Lompat Si Katak Lompat

Oong… Aang… Oong… Aang… Bising je siang malam, tambah-tambah lagi di musim pilihan raya hujan. Walau pun haiwan lain juga berlidah panjang tetapi mereka tidak macam katak yang suka buat bising merata tempat. Kat tengah sawah, kat tepi rumah orang, kat tepi longkang… Memekak je kerja mereka ni. Memang tak boleh nak tidur dibuatnya.

katak puru
bukanlah katak pemalu
walau pun diam dekat penjuru

katak suka bising
walau pun hujan bukan asing
kononnya jaguh mahu bertanding

Katak bertelur dalam air dan apabila telur menetas menjadi berudu. Berudu tidak ambil masa yang lama untuk bertukar rupa dan tumbuh kaki. Waktu ni mereka masih berenang dalam air dan masih ada ekor. Bila ekor dah hilang mereka beralih tempat dan tinggal di darat. Ketika ini la orang panggil katak yang suka melompat!

katakAda ketikanya katak juga boleh tersesat. Salah lompat lalu salah landing. Memang perkara biasa kalau kita nampak ada katak dalam bilik air [katak ganggu anak gadis aku malam tadi], kadang-kadang nampak katak masuk bilik tidur atau sesekali ada katak tersesat ke dalam kereta. Memang terjerit-jeritlah anak gadis kerana geli dengan kehadiran katak.

Hari cerah katak melompat,
Lembik kulitnya darah sejuk;
Memilih arah usah tersesat;
Meminta doa mohon petunjuk.

Katak ada yang kacak [putera katak?], comel dan tak kurang juga yang hodoh. Mereka memang tak lupa asal usul mereka. Walau pun tinggal dan melompat di darat, bila nak bertelur, mereka akan kembali ke air juga.

Dalam banyak-banyak bidang kerja, kerjaya orang politik je ada yang digelar katak. Hairan juga aku…

TehrDemikian kisah 'Lompat Si Katak Lompat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. Dalam cerita dongeng kanak-kanak, katak yang hodoh dan jelek akan menjadi putera kacak setelah dicium oleh si puteri cantik..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Mengapa Sabar Separuh Daripada Iman?My Profile

    1. suri says:

      itu cuma dogeng daru barat hee nak ajak anak2 supaya suka mmbaca bku2 heee

      PESANAN ADMIN mtk no akaun rhb/mbb bank in wet top komen. huhu no akaun d beri dah terdelet huu…sy call nd sms bro tak der bg respon.tq
      suri baru je tulis kisah Trick Melawan Pelbagai Rasa Di HatiMy Profile

  2. Cik Siti says:

    teringat pulak dengan Cerita Ali Setan, yang mana si Ali hadiahkan Asmidar katak masa birthday dia.
    Cik Siti baru je tulis kisah Akhirnya…. Cik Siti dilepaskanMy Profile

  3. UmmiKami says:

    Salam hormat :)

    Katak mini tepi perigi,
    Dingin kulit dititis embun;
    Jejak ke sini setiap pagi,
    Ingin mengulit secebis pantun.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sayang Si Buta…My Profile

  4. mie says:

    tiba2 teringat putera cerita putera katak…
    bleh pula jadi anak raja bila dicium…
    hehehee
    mie baru je tulis kisah Fakta Menarik Tentang Universal Studios SingaporeMy Profile

    1. suri says:

      mie bab2 cium sukalah tu nghee…
      suri baru je tulis kisah Trick Melawan Pelbagai Rasa Di HatiMy Profile

  5. maza says:

    hahaha… ada bau2 perihal Bual Bicara di TV3 semalam ni.. ahaks.. hehee
    maza baru je tulis kisah Pukul Telefon Di Pondok Telefon Awam Untuk TelesiswaMy Profile

  6. hairulafiz says:

    yela diorng suka melompat agaknya
    hairulafiz baru je tulis kisah Tempoh rebet RM 200 skmm dilanjutkanMy Profile

  7. fiezaradzi says:

    oo.. geli ooo.. nak2 yg jenis suka lompat tinggi2 tu.. eei..

    nasib baik anak gadis cikgu tehr nak cium katak tu.. haha
    fiezaradzi baru je tulis kisah Anak Kita, Acuan KitaMy Profile

  8. suri says:

    ada juga sanggup mati kata kt tengah jalan raya isyh! taks ayang nywa langsung
    suri baru je tulis kisah Glasses, Cat & Gift 2013My Profile

  9. suri says:

    ingatkan saya pasal seorang arwah tu cikgu meninggal sb terkejut tgok dlm kereta ada seekor katak. al-fatihah utk dia.
    suri baru je tulis kisah Trick Melawan Pelbagai Rasa Di HatiMy Profile

  10. suri says:

    lompat si katak lompat..lompat hai tinggi-tinggi..
    suri baru je tulis kisah Glasses, Cat & Gift 2013My Profile

  11. muktasim says:

    lepas PRU13 mesti banyak lagi katak yg nak lompat parti.. :p
    muktasim baru je tulis kisah Fotografi Perkahwinan Pulau PinangMy Profile

  12. suri says:

    tengok kawan sekolah pernah kena kencing kata huhu..mamagi tak cantik kulit dibuatnya
    suri baru je tulis kisah Glasses, Cat & Gift 2013My Profile

  13. Sharafie says:

    katak oh katak kenapa engkau melompat.. macam mana aku tak lompat, itu dah kerja aku..hahahah
    Sharafie baru je tulis kisah WP-Autopilot Plugin Punya PenanganMy Profile

  14. Amirez says:

    geli dengan katak..huhu
    Amirez baru je tulis kisah Secangkir Madu Pengubat JiwaMy Profile

  15. Wan Fauzi says:

    katak oh katak… mcm2 katak nie…
    Wan Fauzi baru je tulis kisah Definisi Akhlak dan Tabiat ManusiaMy Profile

  16. mmg betul bro… penyokong2 politik bila bercakap dah macam katak la. he.he.he.. bunyinya buat bingit dengar.. ha.ha.ha.
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Kisah Penemuan Resepi Putu Ubi Kayu Original | Anda Nak Kongsi Tulisan di Blog Ini Tak?My Profile

  17. ohooo… geli tengok katak…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah diet orang kayaMy Profile

  18. titan says:

    wahh..katak goreng mesti sedap kannn. haha
    titan baru je tulis kisah You raise me up..My Profile

  19. donnyien says:

    hai bro..
    teringat pula katak yang di jual di pasar pagi.. di jadikan sup tapi tidak pernah mencubanya. yak geli! haha

    katak bukan sebarang katak,
    Ada yang hensem tapi beracun,
    macam-macam kisah politik,
    ada yang keji macam s*****n… hehe
    donnyien baru je tulis kisah Semarakkan nilai-nilai murni setiap masaMy Profile

  20. He he… hujung-hujung lain citernya. Apa-apa pun tido pakai headphone bro agar tak terggangu dengan bunyi katak :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Sony World Photography Awards 2013: Truly Stunning PhotosMy Profile

  21. yas says:

    Kalau ada penyanyi yang menyanyi mcm katak panggil hujan, sah2 tak boleh cari makan…:D
    yas baru je tulis kisah Gambar Ngeri Anggota Polis DiTetak Rambo BentongMy Profile

  22. dja@sishaza says:

    Ohhh…. mendalam sgguh pengertiannya ^ ___ ^

  23. Ladfe Amir says:

    katak dan kodok memang haiwan yang comel. boleh jadi mangsa dan pemangsa. suka menyorok dalam kasut dan tepi dinding
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang MenerimaMy Profile

  24. Bro Zulkbo says:

    salam..
    kalau di bandar memang merindui
    bunyi katak ni..susah nak jumpa
    dan dengar :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Fakta Tentang Madu Lebah Dan KhasiatnyaMy Profile

  25. akubiomed says:

    Berita sedih terbaca kemalangan meragut ibu 2 anak kerana terkejut katak didalam kereta yang dipandu olehnya.
    akubiomed baru je tulis kisah Wireless Trigger Yongnuo RF 603C tertunailah hasrat di hatiMy Profile

  26. narutoo says:

    Katak oh katak..
    oiya bantu ane nitip website ya…. nitip ditempat ane juga boleh hehehe
    narutoo baru je tulis kisah Alasan kamu harus kuliah jurusan Teknik IndustriMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun