Lompat Katak

Aku pasti ramai yang biasa dengar dengan istilah ‘lompat katak’ ini. Zaman sekolah dahulu, kejadian lompat katak boleh dilihat saban minggu. Mujur juga aku tidak ada pengalaman kena denda di sekolah dalam kes lompat katak ini.

Dalam dunia politik, tokoh atau ahli politik lelaki atau wanita yang suka berpindah parti akan digelarkan ‘katak’. Tambah lagi kalau sepanjang kerjaya politik, seseorang itu telah berpindah parti banyak kali. Lagi la banyak gelaran yang diberi kepadanya. Lagi pun katak juga ada banyak jenis, kan?

Katak kuning melompat jauh
Katak puru lompatnya payah
Tersalah landing pasti jatuh
Muka tak malu buat tak kisah

Katanya katak memanggil hujan
Lompat ke kanan lompat ke kiri
Sebenarnya katak panggil teman
Orang pun tahu habuan menanti

Telur menetas menjadi berudu
Berudu berekor berwarna hitam
Katak yang cemas cuba berlagu
Di air kotor sanggup menyelam

Bagi aku, bertukar dan berpindah parti politik bukanlah sesuatu yang sangat teruk. Dasar dan arah perjuangan boleh sahaja berubah. Tetapi kalau asyik berpindah parti memang sangat tidak kacak pada pandangan pengundi, susah pula orang nak berikan sokongan dan undi.

Korang dah semak daftar pemilih? Dah tahu di mana akan membuang undi dalam PRU 13 nanti? Eloklah kalau sudah tahu dan bersedia. Mengundi juga satu tanggung jawab yang mesti kita laksanakan. Itu hak kita tu…

TehrDemikian kisah 'Lompat Katak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. Melatiqistyna says:

    Lama x jumpa anak berudu… Tu lah, kalau asik melompatttt jek, cemana nak dpt kepercayaan penyokong…
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Indeed….My Profile

    1. tehr says:

      Sudahnya berudu juga tak mahu sokong katak
      Huhu

  2. mie says:

    masa sekolah slalu kena lompat katak…
    tapi xtau pula istilah ni guna untuk benda lain juga..
    ehehehe
    mie baru je tulis kisah Kita Ditakdirkan Berpisah!! CONTEST!!My Profile

    1. tehr says:

      Aku pun pelik
      Ada macam2 kegunaan pulak
      Hehe

  3. rahman says:

    katak panggil hujan, dah hujan baru sedap tido :)
    rahman baru je tulis kisah Serangan anjing semakin menjadi jadiMy Profile

    1. tehr says:

      Seminggundua ni dah mula panas, bro
      Memang tak selesa nak tido

  4. azura says:

    lompat si katak lompat
    lompatlah tinggi-tinggi
    cepatlah cikgu cepat
    kita tingkatkan trafik lagi…
    azura baru je tulis kisah Jejaka Idaman KamuMy Profile

    1. tehr says:

      katak lompat tinggi
      Sampai atas tiang
      Dapat trafik lagi
      Barulah hati riang

      1. azura says:

        asal katak dari berudu
        itu sudah tentu cikgu
        azura baru je tulis kisah Kisah tanak air atas dapur gasMy Profile

  5. nurmisnan says:

    dulu masa kecik2 suka nyanyi lagi lompat katak sambil
    melompat2.. pastuh jatuh mcm nak nangis coz rasa sakit.
    tapi buat2 tahan sakit.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Intensif wang tunai RM5000 untuk blogger perlu direbutMy Profile

    1. tehr says:

      Memang kena buat macam tu
      Tak la malu, kan
      Hehe

  6. Norizwan says:

    dulu memang popular kena denda mesti lompat katak…saya ler ranking dalam sek. lompat katak jauh sebab kaki panjang…huhu

    1. tehr says:

      Elok juga tu, bro
      Ambil acara lompat jauh dengan lompat kijang

  7. dinar says:

    lompat sikatak lompat,
    lompat di tepi kali,
    kalau sudah terlalu banyak lompat,
    bimbang kalau2 ‘katak’ tu dh tak kenal diri sendiri

    1. tehr says:

      Bila katak…
      Banyak lompat…
      Payah nak ingata diri.
      Lala lalal lala…

  8. iza says:

    Assalam..
    Lelaki kacak pun kadang-kala takut dengan katak…kacak ke?
    Dah lama dah daftar…
    iza baru je tulis kisah Pulau Pangkor 2012.My Profile

  9. titan says:

    tak suka lompat katak. sakit peha maa..
    titan baru je tulis kisah Anak kura-kura yang kacakMy Profile

  10. benjy says:

    Yang peliknya trend politik ini hanya berlaku di Malaysia … rakyat Malaysia memang pelik … :D
    benjy baru je tulis kisah RAHSIAH SEO DI ENGINE CARIAN GOOGLEMy Profile

  11. kulanz says:

    Aku setuju bro.. kalau selalu jadi katak dalam politik seolah-olah tiada pendirian.. lagi teruk kalau salah landing tu..
    kulanz baru je tulis kisah Mount Kinabalu View, KundasangMy Profile

  12. Ladfe Amir says:

    selalunya berlaku dlm kancah politik je. bayangkanlah kalu liga Malaysia mahupun EPL bole main lompat2 katak.. sure binasa liga terbabit.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Istinsyaq Petua Untuk Penyakit ResdungMy Profile

  13. eiela says:

    takut dengan katak. huhu tapi sokong kalau selalu pindah parti memang boleh hilangkan keyakinan kita untuk sokong diorang jugak.
    eiela baru je tulis kisah Mamak Kejam Perkosa Budak OKUMy Profile

  14. hafizmd says:

    Katak. Tak pasal2 mana2 ahli potilik yg suka lompat digelar katak…isk3…

    Ktak si katak lompat…

    Ejanya dari depan sama, dari belakang pun sama…

    K.A.T.A.K :D
    hafizmd baru je tulis kisah 5 Rahsia Sebenar LELAKI KACAK Untuk IsteriMy Profile

  15. akubiomed says:

    Dulu sangat popular istilah ini untuk mengambar seseorang itu suka melompat parti.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – #Cuci mata di Proton Power of 1My Profile

  16. shraqs says:

    susah jugak org nak percaya kalu dok asyik tukar parti,.. takde pendirian apa.. :)
    shraqs baru je tulis kisah Trick Dapatkan Extra Space Dari DropboxMy Profile

  17. yas says:

    Kalau zaman sekolah dulu, pernah juga kena denda lompat katak nih…hehehe
    yas baru je tulis kisah WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGERMy Profile

  18. ilmu kebal bila ditetak
    tangkal dililit panjang berjela
    ibarat pepatah mati katak
    Akhir matinya tak terbela

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair windshield kena batu

  19. jalan itik pernah la rasa .. lompat katak dapat rasa time PJK je
    sabree hussin baru je tulis kisah Kriteria Penting Dalam Menilai Peluang Perniagaan Secara SambilanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun