Makan Di Dalam Bas

Salam cuti-cuti Malaysia untuk semua. Petang ni aku mahu sambung sedikit lagi kisah sepanjang perjalanan kami dari Kuching ke Sibu semalam.

Satu hal yang agak asing bagi aku ialah perjalanan tanpa berhenti rehat untuk makan tengahari. Bas hanya berhenti sekejap untuk mengambil penumpang dan memberi peluang untuk ke tandas. Berbeza sekali dengan perjalanan bas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur apabila penumpang berpeluang untuk makan dan minum di Merapoh.

makanan islam

Gerai yang menyediakan makanan halal di perhentian Serikei

Bas berhenti di Serikei agak lama tetapi masih tidak sempat untuk memesan segelas teh tarik atau makan sekeping roti canai. Menahan lapar je aku sepanjang perjalanan.

Sebenarnya kakak ipar aku telah sedia berpesan untuk membawa bekal. Jadi isteri aku telah menggoreng beberapa ketul ayam dan disimpan di dalam bekas plastik. Malangnya aku tak selesa hendak makan di dalam bas berhawa dingin itu. Bau ayam goreng merebak ke segenap ruang di dalam bas. Rasa segan pula nak menelan walau pun sebenarnya perut sangat meminta.

sibu dari jambatan

Pemandangan Bandar Sibu dari jambatan

Perjalanan kami memang lambat disebabkan oleh keadaan jalan yang sempit, berliku, berbukit dan beberapa kawasan jalan yang rosak dan sedang dibaiki. Dengan kelajuan sekitar 70 km sejam, kami tiba di Sibu hampir pukul 5.00 petang dengan disambut oleh kakak ipar aku. [Kakak ipar aku bekerja dan menyewa rumah di Sibu. Sewaktu di Kuching kami juga menumpang di rumah beliau.] Hari ini harapannya sempatlah kami bersiar-siar di sekitar Sibu sambil mengimbau kenangan lama.

TehrDemikian kisah 'Makan Di Dalam Bas' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. bisk says:

    hurmm pelik gak kalau bus cuma berhenti sekejap saja…rasanya masa yang diperuntukan 45 minit kalau perjalanan agak jauh macam tuh.mungkin lain tempat lain caranya.

    apapon semoga ceria sepanjang percutian..
    bisk baru je tulis kisah i-sabbah-the assassin grandmasterMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bisk
      ini pengalaman pertama bagi kami

  2. sangilapi says:

    aku kalau travel jauh-jauh naik bas,memang selalu standby coklat buat alas perut :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      kami ada juga bekal coklat untuk anak2

  3. zulkbo says:

    salam..
    bekal ayam jangan di lupa..
    alahai lapar bro kita dalam
    perjalanan..
    zulkbo baru je tulis kisah Menikmati KemenanganMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      tahan je rasa lapar
      bau ayam goreng tu kuat sangat
      segan rasanya nak telan

  4. alif says:

    dlm pjlanan tak leh mkn takut sakit perut
    alif baru je tulis kisah jualan murah betul kerMy Profile

    1. dnoBiz says:

      sama la macam aku,
      kalau nak naik bas aku akan tahan dari tidur sehari sebelum tu…
      nanti dalam bas aku bantai tidur sampai la dah tiba ke tempat yang dituju hahahah
      dnoBiz baru je tulis kisah Protes – Lelaki terjun dari balkoni Parliment videoMy Profile

      1. tehr says:

        ramai yang amal teknik ni, dB
        satu langkah yang memudahkan banyak perkara :D

        1. dnoBiz says:

          heheh tapi pastikan kita bukan nak berhenti di pertengahan perjalanan nanti terlepas pulak :D
          dnoBiz baru je tulis kisah Faedah Kitar semula dan Stacy Pakai Buang Video-LirikMy Profile

          1. tehr says:

            tak dapat aku nak bayangkan kalau terlepas bas
            payah nak cari hotel atau chalet tu

  5. wandisini says:

    ayam goreng tak pa. jangan makan durian dalam bas.hehe..
    bestnya dapat travel macam ni.

    1. tehr says:

      seronok dengan pengalaman baru :)
      tapi kalau dengan bas dari KB ke KL, boring je rasa

  6. Ali ridha says:

    rasa seronok makan atas bas kan.
    Ali ridha baru je tulis kisah Tukar tema wordpress ke premiumMy Profile

    1. tehr says:

      anak2 aku memang nampak seronok

  7. padin says:

    hehee susah jugak tu perjalanan jauh xde berhenti makan, ekekee
    padin baru je tulis kisah padinno @ 2010My Profile

    1. tehr says:

      memang sukar, bro
      tapi bekal boleh dimakan
      cuma aku je yg segan nak telan

  8. kakyon says:

    masa zaman sekolah dulu..bila ikut rombongan..makan bekalan yang di bekalkan emak kt dlm bas ramai2..siap tukar2 lauk..seronok..
    kakyon baru je tulis kisah Lawak SengalMy Profile

    1. tehr says:

      anak2 memang nampak seronok walau pun keletihan

  9. mie says:

    dah lama xnaik bas!!!!
    kalo dimakan, habis bau ayam tu dalam bas..
    ehehee
    mie baru je tulis kisah Mobile Template!! Special Untuk BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, mie
      segan aku nak telan ayam tu
      tapi, anak2 aku nampak tak kisah je :D

  10. dnoBiz says:

    adakah kerana tiada hentian rehat Tehr?
    ataupun memang itu cara pemandu tu ?
    dnoBiz baru je tulis kisah Gejala Sosial – Ibu terkedu 2 anak dan kekasih dalam bilik tidurMy Profile

    1. tehr says:

      tempat berenti memang ada
      mungkin bas yang kami naiki je tak berenti lama
      banyak syarikat yang sediakan bas dari kuching ke sibu miri limbang

  11. akubiomed says:

    Bro tehr kenapa tak bawa bekal roti krim dan air kotak?. Tentu meletihkan sehari suntuk duduk didalam bas untuk perjalanan yang jauh
    akubiomed baru je tulis kisah Persiapan persekolahan abang NgahMy Profile

  12. zik says:

    dalam bas pun jadilah…. ada jugak tempat untuk mengalas perut…
    zik baru je tulis kisah Kucing paling garang !!My Profile

  13. Norgadis says:

    Saya pernah ikut bas tempahan khas (sama tak mcm naik bas ekspress..?) yang tak berhenti rehat, kami disediakan makan dan penumpang makan dlm bas je… perjalanan agak jauh, dari Jeddah ke Madinah dan sampai kira2 jam 3 pagi waktu Madinah.
    Norgadis baru je tulis kisah Hari Pertama Bercuti Di Kota KinabaluMy Profile

    1. tehr says:

      mungkin perjalanan di sana lebih selesa, kan?
      saya belum ke sana, tiada pengalaman mengenainya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun