Lelaki Kacak Dapat Pantun

gambar lelaki kacakLelaki kacak dikatakan sentiasa akan dapat apa yang mereka inginkan. Benarkah begitu?

Sebelum korang terus membaca, aku nak ingatkan bahawa apa yang aku tulis ni BUKAN ditujukan kepada semua lelaki kacak di luar sana. Mungkin hanya sebahagian sahaja.

Aku percaya ramai yang setuju dengan aku. Ada sebahagian manusia, maksud aku lelaki memang suka mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain terutamanya wanita. Setuju? Sebagai lelaki kacak, adalah menjadi satu keperluan untuk kita membenteras gejala ini biar pun terpaksa menentang kaum sejenis kita. Masih setuju? Korang memang kacak kalau masih setuju dengan pendapat aku! :D

Oleh kerana korang setuju, mari kita sama-sama menulis pantun untuk mereka yang suka mengambil kesempatan ini.

Anak katak duduk menangis,
Melihat gajah jatuh ke paya;
Lelaki kacak mulutnya manis,
Cakap sepatah jangan percaya.

Anak labi-labi asyik ketawa,
Buaya timbul disangka mati;
Orang lelaki pandai bergaya,
Menjaga jambul tak jaga hati.

Kambing tua mengetap gigi,
Melihat katak dilanggar kereta;
Usah percaya manisnya janji,
Lelaki kacak pandai berdusta.

Pantun ni, aku cuba menyelami hati perempuan juga hati seorang wanita ditipu lelaki kacak. Mungkin tak setepat pengalaman mereka, maklum saja aku ni seorang lelaki. Kacak atau tidak, kita letak tepi. :D

Wanita cantik pula bagaimana agaknya ya? Adakah mereka juga suka mengambil kesempatan?


Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Mrs.Yie, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net, LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com, Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

TehrDemikian kisah 'Lelaki Kacak Dapat Pantun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. Kacak/cantik mmg Ada jenis yg suka amik kesempatan, tp x semua, almaklumla, rambut sama itam, ati lain2, ye dok… Heheheh

    Walau apapon, hargailah setiap pemberianNya
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Wordless Thursday (Tido pon nk berkawan)My Profile

  2. sud@is says:

    kalu jenis hati tak berapa wangi tak kira lelaki ke pompuan kacak ke jelita suka ambil kesempatan…
    sud@is baru je tulis kisah Tanam anak hidup-hidup ikut ‘nasihat’ tukang tilikMy Profile

  3. cik tom says:

    tak suka lelaki kacak..jadi rebutan ramai..hehhee
    cik tom baru je tulis kisah Tips Berjimat Menabung Duit Syiling Cara MudahMy Profile

    1. chii says:

      betul tu..nnt tdo pun tak lena sebab memikirkan apa yg sedang si dia lakukan :)
      chii baru je tulis kisah Majlis PerkahwinanMy Profile

  4. oh! terasa diriku bergitu berharga dengan pantun tehr kali ni. :D

    sweet talker memang membuai rasa, jangan pernah tergoda.
    itu umpan buas cuma.

  5. azura says:

    kacak rupa pandangan mata
    memikat gadis cantik jelita
    jangan sekali lukakan hatinya
    kelak kamu juga akan merana
    azura baru je tulis kisah Wilayah Pentas SundaMy Profile

    1. chii says:

      sokong..kehidupan ni umpama roda..hari ni kita sakitkan org..sok lusa..kita akan terasa juga
      chii baru je tulis kisah Majlis PerkahwinanMy Profile

      1. azura says:

        matahari berputar pada paksinya
        bumi setia mengelilingi matahari
        apalah erti raut wajah kacaknya
        kalau sekadar menyakitkan hati
        azura baru je tulis kisah Diana Amir di Majalah HijabistaMy Profile

  6. mie says:

    tiba2 rasa diri kacak bil berpantun ni..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Koleksi Diari Orang Yang Aku BacaMy Profile

    1. MDHAFiZ.NET says:

      aku x rasa diri aku kacak… syukur lh apa adanya… . hehehe .. . :)
      MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah New Proton Preve 2012My Profile

    2. azura says:

      cer berbalas pantun baru berseni
      azura baru je tulis kisah Sophea Isabella yang beraniMy Profile

      1. mie says:

        nak berbalas…
        tapi tunggu datang feel..
        eehhehee
        mie baru je tulis kisah Upin Dan Ipin The Musical Memang TerbaikMy Profile

        1. azura says:

          dua tiga kucing berlari
          mana nak sama si kucing belang
          dua tiga boleh ku cari
          memang tak sama kalau pantun seorang
          azura baru je tulis kisah Diana Amir di Majalah HijabistaMy Profile

  7. benjy says:

    Wanita yang lawa dan seksi juga jangan percaya kalau mereka kata cinta dengan kita … mungkin ada udang disebalik batu …
    benjy baru je tulis kisah BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIPS 2012 – PENCAPAIAN SKUAD BADMINTON MALAYSIAMy Profile

  8. shraqs says:

    Setuju ngan pantun tehr kat atas. Tak kira laki @ perempuan, kalu jenis yg suka ambik kesempatan dlm kesempitan memang kategori hampeh orangnya. :)
    shraqs baru je tulis kisah WordPress 3.3.2 UpdateMy Profile

  9. titan says:

    aku memang suka ambil kesempatan. haha..
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat Duit dengan HzToursMy Profile

    1. wandisini says:

      haha…mesti ko pandai “..menjaga jambul tak jaga hati..”
      wandisini baru je tulis kisah PTPTN Tidak Akan DihapuskanMy Profile

    2. rahman says:

      titan memang suka ambik kesempatan buat duit.. :)
      rahman baru je tulis kisah Makan malam mee rebus singapura Datuk Aziz Sattar di Rasta TTDIMy Profile

      1. chii says:

        itu memang tak dpt disangkal lagi
        chii baru je tulis kisah Majlis PerkahwinanMy Profile

  10. bkn kacak rupa shj..tp kacak sana sini.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah PosLaju : Kotak dan Sampul PrabayarMy Profile

  11. yas says:

    Gayanya aku bukan lelaki kacak kot…hehehe malas nk berpantunnn:)
    yas baru je tulis kisah PERADUAN IPUNYA BUY AND MENANG – P1 WIMAXMy Profile

  12. Eh, dah beberapa blog asyik jumpa tema lelaki kacak ni. Adakah suratan atau kebetulan. Mungkin hari ni ramai lelaki-lelaki kacak sedang online.
    Lelaki sama ada kacak atau tak kacak, dan perempuan sama ada cantik atau tidak, memang ada yang suka mengambil kesempatan. Tambah pula bila diberikan ruang dan peluang. Maka, kenalah berhati-hati sebelum jadi mangsa.

    1. azura says:

      kak long ada contest lelaki kacak
      sana sini blog tengah rancak
      apakan daya gadis cantik kacak tidak
      penangan seo nak menang serentak
      azura baru je tulis kisah Sophea Isabella yang beraniMy Profile

  13. kakyon says:

    bahayanya bertemankan lelaki kacak. nanti terpaksa bersaing dgn jejaka kacak lain..heheh :P
    kakyon baru je tulis kisah Pulau Tioman..part 4My Profile

    1. akubiomed says:

      Begitu juga lelaki akan cemburu mendapat teman wanita yang jelita. :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Day 1: belajar buat produk Fish ball, Fish cake dan NuggetMy Profile

  14. mimi says:

    bolehlah kita berbalas pantun erk…..
    mimi baru je tulis kisah Bukti Pembayaran Dari InnityMy Profile

  15. amirulfaiz says:

    Manusia yang ada kelebihan dari segi rupa, selalu dikaitkan dengan suka mengambil kesempatan. Mungkin kerana dah banyak yang berlaku.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Alhamdulillah, dah mula berjalanMy Profile

    1. chii says:

      disebabkan nila setitik ..abih semua rosak skali…persepsi org pada wanita cantik/lelaki kacak =)
      chii baru je tulis kisah Majlis PerkahwinanMy Profile

  16. zulkbo says:

    salam..
    ermm..nasib baik saya bukan di kategorikan
    lelaki kacak..jadi banyak mende boleh escape..
    he he
    zulkbo baru je tulis kisah Dengan Selambanya Perempuan Ini Melarikan Televisyen Skrin Nipis Hotel (Video)My Profile

  17. zulkbo says:

    Salam..
    lelaki melayu kacak
    kena pandai berpantun
    he he..tak gitu?
    zulkbo baru je tulis kisah Lelaki Kacak Adalah ZulkboMy Profile

  18. tua muda miskin kaya
    tolong menolong orang berada
    manis tutur kacak bergaya
    cair habis wanita tergoda

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    sport rim rs watanabe

  19. kulanz says:

    Aku kacak juga.. tapi tak ambik kesempatan, hahaha
    kulanz baru je tulis kisah Tour of Borneo 2012My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun