Makan Luar

singgah muara sungai sedeli
hajat berkelah bersama-sama
wahai kanda laksamana hati
maafkanlah kesalahan dinda

pukat tenggiri ikan todak
ikan gelama di laut dalam
malam ini dinda tak masak
badan dinda rasa nak demam

beli payung barang sekaki
hujan tiba di kala senja
intan payung cahaya budi
hapuskan saja gundah gulana

waktu senja durian gugur
semanis gula enak isinya
tutup sahaja seluruh dapur
hidangan kita di luar sana

Saya sebenarnya tidak suka makan di restoran atau makan di luar. Lebih selesa rasanya makan di rumah sahaja walau pun hanya berlaukkan ikan goreng atau berulamkan pucuk pegaga. Lagi pun kalau jumpa budu, saya akan makan lebih banyak dari biasa.

Menu utama kami malam tadi ialah tomyam campur. Beli di restoran berdekatan rumah dan bawa pulang.

TehrDemikian kisah 'Makan Luar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun