Liga Super 2013 | Pasukan Mahal

darul takzim fcPasukan Mahal 2013, Johor Darul Takzim. Aku secara peribadi menunggu untuk melihat persembahan mereka sama ada berjaya atau tidak mencabar pasukan elit yang sedia ada di Liga M seperti Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan mahu pun Angkatan Tentera Malaysia [ATM].

Kejohanan Jemputan Empat Penjuru yang sedang berlangsung sekarang melibatkan pasukan ini dan dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor .

Kalau pasukan mahal 2012, ATM berjaya muncul juara Liga Perdana dan Naib Juara Piala Malaysia 2012 [tewas kepada Kelantan], apa pula pencapaian pasukan mahal 2013 Johor Darul Takzim nanti. Pasukan ini berjaya mendapat khidmat Safee Sali, Muslim Ahmad, Safiq Rahim, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha.

liga mSejujurnya aku percaya pasukan mahal akan berjaya. Cuma kejayaan nanti tidak akan seperti pasukan yang bangun dari bawah sejak sekian lama. Tengok sahaja pasukan mahal di Liga Perdana Inggeris [EPL] seperti Manchester City dan Chelsea. Mereka berjaya mencabar tapi sukar untuk menandingi Manchester United.

Menanam tebu di tepi belukar,
Bukan sengaja mencari bala;
Langkah berliku mencari sinar,
Bukanlah hanya sekelip mata.

Selamat berjuang Johor Darul Takzim. Semoga berjaya.

TehrDemikian kisah 'Liga Super 2013 | Pasukan Mahal' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. Ladfe Amir says:

    rekod PSG di Ligue 1 juga memberansangkan apabila membeli pemain2 mahal tapi masih terpaksa bersaong dgn pasukan lain yg masih juga hebat

    Johor pernah mencapai kejayaan belasan tahun dahulu. kini mungiin sejarah akan berulang kembali
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Dimanakah Keadilan Allah Saat Aku BerdoaMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak ada yang mustahil, bro
      mungkin johor akan menjadi kuasa baru bola sepak malaysia

      1. hairulafiz says:

        betul tu ATM sudah membuktikan kejayaannya
        hairulafiz baru je tulis kisah 2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

  2. effort lab says:

    Pasukan ni boleh jadi top 3. Cuma perlu keserasian masa permulaan liga.
    effort lab baru je tulis kisah Tips – Hari Pertama Tempuhi Alam PersekolahanMy Profile

    1. tehramuan says:

      harap2 kelantan termasuk dalam top 3 ni :D

  3. semua piala yang dipertandingkan tahun ni bakal milik johor darul takzim :-)
    the malay male baru je tulis kisah fear factorMy Profile

    1. tehramuan says:

      jangan la macam tu, bro
      kami kat kelantan nak juga piala
      kalau tak dapat bagi 2 piala, 3 pun boleh :D

  4. Kalau berdasarkan friendly game takat ni, memang power giler Darul Takzim FC. Mantop!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Rock Shop: Hard Rock Café Is in KKMy Profile

    1. tehramuan says:

      apa yang kelihatan setakat ni macam tu la, bro

  5. onlajer says:

    orang johor tengah seronok la tehr, termasuk saya hehe
    onlajer baru je tulis kisah Renovasi dan Dekorasi – Saya memilih Iman PuriMy Profile

    1. tehramuan says:

      selamat bergembira, bro
      tak sabar tunggu johor vs kelantan nanti :D

  6. cikgu naman says:

    ada duit semua nak beli..hehe

    banyak yang jadikan Man City sebagai contoh ni
    cikgu naman baru je tulis kisah iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, moga2 hasrat mereka tercapai nanti

  7. titan says:

    aku harap johor leh masuk balik liga super. baru best. hoho..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 7 dari Jobdirumah.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, bro
      aku sokong sangat

  8. akubiomed says:

    Teringatkan kepada pasukan MPPJ antara pasukan yang mempunyai bintang mahal.
    akubiomed baru je tulis kisah Perkhidmatan Pesakit Luar Hospital perlu transformasi Part 1My Profile

    1. tehramuan says:

      payah juga nak uruskan sebuah pasukan
      bintang mahal bukan jaminan untuk kekal sebagai pasukan yang kuat

  9. wazy says:

    Satu hari nanti pasukan Johor akan menjadi lagenda
    wazy baru je tulis kisah Peringatan Buat KitaMy Profile

    1. tehramuan says:

      johor dan kelantan :D

    1. tehramuan says:

      ya la, cik tom
      bila sanggup dapatkan pemain ternama dan bayar gaji mahal
      namanya pasukan mahal la, kan?

  10. Khidhir says:

    go johor go..
    haha. semangat org johor.. bila nak menang pun tak tau
    Khidhir baru je tulis kisah Port Forward TM Riger DB108wlMy Profile

  11. padin says:

    hahaa xkisah la…
    harapnya kuat la ekekee..
    yang penting aku tetap Selangor :D

  12. hairulafiz says:

    kira pasukan mahal ada kelebihankan hihihihi
    hairulafiz baru je tulis kisah Selamat Tahun Baru 2013My Profile

  13. shraqs says:

    Setuju dengan pendapat Mr. Tehr. Pasukan yang mahal boleh berjaya dlm masa singkat, tapi untuk membina branding perlukan tempoh masa yang panjang.
    shraqs baru je tulis kisah iPhone 5, Pandang PertamaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun