Legenda Atau Lagenda

Mana satu ejaan yang betul, legenda atau lagenda? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang sebenar ialah LEGENDA kerana LAGENDA tidak membawa apa-apa erti.

legenda (légénda) 1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah;2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). Kamus Dewan Edisi Keempat

Hari ini aku tuliskan tiga rangkap pantun legenda khas untuk korang. Harap lepas ni korang tahu bagaimana mahu eja. legenda atau lagenda.

Dari Segamat ke Bangkahulu,
Bawa pelikat benang selembar;
Kalau diingat legenda dahulu,
Api semangat berkobar-kobar.

Cerita legenda budak setan,
Kisah lama legenda Mahsuri;
Silap mengeja salah tulisan,
Cubalah ditanya diri sendiri.

Hang Tuah legenda Melayu,
Seniman agung legenda kita;
Sendiri salah bersujud rindu,
Sebesar gunung diampun dosa.

Legenda Hang Tuah merupakan Laksamana Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kisah berkaitan dengan semangat dan kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan Melaka tak pernah habis diceritakan dan dikaitkan orang sejak dahulu sampai sekarang.

Korang pernah baca kisah Hang Tuah, sayur kangkung dan Maharaja China?

TehrDemikian kisah 'Legenda Atau Lagenda' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. kakiblog says:

    pernah terbaca kisah pembesar Melayu yang makan kangkung depan maharaja!..mungkin kisah legenda
    kakiblog baru je tulis kisah Isu Kangkung Dan Buat Duit Dari RumahMy Profile

    1. bukharimalek says:

      yang ni i like i like ~ hahahah
      bukharimalek baru je tulis kisah Jejak Ke KedahMy Profile

  2. titan says:

    bila sebut nih..aku pun dah kompius dahh.. tapi memang biasa orang dulu cakap legenda banding lagenda..
    titan baru je tulis kisah Ungu.My Profile

    1. suri says:

      terkadnag konpius saya bila tka sure rujuk cik kamus tapi rujuk kamus edisi lama terkadang tak blh guna pakai pasal banyak sudaj edisi kamus terbaru di terbitkan sepanjang tahun.

      nampak gaya kita wajib topup ilmu bahasa kembali.
      suri baru je tulis kisah Doa Niat, Sebelum Dan Selepas Mengambil WudukMy Profile

  3. mancai says:

    lagenda tu orang pepandai jer buat penyedap ayat kot.. berbanding legenda yang memang dah tertulis kat kamus dewan…
    mancai baru je tulis kisah cara memberi jawapan ketika ditemudugaMy Profile

  4. Cik Siti says:

    o…. baru tahu…
    Cik Siti baru je tulis kisah Januari Penuh Dugaan… Tidur Di HospitalMy Profile

  5. zik says:

    Lagenda motor tuh, sama gak ker?? Hehe
    zik baru je tulis kisah Kedudukan terkini kumpulan a&b 15 JANUARI FIC CUP2014My Profile

  6. akubiomed says:

    Aduhai selama ini memang tersalah eja.
    akubiomed baru je tulis kisah Tukar bateri iPhone 3G memanjangkan hayatMy Profile

    1. suri says:

      saya terkadang tersasar jauh ke laut jugalah pak ab nyer hiii
      suri baru je tulis kisah Kenangan Bersamamu Mazila ZainalMy Profile

  7. Hafizul says:

    Ada ceritanya tersediri ke tentang kangkung dengan hang tuah ni?hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 26 Dari JobdirumahMy Profile

  8. guliroket says:

    yang mana satu yang betul eh?
    guliroket baru je tulis kisah Tercalon dalam MSMW 2014 Bloggers Awards.My Profile

  9. suri says:

    bukan guru tehr guru bahasa melayu ke?
    suri baru je tulis kisah Kenangan Bersamamu Mazila ZainalMy Profile

  10. Thanks sbb bawa isu ni. Sememangnya secara lisan ramai yang sebut LAGENDA instead of LEGENDA. Kalau murid-murid sure akan terikut dan tulis di exam LA… . Kalau karangan BM, sure kena potong markah kan cikgu? :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Malaysian Super League 2014: Let’s Get The Party Started!My Profile

  11. Amran says:

    Lagenda tu jenama motosikal nasional.
    Amran baru je tulis kisah Doa Iblis Juga DimakbulkanMy Profile

  12. kimmie says:

    yelah, memang kadang-kadang keliru mana satu yang betul
    kimmie baru je tulis kisah Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014My Profile

  13. Bahrain says:

    Tak pernah pula dengar kisah kang kung dengan hang tuah…
    Bahrain baru je tulis kisah Ketahui Tempat Makan Menarik Melalui Saji.myMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun