Layang-Layang Makan Kelekatu

Hari ini aku sekadar kongsikan video sekumpulan burung layang-layang [walit] yang sedang berkenduri kelekatu yang keluar selepas hujan depan rumah aku dua hari lepas. Aku suka dengar bunyi yang datang dari kumpulan burung yang sedang seronok berkenduri ini.

Kadang-kadang kita merungut bila banyak kelekatu masuk ke rumah dan berterabur di atas lantai. Nasib tak baik jatuh pula ke dalam makanan yang terhidang. Kita menjadi lupa bahawa kejadian kelekatu adalah untuk menjadi rezeki kepada makhluk yang lain pula.

wahai Tuhan Yang Maha Besar
kejutkan kami agar tersedar
tunjukkan arah jangan tersasar
jadikan kami hamba yang sabar

Di Kelantan, juga di kawasan Tumpat ini agak banyak rumah burung walit yang dibina. Khabarnya memang untung buat projek sarang burung walit. Tapi modanya juga besar, kan?

TehrDemikian kisah 'Layang-Layang Makan Kelekatu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. onlajer says:

    rezeki semut dan cicak hehe
    onlajer baru je tulis kisah iPhone 5 Gadget Impian – OnLajerMy Profile

    1. tehramuan says:

      kelekatu yang besar2 tu
      kucing2 aku pun makan juga

  2. padin says:

    hehee sama la nyamuk, walaupun kehadirannya kita tak senang
    tapi bagi rezeki pada pembuat kelambu, pembuat ubat nyamuk… :D

    1. tehramuan says:

      yups, memang begitu perjalanan kehidupan dalam alam ini
      ada rezeki masing2

  3. ohcikgu says:

    modal memang besar. tapi bila untung..pun besar jugak. hehe..

    ramai kengkawan wat bisines nih..
    ohcikgu baru je tulis kisah Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia.My Profile

    1. tehramuan says:

      memang urusan orang yang dah memang kaya ni
      yang kaya bertambah lagi kaya

      1. Ladfe Amir says:

        kalau ada kertas kerja yang baik. bank tentu tidak tolak jika kita buat pinjaman modal utk projek burung walit ni
        Ladfe Amir baru je tulis kisah Bukannya Fizo Omar (Episod 1)My Profile

  4. Jamal Ali says:

    Tapi kadang-kadang industri burung walit ini bila jatuh ke tangan orang yang mahu untung sahaja huru-hara juga.

    Tempat yang tidak sepatutnya dibedal begitu sahaja.
    Jamal Ali baru je tulis kisah UkhuwahMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu
      memang bising
      aku juga sering rasa tak selesa

      sepatutnya tak dibuat kat dalam bandar

  5. papa mifz says:

    kat Ijok pun ada kawasan bela burung walit di dalam bangunan…modal permulaan mmg menjadi penghalang…huhu
    papa mifz baru je tulis kisah Eiffel Tower Tunggu Aku DatangMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku ni sebenarnya tak pernah tanya kat mana2
      tak ada kemudahan pinjaman ke?

      1. Ladfe Amir says:

        mesti ada bank yang beri pinjaman. kalau bergantung pada simpanan utk modal. tiada siapa pun yang mampu rasanya
        Ladfe Amir baru je tulis kisah Bukannya Fizo Omar (Episod 1)My Profile

  6. Tak sangka lah kalkatu tu rupanya makanan burung layang2. Makanan layang-layang apa lak bro? :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Indonesian Delight : Nasi Ayam PenyetMy Profile

    1. tehramuan says:

      yang kawe tahu, budak2 yang main layang2 suka makan aiskrim :D

  7. tehramuan says:

    kawasan ini memang banyak serangga

  8. Abdur says:

    Semut dan serangga ialah makhluk kecil,namun disebalik bentuknya yang kecil ada kekuatan besar yang menciptanya
    Abdur baru je tulis kisah Tarikh Update Untuk Pagerank 2012My Profile

  9. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    ermm..kelkatu kalau masuk rumah,jenuh la nak
    halau..tapi dah kejadian alam, rezeki yang lain
    pulak ye..?berkenduri mereka makan..huhu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Minum Kopi Mampu Mengurangkan Risiko Kanser Mulut Dan UsusMy Profile

  10. Ladfe Amir says:

    kelekatu bila hilang sayap akan jadi anai2.

    ada sumber sains yg bagitau, anai2 ada banyak sumber protein. jika dalam keadaan iktihar hidup..makan anai2 mungkin boleh menyelamatkan nyawa
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Bukannya Fizo Omar (Episod 1)My Profile

  11. wazy says:

    dah lama tak tengok kelekatu ,biasanya lepas hujan lebat banyak jugak jumpa,tapi sejak-sejak ni tak ada dah
    wazy baru je tulis kisah 4 Tips Untuk Membantu Meningkatkan Senarai Peminat Laman Facebook AndaMy Profile

  12. cik tom says:

    xtau plk yg burung layang2 makan kelkatu…jakun plk..hehe
    cik tom baru je tulis kisah RM100 Give Away dari Eyriqazz.ComMy Profile

  13. donnyien says:

    di kawasan sawah padi kami terdapat ladang penternakan burung walit. sesuai sekali kerana berhampiran dengan kawasan yang banyak terdapat makanan burung tersebut.
    donnyien baru je tulis kisah Aku harus pergi sebelum kamu, ibukuMy Profile

  14. Naziman says:

    Tak tahu pula apa tu burung kelekatu. Kat video pun tak nampak. Tapi bila bro donnyien kata banyak kat sawah padi, saya rasa saya tahu kot sebab dekar perlis kalau datang musim tu, memang tak senang duduk dengan nama binatang tanpa di ketahui.
    Naziman baru je tulis kisah Kenapa kita perlu Belajar Perkara Teknikal?My Profile

  15. akubiomed says:

    Rezeki si layang-layang. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Mesin basuh rosak cari One ada jalan penyelesaianMy Profile

    1. hasrulhassan says:

      Dan rezeki juga buat mereka yang ada rumah burung layang-layang … heheheh….. masyukkk ….
      hasrulhassan baru je tulis kisah Rahsia Blogger Terkenal Menang Kontes SEO TerbongkarMy Profile

  16. sape ada kebun, boleh add on rumah burung.

    kalau saje2 nak buat belum tentu untung…

    pendapat je… hehe

  17. hasrulhassan says:

    As-Salam. Memang segala sesuatu itu ada hikmah di sebaliknya. Acapkali kita sering lupa bahawa segalanya telah diatur, yang sering kita buat terutama saya ialah sumpah seranah yang tidak bertempat, yang kemudian diakhiri penyesalan bahawa apa dibuat itu satu dosa kecil yang mungkin dihimpun boleh segedabak timbangannya.
    hasrulhassan baru je tulis kisah Senarai Blog Malaysia Pagerank 3My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun