Mabuk Darah Di Mana-Mana

Bekalan darah yang ada di hospital kerajaan dan swasta sekarang begitu kurang sedangkan permintaan terhadap darah begitu tinggi setiap hari. Walau pun sepanjang tahun 2009 sejumlah 565 604 unit darah telah diterima oleh Pusat Darah Negara, tetapi orang ramai diharap terus menderma darah untuk menjamin bekalan sentiasa mencukupi.

Derma darah? Malang sekali bila ramai yang takut untuk menderma darah kerana bimbangkan kesan yang akan dialami terutamanya penambahan berat badan. Malang juga apabila ada darah yang mengalir sia-sia.

darah ada di mana-manamabuk darah
bila marah kuasai minda

darah mengalir atas bumi
bila peluru menerjah diri

darah merah di depan tangga
bila kapak singgah di kepala

darah memancut dari perut
bila payah hendak meragut

darah penuh di rumah usang
bila di kepala syaitan bersarang

darah mencurah di dalam bilik
bila isteri pergi tak balik-balik

darah mengalir di jalan raya
bila mat rempit di langgar kereta

darah meleleh di tepi sampah
bila ayah ibu terlanjur sudah

darah oh darah
mengapa begitu murah!

Mengawal perasaan terutama perasaan marah memang sangat sukar. Marah yang terlampau pula memang pasti akan mendatangkan akibat yang buruk. Banyak tips dan panduan boleh dicari di internet untuk cuba mengawal rasa marah. Paling ringkas dapat dijelaskan ialah bila marah ketika berdiri, cubalah untuk duduk. Apabila marah ketika duduk, cubalah sujud. Insyaallah kita akan tahu siapa kita dan marah kita hilang.

TehrDemikian kisah 'Mabuk Darah Di Mana-Mana' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


51 Comments

  1. padin says:

    setuju tehr…darah ada di mana – mana sekarang,
    jenayah sekarang ni macam satu permainan,
    bunuh manusia seperti menyembelih ayama sahaja..

    dunia ohh dunia…
    padin baru je tulis kisah Sikap Merendah DiriMy Profile

    1. tehr says:

      agak2 dunia pendekar dulu pun tak macam ni, kan bro?

      1. padin says:

        keh keh, yelah.. tapi kan, pendekar sekarang dah pakai aura je,
        kurang elemen bersilat.. dah macam storm rider plak, keh3
        padin baru je tulis kisah Sikap Merendah DiriMy Profile

  2. Seri says:

    bila jiwa di kuasai syaitan darah tak akan berhenti mengalir.

    1. tehr says:

      kadang2 macam tak tahu nak kata apa dah

  3. sud@is says:

    jangan selalu marah2 nnt tekanan darah naik
    sud@is baru je tulis kisah 3 in 1My Profile

    1. dnoBiz says:

      dan jagan suka buat orang marah nantu darah turun..
      dnoBiz baru je tulis kisah Peluang Perniagaan – Karenah Pelanggan dari MarikhMy Profile

      1. padin says:

        kalau darah turun xpe bro, kalau memercik?
        wakakaa
        padin baru je tulis kisah Sikap Merendah DiriMy Profile

    2. tehr says:

      yups, jaga kesihatan
      ubat mahal sekarang ni

  4. Syafrizal says:

    derma darah ni berbeza dari bekam
    bekam keluarkan darah kotor
    tapi derma darah ni darah baik dan darah kotor sekali bercampur
    macam mana diorg bersihkan
    Syafrizal baru je tulis kisah Promosi HPA Hujung Tahun 2010My Profile

    1. tehr says:

      tak tahu le
      macam mana mereka bersihkan

      ada juga kes jangkitan dalam proses pemindahan darah kepada penyakit
      hanya Allah Yamg Maha Tahu

  5. sarahnajwan says:

    huhu…takut weh..

    ikan siakap si ikan bawal
    digoreng garing enak dikunyah
    nafsu amarah wajib dikawal
    agar terhindar dari jenayah

    __slmt berhujung mggu tehr____

    1. tehr says:

      ikan bawal si ikan siakap
      masak sup sedap juga
      punca dadah otak bengap
      apa lagi hendak dikata

  6. puteri says:

    masa 1st time saya nak derma darah,
    orang tu cakap darah saya kurang zat besi

    kali kedua, kurang homoglobin

    kali ketiga, tak cukup berat

    berkali-kali…

    akhirnya baru sekali saya berpeluang menderma darah..

    he.he..

    suka derma darah..
    dan excited sebenarnya. entahlah nape, he.he

    1. tehr says:

      saya tak pernah
      hanya abang saya je pernah derma darah

      1. puteri says:

        ha.ha..
        dermalah darah..
        jom3..
        he.he

      2. Ismail N says:

        Bagus derma tu.. Tak sakit pun.. Patut lebih banyak tempat derma darah disediakan untuk public. Yg senang nak pergi lah mcm di shopping complex ke.. :D
        Ismail N baru je tulis kisah Hotel 15 Tingkat Siap Dalam Masa 6 HariMy Profile

  7. Hadi Rofiee says:

    Saya tak pernah derma darah lagi. Entah kenapa ya..
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Realiti sambutan Aidiladha di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      sama le kita :)

      1. puteri says:

        rupanya hadi juga sm nge tehr,,
        :)

  8. zulkbo says:

    salam..
    selamat menderma darah saudara..
    saya pun lama dah tak ke PDN..
    zulkbo baru je tulis kisah Kenangan Haji Dulu- DuluMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      belum pernah zul

  9. dnoBiz says:

    sekarang ni nyawa sudah tidak bernilai, kerana sedikit kesilapan nya dijadikan tukaran
    dnoBiz baru je tulis kisah Peluang Perniagaan – Karenah Pelanggan dari MarikhMy Profile

    1. tehr says:

      zaman hang tuah dulu pun tak macam ni

  10. wadud says:

    darah? aku takot lar derma darah.. uhuhuhu…
    risau jerk.. hehehe..
    wadud baru je tulis kisah Software Untuk Cari Nama Anak hehehe Portable LinkUpdateMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita :D

      1. puteri says:

        takut jarum,,??
        :P~

  11. nizam says:

    nizam x mabuk darah tp cepat marah… hehhe
    lau marah kena tarik nafas panjang2….kasi lega …

    1. tehr says:

      sabar2 bro nizam
      duduk dulu… minum teh 0 dulu… :)

      1. puteri says:

        xdea nak cri teh O dah time2 mrah gak.,,
        hi.hi

  12. Cik Siti says:

    darah ibarat nadi….
    Cik Siti baru je tulis kisah Kene tag dengan Adik sendiriMy Profile

      1. suri says:

        jadi hargailah darah…hee janganlah sllu menumpahkan darah baik g derma ada juga manfaatnya jua utk org yg benar2 memerlukannya..

  13. waa..darah..takut gak dengan org yg marah melampau sampai berdarah2 org lain..

    huhu..jom kite ramai2 derma darah tapi bukan dara..ingat tu.. :P
    feez-cucuatokaji baru je tulis kisah saya belum kahwin-entri untuk orang SINGLE jeMy Profile

    1. tehr says:

      saya ingat tuan!
      tak leh derma2 suka hati je, tuan :)

  14. Cha'on says:

    Sape yang nak naik kan berat badan tue bagus la untuk derma darah.. memang bekalan berkurang tapi orang yang memerlukan darah ramai…
    Cha’on baru je tulis kisah Rancangan 8TV Shout! Awards 2010 Kini KembaliMy Profile

    1. tehr says:

      tiap hari ada kemalangan jalan raya
      banyak darah nak guna ni

  15. sangilapi says:

    aku selalu “derma darah ” kepada serangga penghisap darah :)…..selepas tu aku balas dendam !
    sangilapi baru je tulis kisah blogger yang didugaMy Profile

    1. tehr says:

      padan muka si parasit tu :D

      1. suri says:

        hee… untunglah org yang jual ridset tu yer..ubat nyamuk dan seangkatan denganya…

  16. mijie says:

    aku bab derma darah kalau sempat dan kelapangan memang akan menderma dan bergantung pada keadaan kesihatan masa tu
    mijie baru je tulis kisah Myvi tengah dibetulkan kakinyaMy Profile

    1. tehr says:

      memang satu sumbangan yang baik dan berfaedah

  17. kakyong says:

    takut dgn keadaan semasa skrg ni…
    mudah2 aje menumpahkan darah…
    kakyong baru je tulis kisah 31 sekaligusMy Profile

    1. tehr says:

      ya, mudah2 je sekarang

      1. suri says:

        baik musim cuti sekolah, hari raya aidil fitri, cina, sama jer sllu jer tumpah darah..

        mmg untunglah si jalan raya sebab hari2 dapat darah free dari manusia huuu

  18. suri says:

    marah harus di kawal degan cara ynag betul takut silap haribula karng org panggil kita kurang siuman…

  19. gayahspears says:

    adess,.. gayah xley tgk darah la bro!!!
    lgpon darah gayah pon x cukup :(
    nk derma camne..huhu
    gayahspears baru je tulis kisah Kau Membunuh Aku!!!My Profile

  20. zik says:

    derma darah yer..bukan derma dara… hehe
    zik baru je tulis kisah Maha International 2010- 26 november ini!My Profile

  21. Razif says:

    Rasa-rasenya kena buat pndidikan derma darah pada budak2 sekolah baik dari pendidikan seks
    Razif baru je tulis kisah Personal Loan From EON Bank MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      setakat hari ini masih tak sokong mp pendidikan sek di sekolah

  22. Farhah says:

    terbaru lagi la… budak kecik2 naik basikal merempit. Allahu… sian mak ayah kalau apa apa jadi kat diorang ni
    Farhah baru je tulis kisah Bersihkan Darah Kotor Penyebab Jerawat?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun