Letupan Meletup

Sedih bila membaca berita beberapa letupan yang berlaku di sekitar kita dalam beberapa hari ini. Pada 17.09.11 berlaku letupan di Sungai Golok. Pada 25.09.11 letupan di Gereja Bethel Injil Sepenuh, Solo, Indonesia. Pada 28.09.11 berlaku pula letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Selangor.

anak kecil kalau hari raya
mak ayah beli mercun segala
mercun bawang taklah merbahaya
mengajar anak moga nanti menjadi biasa

dah besar anak beli mercun sendiri
nasihat emak ayah dah tak dihirau lagi
mulalah pandai mahu tunjuk daya kreativiti
hendak gempakkan segala mercun dan bunga api

sekian lama anak berubah jadi keliru
semua dibuat emak ayah tidak pun tahu
punya kawan campur kumpulan bertemu guru
sudahnya nanti bencana juga yang jadi penentu

Khabarnya letupan di Empire Shopping Gallery berpunca dari kebocoran gas, bukan kerana letupan bom. Mengapa gas bocor dan dari mana datangnya punca api yang menyebabkan letupan masih belum diketahui.

letupan empire shopping gallery

Mr Tehr memang alah dengan bunyi letupan. Rasa seperti gugur je jantung. Sejak kecil, Mr Tehr hanya suka dengar bunyi biji getah meletup sahaja, bukan bunyi letupan yang dihasilkan oleh bahan letupan. Bunyi ekzos motor mat rempit meletup pun Mr Tehr tak suka. Itu pun boleh buat terkejut juga tu. :D

TehrDemikian kisah 'Letupan Meletup' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. ghost writer says:

    ada perkara yang disembunyikan dari pengetahuan umum.pasti untuk tidak buat orang ramai panik dan mengelakkan dari eksplotasi mana-mana media luar.

    jangan risau.penganas di malaysia masih macam tikus jumpa kucing.
    ghost writer baru je tulis kisah nulisMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun rasa macam pelik je
      mujur juga tiada kemalangan jiwa tu

      1. dnoBiz says:

        punca api mungkin dari peralatan elektrik yang dipasang seperti lampu…
        dnoBiz baru je tulis kisah Penjelasan Hudud – Hudud, Qisas (atau Qishash), Qadzaf, Ta’dzir, Rejam (Video)My Profile

    2. akubiomed says:

      Berita mengenai letupan ini pun tidak digembar gembut seperti isu politik :-)

      1. tehr says:

        ya la, bro
        senyap je kat tv
        agaknya memang sah la tu berpunca dari gas

        1. zik says:

          kalau politik , ceritanya sampai ke akar umbi… kelakar sungguh.. mahunya sampai habis berita tuh
          zik baru je tulis kisah What is SMS Text MessageMy Profile

          1. tehr says:

            cerita politik, kalau nak ikut boleh pening kita dibuatnya
            mcam2 peris ada

  2. nurmisnan says:

    Aku kalau belon dekat sebelah pun dah lari..
    takut bunyi belon meletop.. hik3…
    nurmisnan baru je tulis kisah Daun Jarum Tujuh Bilah merawat Kanser dan penyakit lainMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      walau pun tak bahaya
      tapi memang terkejut kan?

  3. dnoBiz says:

    kalau orang yang letupkan aku memang terkejut, tapi kalau aku yang buat takpe.. :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Penjelasan Hudud – Hudud, Qisas (atau Qishash), Qadzaf, Ta’dzir, Rejam (Video)My Profile

    1. tehr says:

      haha
      jangan bual hal, bro

  4. Maaf lama tak ziarah kamu semua….

    Bermain mercun di malam hari,
    Leka bermain terkena jar,i
    Waspada sentiasa jagalah diri,
    Bahaya datang tanpa disedari

    bahaya nye..huhu..mintk dijauhkan la drpd mengalami prkara camnie.. memang menghairankan macam mana boleh meletup…

    Namun begitu, bersyukur kerana kejadian berlaku pada awal pagi waktu takde orang yang sedang membeli belah atau duduk lepak minum2 makan2 kat situ. Bayangkanlah kalau ia berlaku pada siang hari??? Apa2 pun ia bagaikan amaran bahawa ajal maut atau kemalangan, kecelakaan datang tanpa kita duga. Persiapkanlah diri kita secukupnya.

    Jom Terjah entry terbaru ??
    stesen minyak dan petrol pilihan anda

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      malang kerana kemalangan yang tak disengaja
      jangan pandai2 buat kemalangan dah la

  5. yas says:

    Memula tu mmg terkejut jugak…ingatkan ada terrorist yg buat keje sampai kat sini…nasib baik sebab lain…pehhh
    yas baru je tulis kisah Tabiat merokok- Orang Utan pun tiru manusiaMy Profile

    1. suri says:

      syukur negara kita mash selamat
      suri baru je tulis kisah Homemade CokelatMy Profile

    2. tehr says:

      harap2 jangan la ada terrorist yang buat hal, yas
      susah banyak nanti

  6. maza says:

    huhuhu…

    agak-agak kalau perut meletup disebabkan kekenyangan pun dahsyat gak kan?

    hehehehe…..
    maza baru je tulis kisah Semangat membara, debaran bermula: blog tergendalaMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      memang sangat dahsyat tu, bro maza

  7. suri says:

    letop sikit je klu tsunami mugkin kecoh kot heee
    suri baru je tulis kisah Cara Menangani Mimpi Yang MenakutkanMy Profile

    1. tehr says:

      minta dijauhkan segala bahaya bencana

  8. ohcikgu says:

    rajin betul mereka main mercun bulan oktober nih ye..
    ohcikgu baru je tulis kisah Jobscentral mahu bagi anda RM500 jika anda dapat kerja. Wow!My Profile

    1. tehr says:

      peminat mercun tegar tu, cikgu :D

  9. mijie says:

    kadang2 punca sebenar tidak akan didedahkan umum…itu yg selalunya dibuat dan ada sebabnya kenapa ia tidak didedahkan
    mijie baru je tulis kisah Santai dihujung mingguMy Profile

    1. tehr says:

      sekali pikir memang elok juga tu
      elakkan kegusaran masyarakat
      tapi, bila2 nanti perlu dikhabarkan juga untuk kita ambil iktibar

  10. kakyong says:

    lama jugakan nak tahu hasil siasatan.. kena tunggu 2-3 bulan…macam tak efficient jer sistem/kerja siasatan ni.. makan masa lama sangat…
    kakyong baru je tulis kisah Anak-anak di Changkat Tin pekena nasi briyani gamMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 kali ni tak lama, kakyong
      orang ramai nak juga ambil langkah keselamatan sendiri, kan?

  11. ingat dah abis raya.. tak de letup2 lagi.. rupanya ada lagi ehhh.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Giliran Safiq Rahim Pula Cuba Nasib Dengan Cardiff CityMy Profile

    1. tehr says:

      nak kata sambut raya haji pun lambat lagi tu :D

  12. Pacifista says:

    nampaknya letupan tak tunggu raya je…
    Pacifista baru je tulis kisah Wajah Baru Pacifista!My Profile

  13. bEe says:

    Apa pun tak boleh…
    kena siasat betul2 punca letupan

    takut khianat

  14. Persada says:

    Letupan terbaru di Yala, 23 biji bom dalam satu hari..
    dah macam main mercun dah
    Persada baru je tulis kisah Kekurangan Hormon – Akibat kekurangan Hormon testosterone dan estrogenMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun