Liga Super 2013 | Kemarau Jaringan

Minggu ini Liga Super 2013 mengalami kemarau jaringan yang ketara dalam beberapa perlawanan. Tiga keputusan perlawanan ke-8 pada 22.02.2013 [Jumaat] berakhir dengan seri tanpa sebarang gol. Adakah barisan penyerang semakin tumpul atau kerana barisan pertahanan yang semakin kebal?

apa jadi pemain penyerang
dapat bola mahu ditendang
tendang laju bola melayang
terbang tinggi ke atas palang

Felda United 0 – 0 Johor Darul Takzim
Negeri Sembilan 0 – 0 T-Team
Selangor 0 – 0 PKNS
Terengganu 3 – 2 ATM
Pahang 2 – 2 Kelantan

pemain pertahanan makin hebat
berbagai cara serangan disekat
asalkan lawan tak dapat rembat
gawang sendiri sentiasa selamat

Kemarau jaringan tidak berlaku di Kuala Terengganu dalam pertemuan Terengganu vs Angkatan Tentera Malaysia [ATM]. Lima gol berjaya dijaringkan apabila Terengganu mengalahkan pendahulu liga, ATM 3-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

angkatan tentera dah dapat malu
disangkakan gagah rupanya layu
rebah ditampar oleh sang penyu
mujurlah juga masih mendahulu

pahang vs kelantan

seronok melihat pahang kelantan
gaya menarik berbalas serangan
yang satu kacak satu lagi tampan
sama-sama mendapat 2 jaringan

Pertemuan Kelantan vs Pahang juga tidak mengalami kemarau jaringan. Kelantan The Red Warriors seri 2-2 dengan Pahang malam tadi di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

TehrDemikian kisah 'Liga Super 2013 | Kemarau Jaringan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


16 Comments

  1. padin says:

    persaingan sengit dan beza mata antara pendahulu dengan pasukan lain tak jauh….
    tak boleh nak ramal dah setiap perlawanan.. kadang2 keputusan tak dijangka plak……

  2. Adam Roslan says:

    Salam.

    Game pada malam Sabtu nampak lagi meriah. Petang ada 5 gol, malam ada 4 gol. Malam patut ada lebih dari 4 sebenarnya.

  3. nasib baik stadium tak roboh. heheh. bila johor fc nak ngamuk ni. come on come onn!
    khairul asrol baru je tulis kisah Chelsea vs Manchester City EPL 24/2/2013My Profile

  4. mie says:

    bertambah meriah industi bola sepak negara…
    ehhehehee
    mie baru je tulis kisah A Guide To Proper HijabMy Profile

    1. suri says:

      harap akan ada lagi pemain2 baru bakatnya akan dicungkil !
      suri baru je tulis kisah Rajuk Membawa HatiMy Profile

  5. sensasi2020 says:

    Hanya seri buat gomo klate gomo,
    Sama-sama hebat belako,
    Bilalah Kelate nak menang sokmo,
    Kalu lagu ni meme tak bermayo.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Bagaimana Menjana Pendapatan Dari RumahMy Profile

  6. Dah beli ramai star pon JDT payaah nak score. Takkan mahu Tengku Mahkota beli RVP??? :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Durian CoffeeMy Profile

  7. suri says:

    Apa nak buat jika harap2 masuk gol2 last2 tersasar pula..argh!! mmg tension bila tak masuk petak gengawang gol.yg penyokong sure naik panas hati di buatnya
    suri baru je tulis kisah Psttt!! VMy Profile

  8. de engineur says:

    Hanya Terangganu yg menang, caya lah. Berlonggok keputusan seri kali ini…. Hehehe

    Nasib baik di Liga INggeris, M.United yg kusayangi menang 2 – 0 di tempat lawan. Chelsea plak kalah 2 – 0
    de engineur baru je tulis kisah Kota Kinabalu to have Malaysia’s first green taxi standMy Profile

  9. hafiz says:

    betul tu masa friendly berdesup-desup gol….masa game sebenar hampeh..
    hafiz baru je tulis kisah Memasang button back to topMy Profile

  10. Bro Zulkbo says:

    salam..
    sentuhan belum menjadi
    la nih..letih gamaknya..?
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah What Did I Do Today : Video And LyricsMy Profile

  11. yas says:

    Liga tempatan semakin meriah…harap2 mutu permainan org2 kita turut makin bagus….
    yas baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  12. titan says:

    hemm..selangor dan adiknya seri lagi..
    titan baru je tulis kisah Cek ke 17 dari NuffnangMy Profile

  13. maza says:

    aderkk… sungguh bola itu bulat… Johor sekadar seri.. uhuk!
    maza baru je tulis kisah Gangster Celop: Hanis Zalikha ke Layar PerakMy Profile

  14. Wan Fauzi™ says:

    hebat terengganu boleh menang dgn atm… ashari gol minit2 akhir perlawanan
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Nilai Pengorbanan Seorang IbuMy Profile

    1. Wan Fauzi™ says:

      kelantan sudah bangkit… pahang jugak memang hebat walaupun seri dgn sebab gol penalti yg kontroversi…
      Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Satu Pengharapan Yang DiNantikanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun