Lirik Lagu Selimut Putih

Khabarnya suatu ketika dahulu sekitar tahun ’70an, lagu Selimut Putih pernah diharamkan siarannya oleh RTM. Hari ini terjumpa sekali lagi lagu lama yang sangat bagus dan menginsafkan ini. Sama-sama kita hayati lirik lagu Selimut Putih ini yang merupakan salah satu lagu terbaik sepanjang zaman.

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan yang kedinginan

Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Selain Atiqah Rahman [Orkes El Suraya pimpinan Ahmad Baqi], lagu Selimut Putih juga ada beberapa versi lagi. Antaranya yang dinyanyikan oleh Akhil Hayy, Titi Sa’id dan Nada Murni.

TehrDemikian kisah 'Lirik Lagu Selimut Putih' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. Aretikz says:

    Gulp.. insaf terus.. hehe..
    Aretikz baru je tulis kisah Imam Bujang LapokMy Profile

  2. akubiomed says:

    Lirik lagu yang dapat memberi kesedaran.
    akubiomed baru je tulis kisah Sudah cukup sudah dengan spammerMy Profile

  3. Bahrain says:

    Kenapalah lagu ini diharamkan, walhal lagu ini menginsafkan..tapi lagu yang ada perkataan kesat @ kotor dari luar dibenarkan pulak..hmm
    Bahrain baru je tulis kisah ENAM @ 6 PUNCA PERUT BUNCITMy Profile

    1. padin says:

      aku pon baru tau ni,
      kenapa diharamkan agaknya ye?
      padin baru je tulis kisah Cuti di KinabaluMy Profile

  4. Dja@SisHaza says:

    macam tu punya bagus mesej pun kena gam…apa hal erk? Lagu2 zaman sekarang banyak yg nak kena tapis dulu tp lepas pulak kan…
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah HUKUM WANITA BEKERJA MENURUT ISLAMMy Profile

  5. effort lab says:

    lagu ni kena gam sebab ni kot “Bila Izrail datang memanggil”. Entah la, lirik yang pelik2 boleh lepas.
    effort lab baru je tulis kisah Kegunaan Klip KertasMy Profile

  6. papa mifz says:

    den baru tau pasal lagu nih…
    papa mifz baru je tulis kisah Pengeluaran Akaun 2 KWSPMy Profile

  7. Wan Fauzi says:

    lagu mengingatkan kita tentang kematian…
    Wan Fauzi baru je tulis kisah Sejarah Ringkas Fahaman SyiahMy Profile

    1. Wan Fauzi says:

      semua yg kita miliki dipinjamkan sementara oleh Allah kepada kita…
      Wan Fauzi baru je tulis kisah Nafsu & AkalMy Profile

  8. nazray says:

    my mother suka dengan lagu ni,
    masa kecik2 dulu dia selalu pasang lagu ni kat radio. siap beli kaset dia.
    selimut putih tu maknanya, kain kapan, lagu ni mengingatkan kita kepada kematian, cukup kah amalan kita?
    nazray baru je tulis kisah Budak dulu dengan sekarang.My Profile

    1. fiezaradzi says:

      sama2lah kita muhasabah diri kita…
      fiezaradzi baru je tulis kisah Berubah Sama SekaliMy Profile

  9. Lirik yang sungguh menginsafkan.
    Kenapa plak ia diharamkan?
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah 6 Khasiat Lemon Untuk Kesihatan (Hati) AndaMy Profile

  10. UmmiKami says:

    Salam kelip-kelip cahaya Maghrib…

    Lagu ini memang lagu favourite ayahanda dan bonda tercinta… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

    1. suri says:

      lagu nasyid rata2 ramai org minat utk jdi ingatan dn pedoman
      suri baru je tulis kisah Glasses, Cat & Gift 2013My Profile

  11. UmmiKami says:

    Bila dengar lagu ini tetiba saja terkenangkan ayahanda bonda di kejauhan..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

    1. suri says:

      al fatihah utk dia sis ummie
      suri baru je tulis kisah Glasses, Cat & Gift 2013My Profile

      1. UmmiKami says:

        Terimakasih sangat-sangat adik Suri.. :D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

  12. azura says:

    Seluruh tubuh kaku menggigil
    Sekujur badan di perbaringan

    melihat jenazah orang tersayang memang menginsafkan saya…
    azura baru je tulis kisah Dapat rebate RM200 smartphoneMy Profile

  13. UmmiKami says:

    Tumpang lalu..

    Mulut pedih tersengatnya lipan,
    Celah lidah ubat dicelup;
    Berselimut putih hangatnya kapan,
    Tamatlah sudah riwayat hidup. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

  14. titan says:

    mak aku selalu pasang lagu ni masa kecil-kecil dulu..sebelum subuh.
    titan baru je tulis kisah Awek Pantai Morib.My Profile

  15. suri says:

    sy pernah klrkan lirik lgu ni dlm blog degar mmg gerun
    suri baru je tulis kisah Glasses, Cat & Gift 2013My Profile

  16. Mmg terbaiklah liriknya.. penuh dgn pengajaran.. tapi heran juga kenapa diharamkan…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Ikan Siakap Stim LimauMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Lagu yang penuh dengan keinsafan sepatutnya diperbanyakkan, begitu juga sebaliknya… :)
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

  17. Sharafie says:

    memang mendalam maksud lirik ni..banyak versi dah dengar..tapi tak pernah lagi dengar versi 70-an tu..
    Sharafie baru je tulis kisah Kawasaki ER6N 2012 Kisah Gadis CunMy Profile

  18. Ya lah bro. Kawe pon dah lama tak dengar lagu ni walhal dulu-dulu memang popular. Mungkin betul kena ‘ban’ sebab liriknya boleh buat ramai orang seram sejuk :D
    Thanks sebab sharing. Sekarang kena cari mp3 nya pulak.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Election Is Coming And I’m Switching Off My FBMy Profile

  19. Bro Zulkbo says:

    salam..
    ermm..tak tahu pula RTM
    ban lagi nih..?hidup menuju
    ke mati, ada juga yang takut
    mati rupanya..

  20. fiezaradzi says:

    xtau pulak lagu ni diharamkan.. hhuhu..

    tapi time sekolah dulu, de kem ke ape ke, lagu ni tak terkecuali dgr, time malam2, gelap gelita pulak tu.. aik, cuak juga.. hehee
    fiezaradzi baru je tulis kisah Berubah Sama SekaliMy Profile

  21. maza says:

    aduh! dulu2 selalu dengar lagu ini.. uhuk!
    tapi skrg selalu dengar lagi Iwan Shah jerk.. ahaks.. heheh
    maza baru je tulis kisah Sagon Makanan WarisanMy Profile

  22. maza says:

    psst: sebuah lagu yg maza acap cuba hafal dan menyanyikannya.. Ya hanana! ahaks. ……..

    Cinta Rasul gitew..
    maza baru je tulis kisah Sagon Makanan WarisanMy Profile

  23. Pak Mat says:

    Ya, memang lagu ini pernah diharamkan oleh pihak RTM pada tahun awal2 tahun 70an. Sebabnya ialah liriknya “menakutkan.” Aneh, tetapi benar, satu negeri Islam mengharamkan lagu nasyid yang benar2 menginsafkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

    Pihak Radio Singapura tidak mengharamkan bahkan selalu sahaja memutarkan lagu nasyid ini di corong radionya.

  24. Safrina says:

    70an? jgn nak karut. lagu ni tak pernah keluar tv pon. ni lagu nasid era 80an zaman kaset, yg dulu dinyanyikan dipnghujung teater al arqam.

  25. Materi SMA says:

    Semoga lagu ini selalu mengingatkan kita terhadap ajal yang pasti datang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun