Makhluk Penghisap Darah

Ini bukan cerita puntianak atau hantu perempuan yang suka meng­hisap darah orang (terutama orang beranak), tetapi hanya kisah mengenai binatang dan serangga di sekeliling kita sahaja. Mr Tehr cuba senaraikan beberapa binatang dan serangga yang sering ‘mencuri dan merampas’ hak kita serta kesan yang akan kita hadapi kerananya.

kalau malam diganggu nyamuk
tidur tak lena mata mengantuk
mimpi musnah hati mengamuk
masa kerja tersengguk-sengguk

kalau kepala menyimpan kutu
pastilah seharian tergaru-garu
rambut gerabang seperti hantu
boleh takutkan orang yang lalu

kalau di tikar terdapat pijat
manusia digigit selagi dapat
gatal digaru boleh melarat
kulit berbintik macam karat

kalau jumpa pacat dan lintah
berlari di air pakaian basah
padi diredah habislah patah
mungkin sekali kaki berdarah

kalau dikumpul sampah sarap
menjadi sarang membiak lalat
semakin lama tidak dicerap
tambah busuk makin berulat

Manusia juga seperti semakin ramai yang menjadi ‘makhluk penghisap darah’ sekarang ini, bertindak secara berkumpulan atau individu. Mereka sering mencari idea dan mengambil kesempatan terhadap orang lain, malah sesama sendiri asalkan sahaja mereka ‘kenyang’. Kawan atau sahabat yang menderita kerana tindakan mereka tidak dipedulikan sama sekali.

alahai, kasihan orang kampung
badan kurus mukanya cengkung
anak di rumah perutnya kembung
kerjanya berat orang yang untung

TehrDemikian kisah 'Makhluk Penghisap Darah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. zik says:

    nyamuk, gnaggu ku tidur malam, tanda Allah suruh aku bangun sembahyang tahjud…..subhanallah..
    zik baru je tulis kisah Keputusan terkini malaysia vs Taiwan 29 june 2011 (bukit Jalil)My Profile

    1. nyamuk kadang gigit timing baik punya time subuh
      tengkorak emas baru je tulis kisah Israk Mikraj: Tiada masalah bagi yang berimanMy Profile

      1. Mus says:

        ada hikmah setiap kejadian
        Mus baru je tulis kisah Tambang Murah AirAsia Untuk Balik RayaMy Profile

    2. tehr says:

      semuanya ada hikmat tersendiri
      asal saja manusia mahu berfikir

      1. suri says:

        tdo pasang kelambu..

        suruhan mmg wjib kene buat heee

  2. wadud says:

    ehehehhee…
    aku paham…
    kebanyakan nyamuk ada kat kampung.. ^_^
    wadud baru je tulis kisah Cara mudah upload video di Youtube |Tutorial dalam video disediakan|My Profile

    1. tehr says:

      kawasan air bertakung banyak sangat ni, bro

  3. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy buat mudguard dari fibreglass

    Kau datang tanpa diundang,
    Kau datang bawa bencana,
    Kau sedut kau hisap darah,
    Di tubuh yang sedang lena.

    isssshhhhh spesis penghisap darahhhh
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      kau datang bawa bencana
      setiap detik setiap waktu
      ketika aku sedang lena
      hilang pula mimpi indahku

  4. makhluk penghisap darah di kalangan manusia paling bahaya..lelaki perempuan pun ada,

    nyamuk pun yg hisap darah rasanya yg betina je

    1. tehr says:

      macam lintah darat dan buaya darat tu

  5. afzal laidin says:

    ingatkan Vampire tadi.
    afzal laidin baru je tulis kisah Wordless Wednesday – BusyMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      makhluk biasa2 saja, bro

  6. Cik Siti says:

    kalau kat kampung siap bergurau senda dengan sang nyamuk… boleh main tepuk tampar lagi….
    Cik Siti baru je tulis kisah Dan setiap rezeki datang dariNYAMy Profile

    1. tehr says:

      main injit2 semuk ke, cik siti? :D

  7. kakyon says:

    kenapa dilebel sbagai ubat nyamuk..bukan racun nyamuk?
    kakyon baru je tulis kisah Cetusan Makrifat 165My Profile

    1. tehr says:

      agaknya nak bagi nyamuk sihat tu :D

  8. zulkbo says:

    salam saudara..
    dari 4 serangga di atas
    lalat sahaja yang ada
    kadang-kala singgah
    di rumah saya..yang lain
    memang tak nampak
    termasuk nyamuk..
    alhamdulillah…
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Video Guru Di Rompak Depan Rumah Di Setapak 27-Jun-2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali zul
      lintah pula dah memang pasti tak ada
      hehe

  9. sayacomel says:

    nyamuk tu cuma cari rezeki aje. hehe..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Nakal – Bila kucing-kucing comel bersenam..My Profile

    1. akubiomed says:

      Marahkan nyamuk kelambu dibakar
      Buang sampah merata-rata
      Punca Denggi tidak pernah belajar
      nyamuk pula bermaharajalela
      akubiomed baru je tulis kisah Google PageRank AkuBiomed.Com Jun 2011My Profile

    2. tehr says:

      yups
      ‘dah memang makanan aku’ :)

  10. akubiomed says:

    Sakit perut mukanya kelat
    Kopi pahit rasanya hambar
    Along peminjam wang lintah darat
    Penghirup darah kalau tak berbayar
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – The ShadowMy Profile

    1. tehr says:

      kopi pahit rasanya hambar
      cicah dengan biskut kering
      hirup darah tidak berbayar
      nak halau pun naik pening

  11. Dah lama dah ada manusia yang hisap darah ni Tehr.
    Yang dulu jadi dracula tu semua asalnya lintah darat etc. hihihihihi
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google pagerank explanation for newbiesMy Profile

    1. tehr says:

      memang sejak lama dulu
      akhir2 ni makin menjadi2 pulak

  12. Mus says:

    teringat masa kat Pulau Bruit, Daro yg lepas..
    nyamuk.. semakin dibunuh, makin banyak yg datang..
    Mus baru je tulis kisah Tambang Murah AirAsia Untuk Balik RayaMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak terlawan tu
      tak cuba guna krim ke, mus

      1. maza says:

        minum air akar pasak bumi, insyallah nyamuk pun lari..
        binatang2 berbisa juga tercirit pergi…
        pahitnya akar itu, masyallah.. tak terperi… ahaks..

        hehehehhe
        maza baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Would be any delight on tomorrow?My Profile

  13. maza says:

    kalau kena cekenit atau tungau lagi dahsyat.. huhuhu

    mengertip-ngertip.. mcm kena kutu babi gak ler.. tapi tak perlu samak..

    hehehhe
    maza baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Would be any delight on tomorrow?My Profile

  14. bEe says:

    Dah agak dah entry si nyamuk aedes… hihihihi

  15. Mr Rileks says:

    nyamuk hisap darah yg kotor shj.. ye ke?
    Mr Rileks baru je tulis kisah Gambar 10 Artis Antarabangsa Masa Zaman Muda Part 1My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun