Lekar untuk lapik periuk. Di dapur rumah aku ada satu kraftangan diperbuat dari lidi kelapa yang dinamakan lekar dan selalu digunakan untuk lapik periuk atau kuali. Kuat dan tahan lama juga kraftangan lekar ini walau pun hanya dibuat menggunakan lidi kelapa sahaja.
| lekar | anyaman drpd lidi atau rotan utk mengalas periuk dll; ~ terendak rangka terendak yg dibuat drpd rotan; melekari melapik (periuk dll) dgn lekar. | Kamus Dewan Edisi Empat |
Beberapa hari lepas aku ada menulis mengenai kraftangan lampu mudah alih yang aku buat sendiri. Lekar ini pula bukan aku yang membuatnya tetapi dibeli oleh isteri. Murah sahaja harganya. Arwah emak saudara aku pandai membuat lekar dengan menggunakan lidi kelapa sebagai kraftangan dan aku agak ralit melihat arwah menganyam lidi membuat lekar untuk lapik periuk seperti ini.

sampah sarap kalau dibongkar
cacing dan ular ada berlingkar
lainnya rotan berbanding akar
keduanya boleh dibuat lekar
Ketika itu kawasan rumah kami banyak pokok kelapa, senang mendapatkan lidi kelapa dan membuat kraftangan lekar untuk lapik periuk ini. Sekarang pokok-pokok kelapa dah ditebang untuk dijadikan tapak rumah. Nak minum air kelapa muda pun semakin payah. Nak dapatkan lidi untuk buat lekar, lagi la payah!
Demikian kisah 'Lekar' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


salam..

dulu ada jumpa di rumah mak..
sekarang tak nampak dah..agak
tak de yang membuatnnya lagi
saya rasa..semua prefer pelapik
moden je ler nih
zulkbo recently posted..Juara Raja Lawak 6 (RL6) Kumpulan Shiro Membawa Pulang RM100 Ribu
Salam kembali
Ya la, bro
Sekarang ni memang tak ramai yg buat kraf ni
Cantik anyamannya… Kemas, x penah tgk lg…
Melatiqistyna recently posted..Jumaat Tiada Kata…
Boleh beli satu nanti
Letak kat dapur
namanye lekar ek..
rumah lady ade.. mak gune tuk lapik brg2 panas..
tp x pernah tahu namanya.. kami panggil pelapik jerk..
LadyBird recently posted..♥ Menjaga Penampilan ♥
Nama dalam sijil lahir dia Lekar
Nama glamor dia pelapik
Hehe
ramai yang tak tahu nama asalnya..
Mus recently posted..RM8,000.00 Untuk Direbuti Pada Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIFF) 2012
sama gak ngan chii..hanya gelar pelapis periuk je..xde nama yg khusus…ehehe
chii recently posted..7 Perkara Yang Akan Saya Buat Sebelum Mati
Ohhh.. lekar namanya yer.. cantik dan unik..
nurmisnan recently posted..Cokelat Royce free liqour dan superb
Nama yg secantik tuan
oh macam bakul namanya lekar, dekat rumah tak ada benda macam tu…
azura recently posted..Akademi Denaihati menganjurkan Seminar WordPress
Yups
Ni kaum keluarga bakul juga ni
rumah papan berdiri teguh
tukang rumah bertubuh kekar
Orang dahulu kreatif sungguh
Asalnya lidi menjadi lekar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
tip jumping bateri kereta kong
tukang rumah bertubuh kekar
bawa kapak bawa gergaji
asalnya lidi menjadi lekar
kalau ternampak bolehlah beli
beli ajelah..dah semua tak ada. nak wat camana..
titan recently posted..Senarai peserta Cabaran SEO Lelaki Kacak
kalau tak nak letak periuk, boleh buat hiasan je
hehe
sepertinya cam tudung salji hee asal utk menutup bekas makanan heeee
lekar ni memang asalnya buat letak peruk/kuali panas
lekar pertama kali sy mendegarnya. ini bahasa org sarawak ker kelantan jer apa heee
bahasa malaysia, suri
kat kelantan pun panggil lekar
kat sarawak, tak tahu
nak anyam ketupat pun aku tak pandai.. nak buat bakul ni memang sampai pencen pun tak pandai laa
rahman recently posted..Jam tangan paling mahal di dunia
aku pun tak pandai nak buat ni
pandai tengok orang buat je
haha
baru tahu namanya lekar….
kat rumah pun ada…
buat pelapik periuk je..
ehehehee
mie recently posted.."The Equator" Sebiru Air Di Lautan
Nama asal dalam sijil lahir ni, bro
hehe
buat pakai lidi kelapa boleh ye?? rumah saya banyak lidi kelapa..hehe
ini baru betul2 kraftangan nih bro…:)
yas recently posted..JUARA RAJA LAWAK EDISI KE 6 2012 – PANDANGAN AKU
Saya pun tidak tahu Lekar kegunaannya untuk melapik periuk panas. Bijak orang dulu-dulu buat hasil tangan yang boleh dimanfaatkan.
akubiomed recently posted..Membidik di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012
benda ni upenya lekar
sabree hussin recently posted..Confirm!! Ramai Sebenarnya Yang Tak Tau Macam Mana Nak Buat Duit
huhu baru tahu benda ini namanya lekar…saya panggil nya bekas untuk lapik bahan panas….
Norizwan recently posted..(Video) Terpedaya sistem GPS pelancong jepun terkandas di laut
gambar di atas..dianyam guna rotan kan..
rasanya leh dibuat alas utk bungkus hamper kan..mmg cantik dan kemas anyaman nya
chii recently posted..7 Perkara Yang Akan Saya Buat Sebelum Mati
Dah lama aku hidup.. baru ni tau nama lekar tu..

kulanz recently posted..Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2012
betul tu bro.. selalu panggil lapik periuk je
Ladfe Amir recently posted..Istinsyaq Petua Untuk Penyakit Resdung
belum sure lagi..benda ni akan wujud atau tidak pada zaman anak2 kita dewasa.
Ladfe Amir recently posted..Istinsyaq Petua Untuk Penyakit Resdung