Liga Super 2013 | Kelebihan Bermain Di Tempat Sendiri

Pahang [3] Vs [0] Terengganu
Pahang tidak mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri untuk mengatasi Terengganu dengan tiga jaringan tanpa balas. Aku nampak peluang agak seimbang, cuma barisan hadapan Terengganu gagal menyempurnakan beberapa peluang yang ada.

ATM [2] Vs [0] Felda United
ATM juga tidak mensia-siakan peluang bermain di laman sendiri. Dengan jaringan dua gol tanpa balas, mereka berjaya mendapat 3 mata penuh untuk terus mengejar pasukan pahang di persada liga.

T-Team [1] Vs [0] Lions XII
Petang tadi T-Team menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk menewaskan pasukan dari seberang tambak, Lions XII. Walau pun hanya berjaya menjaringkan hanya satu gol, tetapi 3 mata penuh menjadi milik mereka.

Kelantan [0] Vs [0] Negeri Sembilan
Malam ini Kelantan seri lagi sekali. Biar pun bermain di tempat sendiri di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu tetapi Kelantan masih juga gagal menjaringkan gol. Nampak sangat Kelantan kehilangan Mat Yo dan Ghaddar.

Perak [1] Vs [1] Selangor
Perak juga seri dengan Selangor di gelanggang sendiri. Terlepas peluang Selangor untuk terus berada di puncak liga selepas berjaya mengalahkan Pahang dalam perlawanan lepas.

PKNS FC [1] Vs [3] Johor Darul Takzim
Satu-satunya pasukan yang tewas di gelanggang sendiri hari ini ialah PKNS FC. Mereka tewas kepada pasukan mahal Johor Darul Takzim dengan tiga gol berbalas satu.

Kelebihan bermain di tempat sendiri sepatutnya digunakan oleh setiap pasukan untuk mencipta kemenangan. Selain sokongan padu penyokong setia, mereka juga mempunyai kelebihan lain kerana telah biasa dengan stadium dan padang yang digunakan. Untuk terus berjaya, setiap pasukan sepatutnya sentiasa kebal dan menang di gelanggang keramat mereka sendiri.

Begitulah yang ditunjukkan oleh Datuk Lee Chong Wei yang kebal dan sentiasa menang untuk menjuarai Badminton Terbuka Malaysia. Pastinya di gelanggang sendiri. :D

TehrDemikian kisah 'Liga Super 2013 | Kelebihan Bermain Di Tempat Sendiri' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. padin says:

    huhuu mutu pengadilan macam makin parah…
    orang yang kena bentes dapat kad… entahlah…

  2. wadud says:

    salam bro… :) lame tak nampak..

    tak sangke dato lee cong wei main lagi, ingat kan dah pencen.. hehehe
    wadud baru je tulis kisah Gempa Terkini 22/01/2013 ~Muhasabah Diri~My Profile

  3. papa mifz says:

    tahniah buat N9 kerana berjaya mengikat Kelantan…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Selamat Hari Lahir RayyanMy Profile

  4. Yeah… terbek pahang,…. tadi konon nak pegi then moto buat hal… Demmm
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Suatu Hari, Dulu dan Dah Lama #PT1My Profile

  5. akubiomed says:

    Kalau main di gelanggang sendiri semangatnya lain macam sedikit. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Bedak ularMy Profile

  6. yas says:

    Nampaknya Pahang agak mengancam juga tahun nie….tak sangka lak…
    yas baru je tulis kisah Video Kemenangan Jozan di Final Maharaja Lawak 2012My Profile

  7. maza says:

    johor menang.. yahooo.. hehehe

    baru ler bersemangat sikit mau mengaum.. ahaks..

    awas tok gajah! heheheh
    maza baru je tulis kisah Listen, Listen, Listen, When I talk you listen!My Profile

  8. titan says:

    takpe..selangor seri. daripada kalah kat tempat lawan..yang penting, pahang menang..
    titan baru je tulis kisah #SBB2013My Profile

  9. Main kat rumah sendiri memang lah selesa. Ukuran padang pon dah hafal :D Tapi nape Kelantan tak menang ehhh? Masih rindu kat Mat Yo ker??? he he…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The New Starbucks Card 2013My Profile

  10. kakyon says:

    kekadang terfikir kenapa org lelaki suka permainan/tengok orang main bola. kalau kumpul 2-3 org, bukak topik bola..diaorg punya borak boleh berjam2..hehe
    kakyon baru je tulis kisah sagon kelapaMy Profile

  11. de engineur says:

    Nmpk gaya pasukan Sabah sya tak guna kelebihan tempat sendiri…asyik kalah saja. Aparaaaa
    de engineur baru je tulis kisah Micro-hydro to benefit Kg Tiku folks in PenampangMy Profile

  12. fiezaradzi says:

    negeri saya tak ada.. sabar je lah.. tahun2 depan de kot..selamat buat semua yg ada.. main betul2, bukan betul main2..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Kenapa Nak Pergi #SBB2013?My Profile

  13. Wan Fauzi says:

    pahang memang terbaik setiap kali perlawanan samada home @ away…
    Wan Fauzi baru je tulis kisah Hukum Waris Mengantikan Solat Orang MatiMy Profile

  14. Travel-Zoom says:

    this is kota bharu.. kelate gomo kelate..
    Travel-Zoom baru je tulis kisah Cheap Travelling – Smart TravellerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun