Makan Berdua

Aku tak tahu pulak kalau ada orang yang tak pernah makan. Macam tak logik je. Hehehe. Maksud entri petang ini ialah makan berdua. Lebih jelasnya ialah makan hanya berdua sahaja bersama pasangan [kekasih, tunang atau suami/isteri]. Tak kisahlah sama ada makan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam atau pun makan tengah malam. Pernah?

cinta berbunga kembang berdiripinggan
senyum berhias sepanjang hari
sesekali merajuk membawa kaki
seronok dipujuk berbunga hati

manisnya darah orang bertunang
kongsi semua dengan tersayang
sambil makan wajah dipandang
menanti akad membawa peluang

seorang suami seorang isteri
hidup bahagia di rumah sendiri
sekali memasak empat kali beli
makannya bersama setiap hari

Ketika mula jatuh cinta lain gaya bercakap, berjalan atau cara makannya. Masa bercinta pula lain [abaikan yang belum pernah bercinta]. Dalam tempoh bertunang berubah lagi cara gaya. Waktu mula-mula kawin berubah sekali lagi. Bila dah lama kahwin lagilah lain rentaknya.

Pada pendapat korang, kalau makan berdua sahaja, korang selesa duduk berhadapan atau bersebelahan? Ada sebab ke?

TehrDemikian kisah 'Makan Berdua' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


76 Comments

  1. kaizen says:

    berhadapan…. makan kot? tangan aku nih panjang sikit… hahaha kang tersiku pinggan sebelah.. ngeh3
    kaizen baru je tulis kisah FoRMuLa DRiFT TaWau 30 aPRiL 2011 CoMiNG SooNMy Profile

    1. Mus says:

      boleh menimbulkan ke malu an kalau makanan tumpah..
      Mus baru je tulis kisah Aksi Baring- Potong & TangkapMy Profile

      1. dnoBiz says:

        uikssss…
        kalau tumpah memang timbul ke maluan tu hahah :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Pelajar Obesiti – 15 jenis makanan larangan di sekolahMy Profile

        1. suri says:

          isyh tak patot..tak patot..

    2. tehr says:

      kalau tersiku pinggan, malu weh :D

      1. Cik Siti says:

        silap haribulan lantai yang dapat makan….
        Cik Siti baru je tulis kisah CeriaceriaceriaMy Profile

        1. hafizmd says:

          kalau lantai yg dapat makan, rugi sudah…tiada rezeki hari itu :D
          hafizmd baru je tulis kisah Misteri kebun Pak Din dan ganjaran USD 1…My Profile

          1. suri says:

            kita bayar jelah..lanati yng mkan ok gak..dari bako!! bako lantai tu payah heee

      2. dnoBiz says:

        kena pula kalau jenis melatah heheh
        dnoBiz baru je tulis kisah Pelajar Obesiti – 15 jenis makanan larangan di sekolahMy Profile

    3. padin says:

      kalau pinggan sebelah dah kosong
      takla masalah sangat he he he

    4. benjy says:

      Itu nak siku pinggang sengaja ke tak senjaga tu … hehehe niatnya masih baik.
      benjy baru je tulis kisah B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7MMy Profile

  2. kakyon says:

    tak kisahlah duduk camna pun..janji mkn sedap..:P
    kakyon baru je tulis kisah berhatihatiMy Profile

    1. Mus says:

      kalau bercinta.. makan yang tak sedap pun boleh jadi sedap..
      kontrol macho..
      Mus baru je tulis kisah Kisah Sekolah ‘Pulau’My Profile

      1. tehr says:

        jangan panjang leher masa nak menelannya dah la
        hehe

      2. LiFe KaMi says:

        masa becinta makan sikit punya lambat, bila da kawin kejap je makan ,nak gi jalan tempat lain plak..hehe

    2. tehr says:

      lagi satu kalau free
      hehe

    3. benjy says:

      Makanan tu mestilah sedap sebab awek yang belanjan… hahaha (c b3njy ni memang jahat …)
      benjy baru je tulis kisah B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7MMy Profile

  3. Mus says:

    aku suka bersebelahan.. senang nak tukar pinggan (kongsi makanan) hihihi.. sehati sejiwa katakan..
    pastikan menu di order adalah berbeza
    Mus baru je tulis kisah Merentas Lautan Dengan Enjin Berkuasa KUDAMy Profile

    1. tehr says:

      memang sehati sejiwa tu
      nak pulak kalau si dia malu2 nak makan
      memang kenyang la, bro

    2. benjy says:

      aku dah agak dah .. brother Mus mesti membuat clearance terakhir kalau aweknya tak dapat habis makanan … hehehe (jangan marah cuma teka je)
      benjy baru je tulis kisah B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7MMy Profile

  4. mie says:

    bersebelahan la..
    baru romantik..
    eheheheeee
    mie baru je tulis kisah Perang Promosi Dan KFC Voucher OnlineMy Profile

    1. tehr says:

      macam kata mus tadi
      sehati sejiwa :D

    2. benjy says:

      yer betul tu b3njy sokong sebab kalau makan dalam ruang beraircond , duduk bersebelahan boleh menghangatkan badan yang sejuk tu … (korang jangan salah paham pula … hehehe … b3njy tidak berniat begitu …)
      benjy baru je tulis kisah B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7MMy Profile

  5. Ismail N says:

    kawe makan the best se family ler..
    ada bini plus anak2 … time cintan2 lain ler.. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Garden of Eden Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

    1. tehr says:

      kalau sekarang ni
      kat mana2 pun tak kisah, bro
      asal anak2 dapat makan dengan selesa

    2. benjy says:

      Ismail N bakal di umumkan suami dan bapa mitali tahun 2010 … semoga gembira sekeluarga
      benjy baru je tulis kisah B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7MMy Profile

  6. zulkbo says:

    salam..
    alahai..lupa dah cara makan masa bercinta dulu
    lain gadis lain caranya..he he..pernah kenal seorang
    gadis dahulu..katanya dia tak selesa duduk sebelah
    kiri saya..buat dia rasa nak pitam..ermmm..dia ada ilmu
    menuntut atau saya yang ada pendinding..wallahualam
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Kamera Tersembunyi Di Mana-mana – Berhati-hatilahMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      kalau dia duduk sebelah kanan, boleh?
      saya tak tau apa2 dalam bab dinding mendinding ni
      hehe

    2. benjy says:

      Bagilah pendinding tu sikit brother Zulkbo ..
      benjy baru je tulis kisah B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7MMy Profile

  7. yas says:

    Aku kalau makan kat luar mesti dok sebelah menyebelah gak…anak2 dok depan….hehehe
    yas baru je tulis kisah Carrom- sukan yang kurang popularMy Profile

    1. suri says:

      suka makan mengadap2 hee…sllunya nasi spa yg tak habis kami makan berdua sama heee..

  8. Cik Siti says:

    kalau masa bercinta makan berdua, dah kahwin ada rezeki nak makan berdua kena tunggu anak tidur baru boleh candle light dinner. he…he…he…
    Cik Siti baru je tulis kisah CeriaceriaceriaMy Profile

    1. tehr says:

      tunggu anak tidur?
      tak tahu la bila budak2 ni nak tidur
      haha

  9. padin says:

    hehe aku lebih selesa makan bersebelahan :D

    1. suri says:

      mkn bersebelah sllu waktu tghari heee..save had beg supa org tak dpt amik hoooo

      1. bEe says:

        @suri : betul…. makan sebelah2 pastu bagi kepit2 skit takde pencopet dtg. Kuikuikui

  10. Cik Siti says:

    kalau dulu masa bercinta makan mengadap. tapi masa tu nak telan pun macam tersekat kat kerongkong. nak makan sebelah dia takut orang dok pandang je….
    Cik Siti baru je tulis kisah CeriaceriaceriaMy Profile

    1. tehr says:

      sudahnya balik makan kat rumah je, cik siti
      masakan mak pun tak kurang enaknya
      hehe

  11. nurida ardy says:

    duduk bersebelahan…den malu kot kalu bakal pakwe den duduk depan den..kang tak pasal je makan berterabur…hukhukhuk..:P [malunyerrr]
    nurida ardy baru je tulis kisah Juvana Pesalah Jenayah Bawah UmurMy Profile

    1. tehr says:

      masa makan tak payah dongak2 lagi
      makan je sampai habis

      dah habis nanti, angkat muka dan senyum seadanya :D

  12. ghost writer says:

    makan bersebelahan.lebih rapat dan mesra kot..

    ops!aku bujang lagi.hahaha
    ghost writer baru je tulis kisah seleraMy Profile

    1. benjy says:

      bujanglah best ghost, sebab ramai awek belanja makan … hahahaha
      benjy baru je tulis kisah B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7MMy Profile

      1. tehr says:

        atau pun kena belanja ramai awek makan
        tiris, bro
        tiris :D

  13. Asy says:

    Bila dah kawin
    Mata tak pandang
    Hidung tak bayang
    makan tak di hidang
    akhirnya
    pinggan yang melayang hehe

    1. tehr says:

      kalau pinggan melayang
      memang takkan kenyang
      tak ada senyum sayang
      dah hilang cinta abang

      huhuhu

  14. makan bersebelahan takut tersinggul tangan
    makan berhadapan takut tak kenyang makan

    xD
    tengkorak emas baru je tulis kisah New Shichibukai revealed!My Profile

    1. suri says:

      alah TE mu ada2 jer deh,,

      den mkn ok jer depan sebelah ok jer..jgn smpi mkn tak der pinggang dah le hiii

      1. bEe says:

        @TE : org tgh bercinta kalau tersiku tangan @ ter ter ter semua indah. Hahahah mcm kena renjatan letrik gitew ;)

        @suri : hahaha…. maksud utk org kahwin tak sama punya dgn tgh bercinta. Bila dah kahwin ada yg OK & ada pulak “hish” wakaka

        1. tehr says:

          patutnya bila dah kawin la makin best
          ikhlas dalam tanggung jawab buat cinta lebih membara
          haha

          1. @bEe

            @suri

            @tehr

            indahnya perkahwinan..doakan jodoh TE sampai :D
            tengkorak emas baru je tulis kisah KIA X-Games Asia 2011 back in Shanghai!My Profile

  15. Hamba lebih selesa berhadapan.. Alasannya? entah la.. mungkin sudah biasa.. hehe
    Mutalib Attholib baru je tulis kisah GURUMy Profile

    1. tehr says:

      betul sangat tu, bro
      asal selesa je

  16. Ali ridha says:

    berdua dengan mu.
    pasti lebih baik.
    seronok dapat makan berdua.hee..

    1. tehr says:

      makan berdua
      bayar sorang je
      haha

  17. benjy says:

    kalau nak cerita duduk mana yang best, bagi b3njy tak kisah kot … kekadng duduk sebelah je, kekadang berdepan, kekadang meja lain2 ada pula tu restoren lain2 kalau isteri balik kampung ngan anak2 makan di negeri lain2 … hahahaha (c b3njy ni memang suka mengarut lah…)
    benjy baru je tulis kisah B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7MMy Profile

    1. tehr says:

      mulai hari ni mrs tehr gi kursus 4 hari
      meja lain2, tempat lain2, negeri lain2
      huhu

  18. bEe says:

    Mcm bEe, tak perasan pulak makan ke jalan mcm mana. Sbb masa bercinta mcm tu, tgh bertunang mcm tu, tgh n=mengandung mcm tu, dah ada anak pun mcm sama aje….. hehehehe (ke bEe yg mcm tu sbb tu bEe tak perasan hahaha ;))

    1. tehr says:

      memang bagus tu, bEe
      sama je sepanjang masa
      tapi kalau tukar cara sesekali pun bagus juga, kan? :D

  19. hafizmd says:

    kalau makan berdua, biasa duduk depan2…sbb senang nak paw pinggan depan…hehe, lagipun dapat tgk muka si dia…lebih romantik dan lebih…

    1. tehr says:

      rasa2nya saya sendiri lebih banyak duduk berdepan sekarang
      senang nak bincang hal ‘dunia’ :D

  20. maza says:

    Sambal Lada Dalam Kuali
    Roti Sardin Ditabur Gula
    Masa bercinta kopi si Tongkat Ali
    Lama kahwin kopi si Mak Janda…

    jangan nakal2 wehh..
    volleh cikgu?
    hahahha

    1. tehr says:

      jangan nakal2 sebelum kawin
      lepas kawin jangan ganas2 pulok :D

    2. LiFe KaMi says:

      ai lain macam je bunyi pantun tu bro..hehe

  21. decrewz says:

    Jai lebih selesa makan duduk bersebelahan.. Kalau ngan awek la… Senang.. Kalau makan gelojoh, tolak terus jatuh..ha3
    decrewz baru je tulis kisah Kod Rahsia Google Fungsi I’m Feeling LuckyMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      kesian kat kawan tu
      tapi tak gelojoh, kan jai?
      selamat berbahagia ;)

  22. dnoBiz says:

    aku biasa makan ramai ramai cuma time bayar je sorang hehehe…
    duduk mana mana pun boleh kot hahha
    dnoBiz baru je tulis kisah Pelajar Obesiti – 15 jenis makanan larangan di sekolahMy Profile

    1. tehr says:

      mungkin boleh tukar juga sesekali, dno
      mereka bayar ramai2 untuk kita makan sorang2
      hehe

  23. bluedianthus says:

    Makan berdua..lebih suka duduk bersebelahan..si dia boleh berikan makanan, baru romantik tehr..haha, imaginasi je ni. :)

    1. tehr says:

      dah kawin ni
      segan la duduk bersebelah, blue
      haha

  24. zik says:

    makan sorang2 nie yang sedih nih…
    zik baru je tulis kisah 11 tips mengatasi masalah kenaikan harga barangMy Profile

  25. sud@is says:

    makan berhadapan la senang nak tukar2 makanan

  26. toyol says:

    no komen le..
    TK solo molo lg..
    hehe..

    tp klau dh lapar, x leh nk control lawa dh, bedal je la..
    x kisah orang sebelah ke.. depan meja ke pndang2..
    toyol baru je tulis kisah SERIUS DALAM GURAUANMy Profile

  27. adele says:

    kadang2, org yg bercinta ni time makan,setiap sekali suap makanan dlm mulut mesti lap mulut ngn tisu. control gler. lps kawin smua hilang..jd jln yg terbaik, jadilah diri sendiri..kalau dah makan tu mmg laju, biarlah laju..x pyhlah nak slow2..kita pun rsa mcm geli je sbb mmg diri tak sopan pun..ahahaha

  28. MDHAFiZ.NET says:

    memang ada pun org yg x pernah makan setahun….berpuluh tahun pun ada MrTeh… :)

  29. titan says:

    aii, bila nak berdua nih..
    titan baru je tulis kisah Best ke belajar kat MatrikulasiMy Profile

  30. Norgadis says:

    Saya suka makan bersama, kalau dulu makan berdua tapi sekarang dah makan berenam (bersama anak2 sekali)…
    Norgadis baru je tulis kisah Santai Puisi Perwila Sabtu IniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun