Lokasi Kamera AES Terkini

Kamera Automated Enforcement System [AES] telah dipasang di tempat-tempat terpilih di seluruh negara bermula sejak daripada tengah malam 22 September lepas. Korang semua dah tahu, kan? Dalam Bahasa Melayu disebut Sistem Penguatkuasaan Automatik.

Berhati-hati di jalan raya
Kamera aes di mana-mana
Jangan nanti saman tiba
Terlebih awal daripada kita

Sebanyak 831 lokasi telah dipasang dengan AES sehingga kini. Gambar yang diambil terus disambungkan ke pengkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ]. Pengguna jalan raya perlu sentiasa berwaspada kerana lokasi pemasangan kamera AES akan dikemaskini dari masa ke semasa.

kamera aesJalan yang biasa aku lalui juga terdapat kamera AES dipasang. Huhu… [image dari Google Maps] Di Km 8 Jalan Wakaf Bharu – Tumpat ini sebenarnya tiada lampu isyarat di sini. Pelik juga aku dengan senarai lokasi kamera AES terkini yang dikeluarkan.

LOKASI DAERAH LOGITUDE LATITUDE
Km 8 Jalan Wakaf Bharu – Tumpat Tumpat 6.166265 102.191122

Korang boleh MUAT TURUN senarai lokasi pemasangan kamera AES terkini di seluruh negara dari laman JPJ. Cetak dan simpan elok-elok dalam kereta, handphone, iPad, iPhone, SII, S3 atau Tab. Mana-mana je yang korang ada. :D

TehrDemikian kisah 'Lokasi Kamera AES Terkini' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. hatiputera says:

    terima cikgu tehr atas informasi yang dikongsikan.nak kena muat turun dan simpan lepas nie.
    hatiputera baru je tulis kisah Adam dan hawa muara hatiMy Profile

  2. beckhr00y says:

    sepatutnya diaorang rahsiakan lokasi ni baru semua org berhati2 hehe
    beckhr00y baru je tulis kisah Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 Kali KeduaMy Profile

  3. sud@is says:

    kita diperhati dan kita memerhati
    sud@is baru je tulis kisah Salam Atas BagindaMy Profile

  4. Juan says:

    wah, dah sana sini dia pasang yer, lepas ni x leh la nak laju laju
    Juan baru je tulis kisah Sponsored Video:Introducing GALAXY Note II – Samsung Best SmartphoneMy Profile

  5. cikgu naman says:

    tadi baru je tengok ada 2 kamera tepi jalan..siap dah flash dah kereta depan saya..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah Taktik Jahat Yang TerkantoiMy Profile

  6. Amirez says:

    bagus juga bagitau lokasi tepat AES ni. ini barulah dikatakan telus :) tadi check AES dekat simpang KB Mall tapi tak nampak pun
    Amirez baru je tulis kisah Bagaimana Amirez Mendapat Nama?My Profile

  7. azura says:

    saya aes pun tak tau…
    azura baru je tulis kisah Wahai Orang Yang Lembut HatinyaMy Profile

  8. Bro Zulkbo says:

    salam..
    jangaan stanby jadi baik
    bila depan kamera je sudah
    haru biru gitu..he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Top 10 Cities With The Worst Taxi DriversMy Profile

  9. padin says:

    haha print pastu letak kat dashboard kereta, wakakaa

  10. shraqs says:

    Sy plak boleh dikatakan hari2 beringat2 d traffic light dekat dengan Alamanda Putrajaya. Banyak kali jugak la dah nampak flash keluar. :)
    shraqs baru je tulis kisah Top 20 Malaysian Brands 2012My Profile

  11. Eizil says:

    Owh kawasan tumpat pun dia dah pasang… ingatkan sekitar selangor dan kuala lumpur sahaja… kena ambil perhatian benda ni… kalau tak koyak rabak poket kena bayar saman nanti… :D
    Eizil baru je tulis kisah Hebatnya sedekahMy Profile

  12. Naziman says:

    Wah bahaya ni. Kena bawa slow-slow la sudah sekarang.
    Naziman baru je tulis kisah Blog Popular mesti ada kumpulan – Tip BloggingMy Profile

  13. Hati-hati… ada mata yg memandang. Kalu tersilap, dapat surat cinta nanti…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Adele – SkyfallMy Profile

  14. Cikgu Hairul says:

    sampai macam ni sekali kerajaan buat untuk mendidik kita supaya berhemah di jalan raya.

    jangan pulak berita ni dinafikan oleh pdrm dan jpj sudah.. rupanya cuma rekaan je. cis…
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korbanMy Profile

  15. akubiomed says:

    AES ini tidak mempunyai perasaan. Langgar had laju terus rekod tanpa banyak soal.
    akubiomed baru je tulis kisah Red Wok Restaurant destinasi makan makan di BangiMy Profile

  16. Semoga bertambah kurang kemalangan di Malaysia ni dengan adanya kamera AES jangan setakat bertambah saman jer. Yang penting pemandu Malaysia boleh berubah sikap. Kalau boleh tangkap sekali gambar mereka yang tak guna lampu isyarat ketika berubah lorong. Itu pun merabahaya juga tu.
    Malaysia coin baru je tulis kisah Duit syiling peringatan Sukan SEA ke-15My Profile

  17. Hafizul says:

    emm kat jerteh pun banyak dah dipasang camera mcm ni..biasanya kat trafic light la..tapi pengguna jalan raya molek2 ada duk langgar lampu merah..terutama mat motor..emm tak takut mati ke diorang ni..adoiii
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #29 – Terima Kasih Di Atas Kesetiaan Selama IniMy Profile

  18. Pak Man Tongkol says:

    Salam semua..
    Penggunaan Kamera AES perlu dihentikan kerana banyak sangat menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana, kelajuan mungkin lebih sedikit seperti 95km/h limit 90km/h pun dah di saman. sapa yang untung? fikir-fikirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun