Maksud Jilbab Dan Hijab

Apa maksud jilbab dan apa pula maksud hijab? Apakah fesyen baju raya nanti termasuk dalam kategori berjilbab atau berhijab seperti yang dikatakan oleh orang banyak. Jom kita tengok apa yang aku dapat dari Kamus Dewan Edisi Keempat.

jilbab Ar pakaian longgar (termasuk kerudung) yg memenuhi keperluan menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan; berjilbab memakai jilbab: dlm per­himpunan itu, kelihatan juga beberapa orang wanita yg ~. Kamus Dewan Edisi Keempat

Nampak tu? Maksud jilbab ialah pakaian yang longgar, bukannya pakaian ketat seperti pembalut buah nangka. Lagi pun pakaian longgar sesuai dengan wanita muslimah.

hijab Ar 1. kain penutup, mis tabir atau tirai; 2. tudung labuh penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita: masyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; 3. ki sekatan yg memisahkan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, penyekat, dinding: solat adalah masa Allah mengang­kat ~ di antara-Nya dgn hamba-Nya; berhijab memakai hijab: wanita yg ~ ber­pegang teguh pd etika agamanya; beliau juga menemui wanita-wanita yg ~ di rumah mereka; terhijab 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat, terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan petunjuk drpd Allah. Kamus Dewan Edisi Keempat

tudung labuh

Maksud hijab pula ialah tudung labuh penutup bahagian kepala seperti gambar di sebelah, diambil dari Oh! My Suri Shop. Nampak cukup labuh untuk menutup kepala dan bentuk badan si pemakainya. Sesuai sangat untuk dipakai bersama baju kurung pada hari raya nanti.

Siapa yang berkenan boleh tempah daripada Puan Suri.

Apa-apa hal pun, terdesak atau tidak, jangan la pakai tudung saji atau tudung periuk bila ke bazar ramadhan nanti.

TehrDemikian kisah 'Maksud Jilbab Dan Hijab' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. akubiomed says:

    Perlu ada pematuhan pemakaian bagi wanita bagi memastikan ia memenuhi tuntutan yang digaris oleh islam.
    akubiomed baru je tulis kisah Juadah berbuka pilihan bulan RamadhanMy Profile

  2. SHIMI says:

    Antara aurat dan urat. Antara faham atau buat-buat tak faham….
    SHIMI baru je tulis kisah Tarbiyah Ramadhan : Antara Siyam dan QiyamMy Profile

    1. hafizmd says:

      ramai yg tayang urat…sama2 kita doakan kita keluarga kita dan rakan2 seagama kita diberi hidayah Allah utk sempurna menutup aurat
      hafizmd baru je tulis kisah Pesan Abah…My Profile

  3. AUC says:

    ramai yg tutup aurat sekarang tetapi bertelanjang…
    AUC baru je tulis kisah Muka Baru Blog AUCMy Profile

  4. titan says:

    yap, memang besar perbezaannya.
    titan baru je tulis kisah Apa itu MyKad Smart Shopper?My Profile

  5. hafiz says:

    memang kena ada pnaduan yg betul untuk menutup aurat..
    hafiz baru je tulis kisah Wordless Wednesday 27 : Air tangankuMy Profile

  6. UmmiKami says:

    As salam cikgu :)

    Gelap sudah sebab berasap,
    Hujan merintik si amah menanti,
    Meredah bendang menoleh pianggang,
    Raga berat digalas Pak Tani;
    Hijab purdah jilbab dan niqab,
    Pakaian tercantik muslimah sejati,
    Indah dipandang tak boleh pegang,
    Menjaga ‘aurat berlandas syari’e.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dalam Berpuasa…My Profile

  7. suri says:

    ha..aduh dua perkataan yang berbeza tapi menekankan aspek bertutup dalam syariah islam..
    suri baru je tulis kisah Sedut Duit Dalam DiamMy Profile

  8. suri says:

    terima kasih atas backlik kedai hamba..moga2 murha rezki tuan tehr :)
    suri baru je tulis kisah Sedut Duit Dalam DiamMy Profile

  9. papa mifz says:

    Jilbab – perkataan baru untuk den , tak pernah dengar sebelum nih…
    papa mifz baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Tidak Perlu Jerang Air LagiMy Profile

  10. suri says:

    ayuh kita menutup aurat di bulan yang mulia ini kalau berubah terus lgi baguh
    suri baru je tulis kisah Awak, Janganlah Membalas Dendam..My Profile

  11. kakiblog says:

    ada wanita yang tutup aurat tapi tak solat dan ada yang solat tapi tak tutup aurat..pelik dan ajaib dibuatnya

  12. Hafizul says:

    Ohhh ada perbezaan juga yer..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #61 – Rezeki Beli Broadband BaruMy Profile

  13. maza says:

    Hahaha…

    errr… confirm tahun ini seperti tahun-tahun sudah, maza tidak akan mengenakan hijab ataupun jilbab..

    boleh cikgu?
    hehehe
    maza baru je tulis kisah DRAMA KLASIK Orang bujang tua terjebak di Ramadan 2013My Profile

  14. Mohd Shubhi says:

    Terima kasih atas pencerahan. Penekanan pada pakaian ‘longgar’ tu amat tepat sekali. Dok tengok siri busana wanita muslimah pamerkan model berpakain ketat mengiurkan..tapi kata bertudung?
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Sidang kemuncak keusahawanan globalMy Profile

    1. hafizmd says:

      pasal yg model muslimah bertudung tp baju ketat dan tudung tak patuh syariah ni pun satu hal jugak…

      risau dgn generasi baru, pasti keliru
      hafizmd baru je tulis kisah Pesan Abah…My Profile

  15. Lynn says:

    Ejaannya tidak sama, sebutan perkataanya juga tidak sama apatah lagi maknanya – jelas tidak sama. Selamat menjalani ibadah puasa Tehramuan.
    Lynn baru je tulis kisah VAMPIRE TREATMENT ATAU HORMON UNTUK MUDAMy Profile

  16. amirulfaiz says:

    Fesyen orang lelaki pula? Bersongkok atau berkopiah atau berserban atau rambut k-pop? :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Naufal makan; kadang-kadang ada selera.My Profile

  17. takai says:

    menarik artikel ni….baru tahu…hehehe

  18. azura says:

    saya pun masih kategori lemah bab aurat ni cikgu

  19. dja@sishaza says:

    Sbg wanita sepatutnya kena lah tahu mana satu sesuai utk dipakai
    dja@sishaza baru je tulis kisah KENALI NAMA BAHAN DALAM PEMBUATAN BISKUT,KEK DAN PASTRIMy Profile

  20. onlajer says:

    haha terus terang aku cakap baru aku faham
    onlajer baru je tulis kisah Ustaz Dah Masuk Dua Dah!My Profile

  21. hafizmd says:

    Alhamdulillah. Moga2 ramai yg faham. Nak2 para suami dan abang2 macam ambe ni.

    Pakat tgk anak isteri masing2…tepat ke tak cara berpakaian mereka.
    hafizmd baru je tulis kisah Pesan Abah…My Profile

  22. babycomel says:

    terima kasih sbb ingatkan. betul la kata yg iman tu tak dapat diwarisi. Saya pun masih lemah lagi bab-bab aurat ni. inyaAllah akan sentiasa cuba perbaiki diri.
    babycomel baru je tulis kisah Baju Melayu Aaron Aziz Di Jakel Seluruh MalaysiaMy Profile

  23. Kalau tak silap mengikut kefahaman saya, jilbab atau kerudong ni sebenarnya sama saja makna dari segi istilah dengan hijab. Cuma jilbab digunakan di Indonesia.
    Naziman Azlye baru je tulis kisah Wordless Wednesday #7 : Jangan Putus Asa dari Rahmat AllahMy Profile

  24. kerudung nia says:

    dengan menggunakan jilbab hati dan sikap juga harus dijaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun