Main Tipu, Main Kasar, Main Jahat

Harimau Muda Malaysia masih berpeluang layak ke Piala AFC U-22 sekiranya bantahan Malaysia terhadap Myanmar yang menurunkan pemain lebih umur diterima. Jalan lain semuanya sudah tertutup rapat, hanya itu saja yang kita boleh harapkan sekarang.

Cakap mengenai main tipu dalam padang bola sepak, kes paling terkenal di dunia ialah bila Diego Maradona menggunakan tangan untuk menewaskan Peter Shilton dalam pertemuan antara Argentina dengan England di Piala Dunia 1986. Kata Bobby Robson, “It wasn’t the Hand of God, It was the hand of a rascal. God had nothing to do with it.” Hehehe.

maradona

gambar dari worldfootballstar

Terjahan kasar memang banyak berlaku dalam padang bola. Luka dan berdarah adalah perkara biasa malah ada yang patah kaki kerana diterjah dengan kasar oleh pemain lawan. Menonton video pemain yang patah kaki kerana main kasar ni memang ngeri. Kalau bernasib baik, selepas berehat beberapa bulan boleh kembali bermain. Nasib tak baik, tak dapat bermain selama-lamanya.

Pemain bola sepak dalam negara atau luar negara juga ada yang main jahat. Bagi aku, main jahat ialah tindakan mencederakan pemain lawan dalam situasi bola mati atau bukan dalam situasi berebut bola. Aku secara peribadi tak suka tengok aksi begini sebab aku nak tengok permainan bola sepak. Nak tengok kemahiran menggelecek dan jaringan gol yang cantik. Kalau nak tengok aksi gaduh, baik aku tengok gusti je. Kan? Kan?

TehrDemikian kisah 'Main Tipu, Main Kasar, Main Jahat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


56 Comments

  1. cikgu naman says:

    fuh..main tipu rupanya..harap² Malaysia ada peluanglah..
    cikgu naman baru je tulis kisah Ambil Gambar Bulan Penuh dari BalkoniMy Profile

    1. tehramuan says:

      nampak tu memang ada peluang
      tapi siasatan lengkap belum dibuat lagi

      1. hafizmd says:

        Rasanya akan terlepas. Setakat yg dibaca, bukan kali pertama mereka hantar overage, masa kejohanan kat Brunei Feb-Mac lalupun sama jugak.

        Harapnya, AFC akan ambil serius isu ni.
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #20 Karipap Bertelur?My Profile

  2. titan says:

    nak main bola..memang kena main kasar maa. mana ada dah main bola cara lembut-lembut. nak lembut..kena main batu seremban la. hehe..
    titan baru je tulis kisah Akibat terlalu banyak makan cendol.My Profile

    1. nurmisnan says:

      mcm titan ler.. hari mkn cendol jadi kasar mcm ais cendol.. har3
      nurmisnan baru je tulis kisah KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BANMy Profile

    2. tehramuan says:

      main batu seremban?
      aku tak reti :D

      1. titan says:

        takpe. ramai makcik-makcik leh tolong ajarkannnn. hehe..
        titan baru je tulis kisah Akibat terlalu banyak makan cendol.My Profile

    3. hafizmd says:

      EPL terkenal ngn gaya kasar@fizikal football. Spain tak berapa kasar sbb style main camtuh.

      Pe2pun, dalam bola mesti ada jugak sorang yg nampak macam main kasar, tpi kasar biarlah bertempat. Bukan cam Amri Yahyah tu…hehehhehe
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #20 Karipap Bertelur?My Profile

  3. Faizul says:

    Mungkin ramai akan kata ini taktik kotor Malaysia, tapi secara teknikalnya ia adalah sah disisi undang-undang. So, mmg tak salahlah tindakan bantahan kita itu.

    Saya menyokong untuk membantah. hahaha.
    Faizul baru je tulis kisah ‘Membuat Panggilan’ bukan lagi tujuan utama telefon pintarMy Profile

    1. tehramuan says:

      kita buat bantahan kerana ikut peraturan
      memang tak salah pun

      1. hafizmd says:

        Yg paling bestnye, boleh pulak coach yangon united cakap, ia dah jadi ‘second nature’….aduyai
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #20 Karipap Bertelur?My Profile

  4. Kulanzsalleh says:

    ada saja cara team bola sepak ni nak menang.. tapi cara main tipu memang tak patut betul.. tu yang kadang boleh mengundang rasa tak puas hati dan kekasaran di padang..
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Elon Musk: The Real Life of Tony StarkMy Profile

    1. tehramuan says:

      tipu umur ni sepatutnya tak berlaku dalam perlawanan antarabangsa
      macam kerja budak2 je

  5. nurmisnan says:

    Main kasar bukan tak boleh tapi melampau sgt sampai
    tarik baju + sepak kaki = kureng belacan tuh..
    nurmisnan baru je tulis kisah KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BANMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu
      asal jangan terlampau melampau

    2. yas says:

      tu yg buat peminat kt luar rasa nk serbu masuk kt padang jerr….hehehe
      yas baru je tulis kisah Dalam Kenangan- Allahyarham Roslan OthmanMy Profile

    3. chii says:

      erkk..ada ke sampai cmtu..itu da melampau ketara sgt
      chii baru je tulis kisah Peminat MisteriMy Profile

  6. sensasi2020 says:

    Kata org tak main kasar, pihak lawan senang menguasai permainan kerana kita takut sama dia.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Final Euro 2012 : Sepanyol vs ItaliMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada yang ambil sebab macam ni
      tapi kalau pengadil tak beri peluang, memang tak akan ada merebak main kasar ni

      1. hafizmd says:

        Faktor pengadil yg bijak kawal situasi mmg penting. Kalau tak merebak sampai luar padang.

        Cikgu ingat tak insiden pergaduhan team ganu vs kelate sampai kes bakar2 bas beberapa tahun dulu…mmg kecewa masa tu tgk sampai gaduh luar padang…
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #20 Karipap Bertelur?My Profile

  7. sensasi2020 says:

    Permainan bolasepak acara menarik,
    Hanya berebat bola yg satu,
    Lebih menarik melihat aksi tari-menarik,
    Silap haribulan dapat kad merah dari pengadil di situ.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Juara Euro 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      kecoh berebut bola yang satu
      gawang gol pula ada dua
      main kasar orang tak setuju
      fair play itu matlamat kita

  8. daddydee says:

    betul tu tuan.
    Saya pun tengok bola nak tengok suatu yang fair. Skill individu dan skill berkumpulan bukan nak tengok terjah menerjah, kalau nak tengok terjahan keras baik tengok gusti atau tomoi…hehehe
    daddydee baru je tulis kisah I’m AddictedMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      tengok pertandingan tomoi lagi bagus

  9. dinar says:

    main kasar/robust tu dah seolah spice in football…orang tetap main juga…dan peminat makin hari makin bertambah…
    dinar baru je tulis kisah BELI, BELI, BELI…emas sekarang!My Profile

    1. tehramuan says:

      memang salah satu kelebihan bola sepak
      tapi aku tak suka bila lebih2

  10. Nazri says:

    menarik pic tu.. sekali imbas mcm stephen chow dlm shaolin soccer
    Nazri baru je tulis kisah Pemenang Top Commentators June 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      memang begitulah sebenarnya aksi maradona masa tu

    2. hafizmd says:

      shaoilin soccer? sakit perut tgk lawak depa ni…hahaha
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #20 Karipap Bertelur?My Profile

  11. fiezaradzi says:

    best je kata2 bobby robson tu. hehe.. tapi tul, lau main bola ganas2, malas la nak tgk.. tak syok..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Bila Takhta BertukarMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal
      memang mengecewakan banyak pihak

  12. fiezaradzi says:

    boleh pula lepas ye, guna tgn masa tu.. ref tido kot… hehee
    fiezaradzi baru je tulis kisah Bila Takhta BertukarMy Profile

    1. tehramuan says:

      perkara tu belaku dengan cepat
      memang payah pengadil nak nampak

  13. budak felda says:

    takpe kita tunggu dan lihat bagaimana nasib yang main tipu nie…:)
    huh..yang peliknya masa pendaftaran pemain tidak disemak ker kelayakan pemain :)
    budak felda baru je tulis kisah Mencuba Nasib dengan Google AdSenceMy Profile

    1. tehramuan says:

      khabarnya myanmar memang tahu dan mereka sedar pemain mereka lebih umur
      keadaan di myanmar yang menyebabkan ia terus juga berlaku
      harap2 afc kenakan hukuman ikut peraturan yang ada

      1. budak felda says:

        tapi masalahnye FAM kita mcm tak serus nak ambil tindakan :( huh nantikan kenyataan akhbar hari ni…
        budak felda baru je tulis kisah Google AdSence Dibolehkan pada Blog MelayuMy Profile

  14. hafidz says:

    aku rasa team kita ada peluang besar ni :D
    hafidz baru je tulis kisah Nuffnang Buffered Earnings 11My Profile

    1. tehramuan says:

      memang nampak peluang kita amat cerah
      tapi semuanya terserah kepada afc

  15. ProfHariz says:

    Sebab tu saya lebih suka layak bola2 sepak luar. Mereka profesional.
    ProfHariz baru je tulis kisah Allah Sentiasa Mendengar Doa Aku dan KamuMy Profile

    1. tehramuan says:

      mungkin lebih sedikit je
      kerana pemain eropah juga ada yang main kasar

  16. rahman says:

    tengok laga lembu pun best juga bro huhu

    1. tehramuan says:

      haha
      masih ada lagi ke orang laga lembu?
      aku pernah tengok masa budak2 dulu je

  17. maza says:

    bermain dgn penuh seni itu yg best kan kan kan..

    hahahah

    apa2 hal pun, harap2 peluang Malaysia kembali terbuka…

    (dlm hati ada geram derrr.. huhuhu)
    maza baru je tulis kisah Wordless Wednesday: StealthMy Profile

    1. hafizmd says:

      Mmg geram! Nak menang biarlah dgn bermaruah!
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #20 Karipap Bertelur?My Profile

  18. Main kasar @ kotor ni org pengecut dan takut jer… :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Izara Aishah Lawat Blog JebengOtaiMy Profile

  19. rsaimi says:

    Persatuan kena berani membuat bantahan. Kita ada harapan ke pusingan seterusnya.
    rsaimi baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati vs puteramalamMy Profile

  20. MDHAFiZ.NET says:

    memang dasar kamu Myanmar..
    penipu.. .patut la nampak mcm gah.. .
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Indonesia vs Australia (AFC U-22 Championship 2013 Qualifiers)My Profile

  21. Bro Zulkbo says:

    salam..
    kerana bola saya sebijik
    orang boleh bertumbuk..

    ermmm…geram nih!
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Ping Pong Skil Budak 9 Tahun Ini Memang Hebat (Video)My Profile

  22. chii says:

    x pernah tgk sgt perlawanan bola sepak..so x nampak la taktik2 yg diperkatakan di atas :p
    chii baru je tulis kisah Peminat MisteriMy Profile

  23. onlajer says:

    betul kalau nak tengok orang gaduh tengok lah gusti
    onlajer baru je tulis kisah HUKUM HAK CIPTA MENURUT ISLAMMy Profile

  24. eiela says:

    biasa main tipu dan kasar dalam main bola nih, tak kena buat-buat jatuh, keluar padang. macam2
    eiela baru je tulis kisah Resepi Ketupat dan Kuah Kacang IstimewaMy Profile

  25. cik tom says:

    harap team malaysia masih berpeluang mara ke perlawanan setersnya…
    cik tom baru je tulis kisah Resepi Nasi Goreng Cina Timur Mudah dan SedapMy Profile

  26. akubiomed says:

    Agar sukar untuk buktikan kerana kerajaan Myanmar mempunyai bukti identiti pemain mereka.
    akubiomed baru je tulis kisah Lanskap menarik di Floria Putrajaya 2012My Profile

  27. biar tewas asal jangan menipu… steady Harimau Muda!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Tinjauan Penceraian IslamMy Profile

  28. Ladfe Amir says:

    pasukan negara bukan sahaja kena mantapkan kekuatan mental, tapi juga kekuatan fizikal. masih jauh lagi untuk mencapai kejayaan tetapi bukan sesuatu yg mustahil.

  29. janda muda masih bergetah
    ayat manis cari peranan
    tektik kotor kita bantah
    Main kasar resam perlawanan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair bumper kemek kedalam
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Bumper Kemek Ke DalamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun