesit dua sejinjang,
Satu kenit satu panjang.

Tangkap ketam pakai bubu,
Dapat sebaldi bawa pulang;
Jalan malam takutkan hantu,
Berdesup lari dikejar jinjang.

Maksud Perkataan Jinjang Dan Jenjang

Maksud Perkataan Jinjang Dan Jenjang

 Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan maksud seperti ini:

jinjang 1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki hantu; 3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi (menemani) utusan raja; pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja; berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin (ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana.
jenjang 1. panjang (bkn leher); 2. tangga; menaiki ~ pelamin menaiki tangga pelamin, melangsungkan per­kah­winan; berjenjang, berjenjang-jenjang ber­tang­ga, bertingkat-tingkat; pemilihan ~ pe­milihan secara bertingkat (tidak secara lang­sung drpd rakyat); sawah ~ sawah yg bertingkat-tingkat.

Jinjang adalah nama bagi sebuah pekan yang terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jinjang dikatakan mendapat nama dari seekor khinzir yang dibawa oleh pendatang Cina. Mereka percaya khinzir tersebut memiliki kuasa ajaib yang dapat memberi kekayaan.

Majoriti penduduk di Jinjang berketurunan Cina.

Jenjang pula bagi kita biasa menyebut ‘jenjang pelamin’. Kalau dahulu kita biasa mengejanya dengan ‘jinjang‘ tapi sekarang ejaan dah ditukar menjadi ‘jenjang‘.

Bila hati kita sudah berkenan pada seseorang, tentunya kita mahu membawa Si Dia ke jenjang pelamin. Untuk hidup bersama kita. Tak kira susah atau senang.

Dari hidup sampai ke mati. Dari dunia sampai akhirat.

Itik putih mahu terbang,
Terbang sama itik serati;
Kulit putih leher jenjang,
Hati rindu rasa nak mati.

Manis rupa jenjang pelamin,
Makan petola perut berangin.

Begitulah Maksud Perkataan Jinjang Dan Jenjang yang dapat kita belajar kali ini.

Harap-harap Cikgu Tehr tak tersalah ajar. Murid-murid pula tak tersalah faham.

TehrDemikian kisah 'Maksud Perkataan Jinjang Dan Jenjang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. akubiomed says:

    Kalau leher jenjang, apa pula maksudnya?
    akubiomed baru je tulis kisah Aplikasi Hong Leong Connect Mobile dengan pengesahan biometrikMy Profile

    1. mrhanafi says:

      leher jenjang tentu wanita yang cantik ..pilihan hati saya tu..hu..hu..
      mrhanafi baru je tulis kisah Maal Hijrah Masa Untuk BerubahMy Profile

  2. Hero Borneo says:

    Indah sungguh paluan rebana,
    Rebana dibuat kayunya jati,
    Kalau dah jodoh tak ke mana;
    Jenjang pelamin sedia menanti.
    Hero Borneo baru je tulis kisah Cerita Disebalik Gambar Siri 9My Profile

  3. titan says:

    ingakan adik beradi operasi janjang tadi.
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 53 dari Ashadee.comMy Profile

  4. zik says:

    ke jinjang pelamin.. hehe
    zik baru je tulis kisah Harga tol naik, berkuatkuasa 15.10.2015 khamis ini!My Profile

  5. DLSL says:

    Bukan singkatan Jin Panjang ke Jin Jang tu? :D

    Terbang sama itik serati;
    Terbang jauh ke negara Haiti
    Hati rindu rasa nak mati.
    Tak berjumpa Whatsapp pun jadi

    1. Hero Borneo says:

      Buluh cina tinggi pokoknya,
      Tumbuh subur tetapi lambat;
      Whatsapp saja apa salahnya,
      Janji rindu boleh terubat.
      Hero Borneo baru je tulis kisah Best Blogger Network Imej BaruMy Profile

  6. jinjang atau jenjang kena faham maksud keduanya supaya tak tersalah
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Kepentingan EPA dan DHA Kepada Kesihatan OtakMy Profile

  7. maza says:

    err…tiba2 maza teringatkan pula perihal berleher jinjang dan berleher jenjang.

    cuba bayangkan dan suai padankan dengan maksud di atas…. kihkihkih.. kelakar, kan?

    hahaha

  8. Elias says:

    Hantu yang tidak ada pemimpin~ jinjang, kalau hantu ada pemimpin adakah parti politik?

  9. Ikhwan says:

    dalam matematik ada janjang arimetrik :)
    Ikhwan baru je tulis kisah Langsai Hutang Rumah Dapat RM1 JutaMy Profile

  10. ringantangan says:

    Ya, dulu selalu sebut jinjang pelamin, kini baru tahu yang betul. Bagus tuan!
    ringantangan baru je tulis kisah Video montaj sejarah, siap dalam masa 24 jam.My Profile

    1. raihanah says:

      tu la, biasa tahu jinjang pelamin atau leher jinjang
      raihanah baru je tulis kisah 3 Cara Vitamin C Membersihkan Toksin Dalam BadanMy Profile

  11. cik tom says:

    jenjang tak pernah pulak dengar..jinjang tue selalu orang cakap ke jinjang pelamin..hehe
    cik tom baru je tulis kisah Alhamdulillah.. Pengalaman Rasa Bahagia Habis Bayar PTPTNMy Profile

  12. Ingatkan tadi maknaynya leher jinjang…
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Kunyit Herba Semulajadi untuk Mencegah KanserMy Profile

  13. selama ni aku duk sebut jinjang pelamin..salah la rupanya
    blogger lelaki baru je tulis kisah Contest Review Lynk.my 2015My Profile

  14. namasaya says:

    mak aihhhh…selama kita hidupni tak tau pun maksud jinjang tu gitu. Tak mau guna lagi dah. Cakap jelah leher panjang..terus sampai maksud takde belok-belok
    namasaya baru je tulis kisah Suppplement Makanan Yang Bagus Untuk Anak Vitalea For ChildrenMy Profile

  15. hafiz says:

    Jarang juga perkataan jenjang digunakan..
    hafiz baru je tulis kisah Kemaskini permohonan BR1M 2016My Profile

  16. Adib Site says:

    oh baru tahu.. thanks ya..
    Adib Site baru je tulis kisah Contest Review Lynk.My 2015My Profile

  17. Suriya says:

    Oh jauh beza makna rupanya. Ingat sama. Dapat satu ilmu baru. Tq
    Suriya baru je tulis kisah Segmen Kenal Shaklee: Cinch Tea MixMy Profile

  18. Alongxp says:

    Maknanya, selama ni banyak la kebanyakkan orang buat silap e? patutnya kita banyak guna perkataan jenjang la ye?
    Alongxp baru je tulis kisah Sistem scan cap jariMy Profile

  19. MDHAFiZ.NET says:

    teringat akan kampung halaman, ada lagenda puteri sejinjang dan puteri santubong.
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Anzala SHOP Gedung Jualan Maya Terbaru!My Profile

  20. suri says:

    baru tahu ada perkataan baharu heee..
    suri baru je tulis kisah 3 Resepi Cara Buat Donut Big Big Apple Montok!My Profile

  21. suri says:

    waduh mana cikgu tehr ni cuti sekolah taka da buka kelas pantun sasatera ke huhu…
    suri baru je tulis kisah Gaya Fesyen Lelaki Terbaik 2015My Profile

  22. musadun says:

    perkataan yang selalau dengar, tapi tak pernah ambil tahu pun apa ertinya…thanks..barulah tahu.hehe
    musadun baru je tulis kisah Tarikh Keputusan PT3 2015 DiumumkanMy Profile

  23. Sync says:

    boleh buat satu pos berkenaan perkataan jinjing :)
    Sync baru je tulis kisah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41My Profile

  24. kita yang mengaku orang melayu ni pun banyak juga perkataan yang masih tak tahu..
    berita malaysia baru je tulis kisah Kepada Yang Tinggal Area Lembah Klang. Kenal Pasti Muka Banduan Ini. Dan Hati-HatiMy Profile

  25. Bahasa budaya bangsa. Banyak juga manfaat yang dapat jika diperhatikan betul-betul tentang penggunaan bahasa ini.
    Inspirasi Huda baru je tulis kisah Cara Menjaga Kulit Muka Dengan Betul.My Profile

  26. linie says:

    biasa dengar leher jinjang jer..
    linie baru je tulis kisah Bagaimana Nak Kurangkan Keletihan Semasa Hamil?My Profile

  27. sapsibubapa says:

    banyak perkataan yang kita selalu dengar, tapi tak tahu pun apa maksudnya..contoh mcm jinjang ni la.
    sapsibubapa baru je tulis kisah SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan PeperiksaanMy Profile

  28. Dapat tambah ilmu lagi disini..hihi..jinjang pernah dengar,jenjang pertama kali dengar..
    Inspirasi Huda baru je tulis kisah Cara Membuat Homemade Play dohMy Profile

  29. Ani Haryani says:

    Ingatkan sama rupanya berbeza. Jinjang dan jenjang,

    ejaan betul jenjang pelamin. Baik, terima kasih :)
    Ani Haryani baru je tulis kisah Permulaan Tahun Baru 2016 Di Broga HillMy Profile

  30. gaya modern says:

    nice sharing tuan
    gaya modern baru je tulis kisah Gamis Model Terbaru Untuk Lebaran 2016My Profile

  31. Adawiah Nik says:

    Kalau leher jinjang kata orang cantik dipandang. . Apa pun, bersyukur apa yang Allah dah beri.Saya katagori leher biasa biasa je,Alhamdulillah.

    Adawiah nik menulis:dawiahnik.blogspot.my/2016/08/loving-story-apa-kata-mereka-tentang.html

Leave a Reply to gaya modern Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun