Berakhir sudah Kejohanan Badminton All England 2012 dengan 3 kejuaraan menjadi milik pasukan China iaitu perseorangan wanita, perseorangan lelaki dan bergu wanita. Indonesia memenangi bergu campuran sementara Korea muncul juara bergu lelaki. Kita kurang bernasib baik apabila Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri pada set kedua setelah memberi tentangan hebat kepada Lin Dan pada set sebelumnya.
lin dan merangkul piala
tetapi hatinya tidak ceria
menangnya begitu tanpa rela
dendam dahulu masih membara
malangya nasib datuk lee
terpaksa beliau menarik diri
kecederaannya menyekat aksi
kejuaraan di tangan terlepas pergi
kita di bandar serta di kampung
menahan debar mulut terlopong
harapan besar setinggi gunung
akhirnya tersasar jatuh lombong
Terpaksalah kita tunggu dan menaruh harapan pada Pingat Emas Badminton di Olimpik London 2012 nanti. Walau pun begitu, aku nampak ia semakin kabur dan semakin jauh kerana kita hanya menggantung harap kepada Datuk Lee Chong Wei seorang sahaja. Apa-apa yang mungkin berlaku kepada Datuk LCW akan membuatkan kita berputih mata lagi. Tak gitu ke BAM?
Masa aku ke KL hari tu, ada juga aku bawa tayar spare!
Demikian kisah 'Lee Chong Wei Tarik Diri' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


memang ternyata Malaysia hanya bergantung harap pada LCW..
apapun dah bukan rezeki dia kali ni.. harap kecederaan dan tarik diri tu tak melemahkan semangat dia pada masa akan datang..
kulanz recently posted..Santai Hujung Minggu
Dengarnya datuk lee akan bersara tahun depan
Tak tahu nak gantung harapan kat mana lagi ni, bro
harap ada pemain lain yang boleh dijadikan sandaran nanti.. kalau tak, silap2 tak merasa lagi Malaysia menang piala
kulanz recently posted..Tangan Kanan Memberi Sorokkan Tangan Kiri
dgrnye camtulah…kejohanan guangzhaou china katenye yg last…
rasanye,lepas bersare, kita perlu tunggu lagi 4-5 tahun utk ada pengganti sehebat LCW…
hafizmd recently posted..Edisi KOrek:Entri Paling Tak Popular
nampk gaya..kena la cari pelapis cepat2…
chii recently posted..Selamat Pengantin Baru Iqwan & Syazzana
Betul2.
budakserius recently posted..Pelakon Lelaki Gila Seks.Pelakon Tambahan Pun Dibedalnya.
Emm mmg brgntung bnyak pd LCW.
budakserius recently posted..Pelakon Lelaki Gila Seks.Pelakon Tambahan Pun Dibedalnya.
cikgu, skrg juga maza angkat besi, lari2 itik berkeliling danau…. mahu menyahut seruan Cikgu Tehr yg mengatakan kita kekurangan calon ke Olimpik…. hehehheeh
maza recently posted..Wordless Wednesday: Habuk!
Elok sangat tu, bro
Jom kita sama2 kejar itik
Ok nti ko yg gnti LCW plak.hehe
budakserius recently posted..Pelakon Lelaki Gila Seks.Pelakon Tambahan Pun Dibedalnya.
go go…chayok LCW…:)
Norizwan recently posted..(9 gambar) Kisah benar lelaki berkelamin perempuan melahirkan anak
… Dah tak ada rezeki kali ni, bro
Lin Dan memang nampak gelisah
Dato Lee pula tidak kisah
Jika bukan rezeki kita tak mengapalah
Lain kali jangan mengalah
azura recently posted..Apa makna sebenar sekolah
dah rezeki dia
bukan hak kita
terimalah saja
apa nak dikata
lin dan memang bertuah,
chong wei tarik diri berhemah,
kita jangan resah,
terus berjuang tanpa lelah.
kimmie recently posted..Wordless Wednesday 20 – Cukup tak ni
Hampir mencipta Hatrik kemenangan piala All England. Harap kecederaan beliau tidak serius yang boleh menganggu persiapan sukan Olimpik.
akubiomed recently posted..My Pinky Moments Contest – Eyriqazz
terlalu bergantung kepada LCW…
tips recently posted..Misteri Kidungmu
pastikan tayar spare ada bunga.. hehe

rahman recently posted..Melia Aimelia dakwa foto lucah palsu
“tayar spare” BAM semua dah habis bunga =)
yg ada bunga, simpan dalam kedai daaaaaa
hafizmd recently posted..Edisi KOrek:Entri Paling Tak Popular
takpe, masa olimpik nanti leh balas dendam plak.
ohcikgu recently posted..Chong Wei kalah kerana kecederaan serius bahu kanannya..
Betul tuh.tpijngn smpai trik dri plak la.
budakserius recently posted..Mak Nyah Diterima Sebagai Pramugari
Dah tak de rezeki la tu…. masalah kecederaan kan…
apa2 lcw kenalah memperbaiki utk pertandingan seterusnya
New blog Hairul recently posted..Bahaya Ketagih Facebook dan Pencegahannya
salam..
harapan saya tindakan beliau ini
demi kebaikan semua peminat
badminton negara..pengorbanan
juga tu dengan azam besar mendapatkan
pingat emas pertama di sukan olimpik
zulkbo recently posted..All England 2012 : Chong Wei Tarik Diri Di Final Kerana Sakit
terfikir nak tulis sesuatu pasal perkara ni..tapi tertulis entri kisah yg lain. esok2 kot baru perah idea balik
Mase live pagi tuh, tak tahan dah mate ni…sempat tgk beregu China tu jer…smpai lcw main, saye dah kiok…
Terkejut bila lcw tarik diri.
Mmg takde luck utk lcw pagi tu.
hafizmd recently posted..Edisi KOrek:Entri Paling Tak Popular
semoga kecederaan dia akan pulih..dan bleh concentrate ngan olimpik lepas ni
chii recently posted..Selamat Pengantin Baru Iqwan & Syazzana
semoga kecederaannya cepat sembuh
kimmie recently posted..Coretan hati
nampaknya….
lCW perlu ada perintisnya juga..
kalau tidak, habis la dunia badminton malaysia
mie recently posted..Wordless Wednesday #9
Apa2 pun LCW terbaik ah.hehe
nampaknya kita hanya bergantung harap pd DLCW, memang berisiko, kalau dia takde, belum ada yg mampu menggantikannya.
kimmie recently posted..Coretan hati
Bila mimpi si pari-pari
datang bertandang sebelum subuh
Chong Wei terpaksa menarik diri
semoga kecederaannya cepat sembuh
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
diy pemasangan sticker bomb kereta