Lelaki Di Hujung Jambatan

pantun bukan sebarang pantun
ditulis oleh cucunya zainab
santun dengan sebaik santun
tag pepijoe mahu dijawab

10 fakta tentang aku

aku memang seorang lelaki
dah pun dewasa bukan budak lagi
sudah jarang rambut dan gigi
kulit gelap tapi manis sekali
ada dua tangan dan dua kaki
masing-masing ada sepuluh jari
dah kerja tak menganggur lagi
dah pun juga dimiliki
aku ada anak dan isteri
belum ada cucu ketika ini

10 perkara menakutkan aku

aku takut papa kedana
dibelit sifat kecewa
dibelenggu sikap malas leka
atau terfitnah bersama wanita
aku takut tak siap kerja
tertinggal solat dan perintah agama
atau tak sempat taubat di akhir ketika
aku takut Allah tak redha
nanti tak masuk syurga
atau sampai ke neraka

10 perkara yang selalu aku sebut

pagi-pagi aku sebut baju
nak ke sekolah aku sebut buku
dalam kelas aku kata cikgu
bagi arahan ini dan itu
masuk kantin minta nasi kerabu
sertakan dengan budu
lepas tu minta sudu
dan juga garfu
akhirnya nescafe bergula tanpa susu
Alhamdulillah, bila dah kenyang perutku

10 perkara yang amat bernilai bagi aku

aku menghormati saudara seagama
masih mencari ilmu di mana sahaja
juga menjaga tatasusila
aku berkawan seribu tak apa
musuh nan satu jangan diterpa
dan saling memahami antara tetangga
aku suka kemesraan bersama
kedamaian alam rumah tangga
dan sapaan sanak saudara
juga senyuman dari ibu yang dah tua

10 “pertama kali” dalam hidup aku

bila dilahirkan ke dunia ini
susu dada ibu yang beri
bila ke sekolah darjah satu
aku mula membaca buku
ke kuala lumpur bila remaja
aku sesat tak tahu ke mana
murid memanggilku cikgu
mengajar di Sarawak daerah Sibu
pulang kampung bila berteman
dan aku jumpa kebahagian dalam perpisahan

7 ahli yang terpilih

hitam, putih, kelabu, junior, white shock, tempang dan orange
[semua ni nama kucing2 aku]

mereka ni tak ada blog – lagi pun pepijoe tak cakap mesti tag blogger
hahaha… sori…

TehrDemikian kisah 'Lelaki Di Hujung Jambatan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun