Lesen Keluar Rumah

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Mungkin sekali itu yang dilaungkan oleh budak-budak juga sebahagian orang dewasa apabila dapat lesen keluar rumah. Merdeka daripada kawalan dan perhatian ibu bapa, penjaga, isteri atau suami. Jadi mereka akan dapat bebas berbuat apa sahaja yang mereka suka.

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut sukanya hati;
Kalau diturut kehendak hati,
Mungkin bertaut perkara keji.

Alasan anak kecil biasanya nak main dengan kawan. Main bola, main masak-masak atau main seremban. Mak ayah akan bagi lesen keluar rumah kepada mereka dengan pesan, jangan lama-lama atau pulang sebelum maghrib. Anak kecil yang belum bersekolah ni biasanya tidak menipu atau melencong.

Kanak-kanak yang sudah bersekolah biasanya dapat lesen keluar rumah dengan alasan hendak ke sekolah. Ada latihan sukan, ada kelas tambahan atau pinjam buku. Mak ayah pula memang seronok bila dengar perkataan ‘sekolah’ dari mulut anak. Tiada ragu dan tiada syak wasangka. Tapi awas! Ada yang melencong ke tempat lain.

padang sekolah

Anak remaja juga ramai yang menggunakan alasan ‘sekolah’ untuk dapat lesen keluar rumah. Di tambah pula dengan alasan mahu membeli keperluan seperti alat tulis atau buku latihan di pekan. Minta wang belanja lagi. Memang perlu sangat memeriksa beg yang mereka bawa, mana tahu ada baju dan seluar kat dalam beg tu. Kalau ada, memang sah mereka mahu melencong ke tempat lain.

Orang muda, orang dewasa dan orang tua juga tak kurang yang buat alasan untuk dapat lesen keluar rumah daripada keluarga, isteri atau suami. Alasan? Bermacam alasan yang akan diberikan dan biasanya memang sangat logik dan sesuai. Tersilap gaya menegur memang boleh mencetuskan perang yang sukar didamaikan.

Diam kura-kura berkata-kata,
Bising terkukur bukan mainan;
Hidup bahagia bebas merdeka,
Ikhlas jujur menjadi sandaran.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia. Merdeka kita bukan bermakna kita boleh berbuat apa sahaja yang kita suka. Ada peraturan yang perlu kita ingat dan ikuti.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

TehrDemikian kisah 'Lesen Keluar Rumah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. jika mahu kebebasan, tiada batas dalam menyata hak maka hilang peraturan tatacara dalam operandi hidup.

    jika prinsip islam betul diamalkan, tatacara dan peraturan Allah dilunaskan, diri akan terasa bebas dari segala ancaman kerana pemeliharaan dari Allah agar hambanya tidak gelincir dari landasan kebenaran.
    bebas dirasai di hati, dan bahagia akan datang akan menyelimuti kita semua.

    salam merdeka!
    rainbowcloudy baru je tulis kisah see your relationship with AllahMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, rain
      hidup kita mesti berlandaskan iman dan taqwa
      dunia dan akhirat

  2. hafidz says:

    baru bagi prosedur untuk memohon lesen keluar rumah tak? hehehe :P
    hafidz baru je tulis kisah Kemerdekaan Setelah 55 TahunMy Profile

    1. tehramuan says:

      satu kisah untuk semua
      kisah dulu, kini dan selamanya :D

  3. Selamat Hari Merdeka ke 55.

    Kita anak Malaysia, kita sambut merdeka hari ni ;)
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur 19 Ogos 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      merdeka! merdeka!

  4. beckhr00y says:

    kita seharusnya jgn menyalahgunakan kebebasan yang diberi kpd kita.
    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 55 :)
    beckhr00y baru je tulis kisah Selamat Hari Kemerdekaan Ke 55 MalaysiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, kebebasan dari semua aspek kehidupan
      mesti ikut aturan

  5. akubiomed says:

    Dulu ketika kecil dan remaja kalau keluar selepas Asar dan balik sebelum Mahgrib. Saya tidak pernah berpeleseran ketika remaja seperti remaja sebaya dengan saya.
    akubiomed baru je tulis kisah Selamat menyambut Hari Merdeka ke 55My Profile

    1. tehramuan says:

      memang bagus macam tu
      mak aku juga memang tak benar aku keluar, lebih2 lagi sebelah malam

  6. nurmisnan says:

    Selamat hari Merdeka semua..
    Ketupat merdeka ada lagi kah? hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Samsung Pays Apple $1 Billion Sending 30 Trucks Full of 5 Cents CoinsMy Profile

    1. tehramuan says:

      hanya tinggal bekas je :D

  7. Ada jugak lesen macam ni ya? ;)
    Kalau dah dapat lesen kena pakai tag tu bro…. :)
    Malaysia Coin baru je tulis kisah Duit Syiling 50 Tahun MerdekaMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      pakai masa keluar rumah je
      lepas pintu pagar, terus simpan

  8. dulu masa saya kecik2 degil sikit.. tak dapat lesen pun keluar.
    balik sekolah terus hilang.. sampai emak kunci pintu rumah.
    lepas tu balik maghrib.. kena rotan……
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Boleh Tak Beriklan Di Blog Hairul ? Dan Statistik Blog HairulMy Profile

    1. tehramuan says:

      rotan tu la yang mengajar kita
      aku juga pernah kena
      huhu

  9. Juan says:

    rasa MERDEKA bila dapat keluar, tp bila fikir kembali, jauh jauh pergi pon tetap rasa nak kembali ke rumah, betul x
    Juan baru je tulis kisah Tips Soalan Peperiksaan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41My Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      memang balik rumah, juan
      masalahnya balik tak ikut masa ni

  10. zool says:

    memang banyak lesen nak keluar rumah yang tak sepatutnya
    zool baru je tulis kisah Fakta menarik mengenai sukan paralimpikMy Profile

    1. tehramuan says:

      hanya diri sendiri je yang tahu apa tujuan sebenar keluar rumah :D

  11. padin says:

    alasan kelas tambahan memang boleh jadi lesen besar untuk keluar rumah
    padin baru je tulis kisah Hobi : Malaysian CoinMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang alasan popular ni, bro

  12. maza says:

    alamak maza semalam dapat lesen besar juga..

    pergi shooting kat Putajaya.. ahaks
    volleh kan?

    hehehe
    maza baru je tulis kisah Refleksi Putrajaya di Ambang MerdekaMy Profile

    1. tehramuan says:

      bro maza ada melencong ke lain ke lepas shooting? :D

  13. zik says:

    malam tak boleh keluar,, masa kecik2 lah.. biarpun nak sambut apa2 event.. kecuali majlis agama jer… macam maulidur rasul ker..
    zik baru je tulis kisah Amaran Tsunami pantai timur Sabah dan utara Sabah dan utara Sarawak 1/9/2012My Profile

    1. tehramuan says:

      betul, zik
      malam memang mak aku tak benarkan keluar
      tapi aku pernah juga curi keluar
      hehe

  14. titan says:

    lesen keluar rumah aku masa kecik..mesti siapkan kerja sekolah dulu. baru leh kuar main bola..
    titan baru je tulis kisah Ayat-ayat DENGKIMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, kalau tak siap nanti kena denda pula dengan cikgu kat sekolah

  15. Cik Siti says:

    lesen untuk keluar rumah bukan landasan untuk kita bersuka ria. kena beringat sebelum kena
    Cik Siti baru je tulis kisah Malam Bersama Keluarga…..My Profile

    1. tehramuan says:

      betul2x

      beringat sebelum kena
      berjimat sebelum habis
      asyik bergelak ketawa
      sudahnya nanti nangis

  16. hafizmd says:

    Lesen..hehhe…best tajuk ngn entri ni..

    Ramai jugak anak muda yg slah guna lesen…

    Tu yg kementerian nak pasang cip kat budak sekolah tuh…hoohoho

    p.s.kena pandai guna lesen
    hafizmd baru je tulis kisah Keputusan Piala Malaysia:Kelantan Gah, Terengganu Lelah!My Profile

  17. hatiputera says:

    kebebasan yang diberikan harus digunakan sebaik-baiknya dan jangan sekali-kali disalahgunakan.
    hatiputera baru je tulis kisah Samsung Galaxy Note 2 dilancarkanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun