Lemas | Hujan, Banjir Dan Musim Tengkujuh

Hujan yang turun sejak dua hari lepas telah menyebabkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Kedah di tenggelami air. Beberapa buah sekolah yang dibina di kawasan yang rendah telah dinaiki air sehingga ke dalam bilik darjah. Lebih menyulitkan, minggu ini merupakan minggu Ujian Akhir Tahun bagi pelajar sekolah rendah terutamanya di Kelantan.

setiap tahun di musim hujan
Kedah Terengganu dan Kelantan
galaklah membiak segala ikanbermain air di musim banjir
puyu keli dan juga haruan

setiap tahun di musim hujan
air pun melimpah ke atas jalan
sesak semua jenis kenderaan
lambatlah juga segala urusan

setiap tahun di musim hujan
petani resah musnah tanaman
sedih hati membilang kerugian
anak dan isteri apa nak makan

setiap tahun di musim hujan
anak-anak tiadalah tertahan
seriang itik mandi-mandian
mungkin maut itu pengakhiran

Air yang melimpah saban tahun menelan mangsa terutamanya kanak-kanak. Petang semalam, anak lelaki sahabat baik saya yang berumur 12 tahun lemas di sebuah kolam yang dipenuhi air hujan. Kegembiraan bermain air berakhir dengan tragedi yang menyayat hati. Al-Fatihah.

Awasi anak-anak anda di musim hujan ini.

TehrDemikian kisah 'Lemas | Hujan, Banjir Dan Musim Tengkujuh' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


53 Comments

  1. ray ban says:

    di utara tanah air banjir kian buruk
    ray ban baru je tulis kisah Standard for sunglassesMy Profile

    1. tehr says:

      kawasan saya, tumpat belum banjir lagi
      hanya air hujan je

  2. kulanz says:

    Dah mula banjir rupanya sebelah sana.. harap mereka yang duduk kawasan terlibat lebih berhati-hati
    kulanz baru je tulis kisah Kisah Natrah Dipaparkan Dalam DramaMy Profile

    1. tehr says:

      kawasan rendah memang dah tenggelam
      kesian dengan sekolah yang dinaiki air, minggu ujian sekarang ni

      1. kulanz says:

        tempat bro sekarang ni pernah terlibat dengan banjir tak?
        kulanz baru je tulis kisah Cell Phone Wujud di Zaman Charlie ChaplinMy Profile

        1. tehr says:

          tak pernah pula, bro
          tapi kampung ni jadi macam pulau pulak
          susah juga nak ke mana2

    2. dnoBiz says:

      sepatutnya dari bilan 10 lagi dah mula banjir kat Kelantan…
      Ni dah kira terlewat dah… (atau petanda banjir kali ni lebih teruk daripada yang sudah ??)
      dnoBiz baru je tulis kisah Pak Hitam – Empat warga Nigeria belasah lelaki beri teguranMy Profile

      1. tehr says:

        ada yang kata banjir tahun ni akan teruk
        tapi… hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui

        1. dnoBiz says:

          yang penting kita sentiasa bersedia untuk hadapinya
          dnoBiz baru je tulis kisah PENGHARGAAN – Kepada yang Telah memberi sokonganMy Profile

  3. zulkbo says:

    salam saudara..
    memang sedih bila di kenangkan kesusahan saudara mara kita di pantai timur..kini di utara pula..apakan daya,setidaknya masih boleh di kawal tidak seperti di Indonesia dengan gunung berapinya dan tsunami..alhamdulillah..
    zulkbo baru je tulis kisah Khasiat Buah Pisang Dalam Hidup AndaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      memang benar sekali
      kita di sini masih boleh beringat dan berikhtiar
      alhamdulillah

    2. suri says:

      harap agar bantuan yang di hulurkan akan dapat meringankan bebanan mereka kelak.

  4. suri says:

    salam yah sedikit sebanyak ia masih terkesan di hati pada mana2 keluarga yang menimpa musibah tersebut.. begitu juga buat sahabat tehr tu..takziah suri ucapkan. Al-fatihah.

    1. tehr says:

      al-fatihah untuk allahyarham

  5. padin says:

    salam
    yelah di ujung tahun masalah banjir memang sentiasa berlaku di tiga negeri ni,
    tapi silapnya masih ada yang menganggap bencana ini satu permainan, sedangkan ia boleh mengundang padah..

    Takziah untuk keluarga arwah..
    padin baru je tulis kisah Satu MatlamatMy Profile

    1. tehr says:

      budak2 sentiasa ambil peluang je, bro
      kawan saya tu belum tiba dari sekolah, anaknya dah pun keluar main air

      1. padin says:

        huhu tu lah, kita pun dulu sama kan,
        pantang ada peluang…

        tapi memang dah tahu akan kena tibai bila balik rumah ekekee,kenangan oh kenangan
        padin baru je tulis kisah Prestasi TerbaikMy Profile

        1. tehr says:

          kenangan mengusik jiwa :)
          aku paling suka cari ikan sawah

  6. etomyam says:

    musim paling banyak risiko di negeri2 pantai timur dan utara ni..tapi kalau dapat peluang main air memang best bro…. serious best :D
    etomyam baru je tulis kisah Bila Seterika Sudah Ambil AlihMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal bro
      masa dulu kita leka main air
      sekarang jenuh pula kawal anak2 main air

      budak2 memang tak tahu apa2

  7. Cik Citi says:

    walau hujan tidak seperti api yang membakar namun bila banjir beringat nyawa itu tetap bernilai

    1. tehr says:

      harap2 semua beringat-ingat
      bahaya ada di mana2

  8. dnoBiz says:

    main air ni memang seronok tapi jangan pula sampai terlepas pandang anak anak..

    Ps : jangan ashik nak pandang emak je
    dnoBiz baru je tulis kisah Misteri – Siapakah Gerangan Lelaki IniMy Profile

    1. tehr says:

      emak budak main air jugak ke, bro? :)

      1. dnoBiz says:

        ramai bro… :D
        tu yang ramai bapak budak jadi penonton tu…:D
        dnoBiz baru je tulis kisah PENGHARGAAN – Kepada yang Telah memberi sokonganMy Profile

  9. Rozect says:

    salam..
    dah lama tak men’komen..
    hujan dan banjir… yang paling dok risau adlh calon2 SPM dan STPM
    moga dapat menjawab exam dgn selamat

    1. tehr says:

      yups, calon2 perlu ambil langkah awal ni
      sediakan payung dan perahu yang sesuai
      kalau dapat menumpang berdekatan pusat peperiksaan lagi bagus

  10. sud@is says:

    harap tehr jaga anak2 dan anak murid sekali
    sud@is baru je tulis kisah Seronok BekerjaMy Profile

    1. tehr says:

      anak murid hanya jaga kat sekolah je :)

  11. Cha'on says:

    banyak sekolah terpaksa ditutup akibat banjir ini. semoga keadaan kembali seperti sediakala.. takziah jugakk kepada mangsa dan keluarga mangsa. Al-fatihah
    Cha’on baru je tulis kisah Kemalangan Bas Terbalik di KM38 Genting SempahMy Profile

    1. tehr says:

      segalanya menuntut kesabaran, cha’on

  12. kakyong says:

    memang harus tengok2 kan anak2.. jd sampai yg terlepas dr pandangan…
    kakyong baru je tulis kisah Cek Nuff ke-2 sudah sampaiMy Profile

    1. tehr says:

      ya la kakyong
      biar pun lelah, pengawasan mesti dilakukan juga demi keselamatan anak2

  13. belalang says:

    kesiannya…
    budak2 bukan tau beza antara seronok dan bahaya…
    takziah utk keluarga kwn tehr…
    belalang baru je tulis kisah Video Pelajar Di India Dipukul Beramai-ramaiMy Profile

    1. tehr says:

      budak2 sekarang hanya tahu nak main je
      tak macam si belalang dalam ‘nujum pak belalang’

  14. sangilapi says:

    bila air naik,langkah keselamatan semakin kena peka,selalu kalau kat kampung ni kena berjaga-jaga dengan binatang berbisa.
    sangilapi baru je tulis kisah tragedi oktoberMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, lipan dan kala jengking selalu je naik nak menumpang kat rumah

  15. zik says:

    harus berjaga-jaga di musim tengkujuh sekarang nih… takut wabak lain datang…
    zik baru je tulis kisah Harga minyak ron 97 naik 5sen!!My Profile

    1. tehr says:

      kebiasannya selepas musim banjir, wabak taun pula yang datang
      kebersihan nak kena selalu jaga ni

  16. ann says:

    tak hujan panas sangat, hujan pun banjir plak.. macam macam kejadian alam ni
    ann baru je tulis kisah Sehari tak update- rasa cam tak makan nasiMy Profile

    1. tehr says:

      alam memang untuk mengajar kita
      antara mahu atau tidak je, ann

  17. gayahspears says:

    salam bro tehr..
    alhamdulilah.. tempat Gayah memang petang2 hujan tapi lum tahap banjir lagi~
    hujan tu rahmat Tuhan…
    gayahspears baru je tulis kisah Kalau…My Profile

    1. tehr says:

      hujan tu rahmat, bencana itu peringatan

  18. suri says:

    salam petang rabu..

    hai sahabat..
    setiap penghujung tahun itulalh resam dunia ada yang mengalami banjir..ribut taufan..gempa bumi..itu semua peringatan buat kita..

  19. mijie says:

    harap ibubapa dapat berhati-hati dalam mengawasi anak-anak bermain air, leka sesat menyesal selamanya

  20. Cik Siti says:

    Huajan yang turun bagaikan mutiara
    menjadi sahabat dan menjadi lawan
    saat banjir jangan terlalu gembira
    semoga kesihatan turut dijaga

  21. Affan says:

    hoho. biasalah, bila nak hujung tahun, mmg musim tengkujuh.
    aku pun penah teringin gak nak mandi banjir, tapi fikir balik keselamatan dan kebersihan, tak jadi.

    * gila tak leh blah gambar. LULUS. Lol
    Affan baru je tulis kisah Tutorial Blogspot – Mashable Style Social Sharing ButtonMy Profile

  22. Mohd Hafiz says:

    setiap tahun mesti mcm ni ke? hmmmm…dh lama sy x pijak kaki ke tanah malaya….

  23. bluedianthus says:

    Kat sini pun selalu hujan juga tehr..Semoga semua pihak berada dalam keadaan berjaga-jaga.:)
    bluedianthus baru je tulis kisah Bagaimana sembunyikan link affiliateMy Profile

    1. tehr says:

      benar, sis
      semua kena ambil perhatian

  24. Chybee says:

    risau la dgr mcm2 bencana pulak sekarang ni

    1. tehr says:

      yups, macam2
      untuk beri peringatan kepada manusia

  25. nampaknya memang teruk la hujan banjir kali ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun