Lelaki Tak Suka Perempuan

perempuan suka memaksa
buat lelaki dalam kecewa
tiada ikhlas segala kerja
kerana sayang diturut juga

perempuan banyak bercakap
buat lelaki sentiasa fade-up
cerita orang tidak dicerap
kisah sendiri terlebih acap

perempuan suka mengungkit
buat lelaki bertambah sakit
hati di dalam semakin perit
kerana komplen bukan sedikit

perempuan banyak mengeluh
buat lelaki selalu berpeluh
tambah pula darah gemuruh
jadi punca untuk bergaduh

perempuan suka memilih
buat lelaki sentiasa sedih
jiwa memang dihiris pedih
bila cadangan bertindih-tindih

perempuan terlebih jaga body
buat lelaki menjeruk hati
siang malam berangan sendiri
di rumah kusam di luar berseri

Oleh kerana saya seorang lelaki, cerita yang ditulis juga adalah dari pandangan saya secara peribadi sebagai seorang lelaki kacak. :D Semoga ada kalangan pembaca perempuan yang sedia memberi komen dari sudut pandangan seorang perempuan pula. Harapannya agar kita sama-sama beroleh faedah.

TehrDemikian kisah 'Lelaki Tak Suka Perempuan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


4 Comments

  1. anjangman says:

    perempuan selalu tak nak bagi,
    buat hati lelaki mati,
    jika cari isteri lagi,
    perempuan marah tak henti-henti,
    anjangman baru je tulis kisah Cara Print Screen pada MacMy Profile

  2. adele says:

    oh tidak..ini diskriminasi,,diskriminasi..

    walaupun perempuan mcm ni sikapnya..lelaki tercari2 jgk makhluk perempuan yg comel utk dijadikan isteri..betul x?betul x? :D
    adele baru je tulis kisah Laptop Serba BolehMy Profile

    1. Ladfe Amir says:

      betul tu.. kalu tak cari wanita sebagai isteri..tu bukan lelaki normal tu
      Ladfe Amir baru je tulis kisah Wordless Wednesday (Result SPMV)My Profile

  3. Ladfe Amir says:

    lelaki atau perempuan..masing2 sudah diberi kelebihan dan kekurangan.
    kemudian bila disatukan..ianya akan melengkapi satu sama lain lalu menjadi sempurna
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Wordless Wednesday (Result SPMV)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun