Lawak Janganlah Sampai…

Bersarapan di kantin setiap pagi sering juga memberi idea kepada saya bagaimana mahu menarik perhatian pelajar di dalam kelas nanti. Walau pun saya memang kurang bercakap ketika makan, tetapi perbualan rakan-rakan yang lain masih saya ikuti. Kadang-kadang riuh juga kantin dengan gelak ketawa hasil dari lawak jenaka mereka.

lawakbanyak kisah bermacam lawak
buat pendengar tergelak-gelak
kisah dewasa atau anak-anak
janganlah sampai kain diselak

berlawak membuat orang ketawa
hati yang sedih bertukar gembira
hilangkan segala duka dan lara
janganlah sampai timbul sengketa

jenaka juga cabangnya seni
cerita dongeng kejadian terkini
jadikan pedoman sempadan diri
janganlah sampai orang membenci

junjungan juga bergurau senda
menghadir gelisah di hati si tua
syurga hanya untuk yang muda
sedang allah yang maha kuasa

buang jenaka bercakap bohong
kelak orang tak mahu menolong
usahlah jenaka terpekik terlolong
bunyinya seperti tin yang kosong

Pernah mendengar adanya adab bergurau senda? Berjenaka perlu ada tata susila dan aturan yang perlu dipatuhi, bukan lawak bodoh atau jenaka bodoh. Bukan juga lawak lucah atau jenaka lucah. Apa lagi lawak bohong atau lawak sindiran yang boleh memalukan orang lain. Jangan pula jenaka yang bertujuan untuk berhibur itu mencetuskan api sengketa dan benci membenci antara kita.

TehrDemikian kisah 'Lawak Janganlah Sampai…' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. yas says:

    Nak berlawak mmg kene ada batasan gak…pas tu kene tengok kwn tu jenis camne…kalau yg sensitip jgn dok lawak lebih2 laa…kang x pasai2 ada lak yg bergomo…hehehe
    yas baru je tulis kisah Perdamaian Fatah dan HamasMy Profile

    1. tehr says:

      asal citer lawak dah bertukar jadi citer perang
      kacau bilau pulak jadinya :D

    2. benjy says:

      Setuju tu … kita tak boleh buat lawak sama jee … tingoklah dengan siapa kita berlawak ..
      benjy baru je tulis kisah CERITA BENAR YANG RAMAI TAK TAHUMy Profile

    3. bukan mudah nak faham orang lain kan..
      kadang-kadang kawan setahun pun masih tak boleh faham memahami..
      naimulfirdaus baru je tulis kisah tips menjadi blogger berjayaMy Profile

    4. betul tu, boleh dilihat bagaimana Nabi Muhammad s.a.w melayan sahabat itu mengikut sikapnya, serius dengan sahabat serius, dan mesra dgn sahabat yg mesra
      tengkorak emas baru je tulis kisah Hujan Ilmu- Tanah ManusiaMy Profile

  2. padin says:

    berjenaka ni memang bagus sekadar hiburan
    tapi memang kena ada hadnya juga..

    takut nanti berlebih2 pulak :D

    1. tehr says:

      memang bayaha kalau berlebih2
      aku pernah tengok member merah telinga :D

  3. Gayahspears says:

    Gayah suke melawak tp tgk la tempat dan waktunyer…
    kadang2 gurauan boleh membawa kepada pergaduhan.. jadi berhati2 lah dari segala aspek :)

    1. tehr says:

      ingat nak cari kawan
      tup2… bertukar dapat musuh
      kan?

  4. Gayahspears says:

    Sekarang aktif di sini.. harap maklum :) hihi
    Gayahspears baru je tulis kisah Cik Sampah kembaliMy Profile

    1. padin says:

      wah baguslah Gayah dah aktif semula,

    2. tehr says:

      dah jenguk jap tadi
      awal cik gayah tidooooo?
      haha

    3. benjy says:

      Gaya..gaya..gaya…! (meniru zizan dalam filem gayanya dulu) Aktifkan diri anda dengan mendail ….
      benjy baru je tulis kisah CERITA BENAR YANG RAMAI TAK TAHUMy Profile

  5. belalang says:

    betul tu tehr…
    bergurau berpada-pada…
    belalang baru je tulis kisah Harga Gula Naik 20 Sen Esok 10 Mei 2011My Profile

    1. tehr says:

      kita dituntut untu bersederhana
      dalam segala hal

  6. kakyon says:

    bergurau biar sopan..jangan sampai menjatuhkan air muka kawan..

    1. tehr says:

      ada masa nanti air muka kita pulak yang jatuh
      nak kena beringat tu

  7. izan ishak says:

    ada org suka bergurau tanpa hiraukan perasaan org lain.
    kecik hati, sakit hati…sampai putus saudara pun ada ..

    bergurau biar berpada…
    izan ishak baru je tulis kisah Diariummi GiveawayMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      kadang mood mereka tak sama dengan hari semalam
      memang kena tengok keadaan

  8. ghost writer says:

    ada yang tahu berlawak dengan orang tapi bila orang melawak dengan dia jadi panas…yang nih lagi teruk.
    ghost writer baru je tulis kisah pengarang telah matiMy Profile

    1. benjy says:

      Roang cam ni kira specis apa ni Ghost ? … mungkinkah dia ni specis yang terancam di dunia dan memerlukan perlindungan WWF … tak sedar diri specis jenis cam ni … terkena batang hidung sendiri marah pula ..
      benjy baru je tulis kisah CERITA BENAR YANG RAMAI TAK TAHUMy Profile

    2. tehr says:

      betul tu, ghost
      memang ada orang macam ni
      tak patut betul

  9. benjy says:

    Bagi b3njy kalau nak berlawak kena pandai … lawak ngan orang tua cam mana … lawak ngan sesama usia cam mana … lawak ngan kanak2 cam mana … lawan dengan org panas baran cam mana … lawak ngan awek yang cun, gebu dan seksi cam mana … lawak ngan PM cam mana … lawak ngan spideman dan X-man cammana … kena study lu nak buat lawak cam mana … kalau boleh buat paper work sikit … hahaha

    lawak ngan b3njy cam mana yerr ? … benjy tak kisah janji lawak … hehehe
    benjy baru je tulis kisah CERITA BENAR YANG RAMAI TAK TAHUMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      memang pun kena buat paper work
      tak la orang kata macam2 nanti

  10. MDHAFiZ.NET says:

    apa lah artinya sebuah kehidupan di dunia ini tanpa senda dan tawa :)

    1. Ismail N says:

      he he.. bab ni setuju ehhh…
      plus jgn lupa: laughter is the best medicine
      Ismail N baru je tulis kisah Bakal Juara Badminton DuniaMy Profile

    2. tehr says:

      yups
      perlu ada warna2 yang sesuai
      baru le ceria :D

  11. sukar untuk mencari manusia yang saling memahami..
    selalunya niat lain jadinya lain..
    naimulfirdaus baru je tulis kisah siapa mahu saya followMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tak kena tempat dan masa
      memang lain jadinya, bro
      akan jadi bahaya

  12. akubiomed says:

    Berlawak boleh tapi perlu ad batasnya. Kalau gelak berlebihan nanti hati keras pula
    akubiomed baru je tulis kisah Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibuMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      ketawa yang berdekah-dekah memang tak bagus
      biar berpada je

  13. mie says:

    tidak semuanya lawak itu akan terhibur..
    jadi berpada2 lah..
    ehheee
    mie baru je tulis kisah Gambar Suasana Keganasan USA Terhadap Osama Bin LadenMy Profile

    1. tehr says:

      lawak bodoh akan menampakkan diri sendiri yang bodoh
      tak siapa pun nak ketawa

      1. mie says:

        itu la, pandangan orang lain juga penting..
        eheheheeee

  14. rasanya setiap orang ada sense of humour, tak perlu terdesak sangat nak buat lawak, tak perlu terikut sangat dgn budaya melawak di sana sini..

    jika mahu disukai ramai, budi pekerti yg tinggi lebih penting, soal sense of humour tu akan datang secara spontan dalam komunikasi sopan dgn org lain
    tengkorak emas baru je tulis kisah Hujan Ilmu- Tanah ManusiaMy Profile

    1. tehr says:

      aku setuju, yas
      memang akan datang secara spontan
      tak perlu nak paksa2

  15. Ismail N says:

    kawe tak pandai buat lawak.. tapi bila bercakap ada gak yg ketawa.. he he.. nape lak tu?
    Ismail N baru je tulis kisah Bakal Juara Badminton DuniaMy Profile

    1. tehr says:

      tu kira lawak ori dah tu, bro
      memang tak perlu dibuat2

  16. bEe says:

    Berlawak ni sbnrnya, bkn sbb lawak @ org yg buat lawak tu yg salah bila tak kena pd tmptnye. Org yg menerima lawak tu pun kenalah “terima seadanya” jika itu adalah gurauan…… Ni terus muka masam taknak kawan… mak aih mcm budak2…
    bEe baru je tulis kisah Dia tidak menangis…My Profile

    1. tehr says:

      haha
      ada juga ke yang terus je tak nak kawan?
      ragam manusia ni memang berbeza, bee

  17. maza says:

    alamak… nukilan kali ini sungguh tajam sekali.. hehhe

    terima kasih di atas peringatan itew.. huhuhu

    Asamkan karat si pisau belati
    Buang bisa limau kasturi
    Gurau senda penghibur hati
    secuit rasa janganlah merana diri
    maza baru je tulis kisah Ummu Fatt- Hari IbuMy Profile

    1. tehr says:

      buang bisa limau kasturi
      buat pendekar pergi bertapa
      secuit rasa merana sendiri
      sampai ke mati tidak dilupa

  18. zulkbo says:

    salam..
    setuju dengan anda..
    melawak pun ada batasanya
    jangan sampai memalukan
    orang lain pula..niat baik nak
    bergurau, di masa yang lain
    orang berasa hati..
    zulkbo baru je tulis kisah Alternatif Kepada GulaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      ya la, zul
      hati kawan2 nak dijaga juga
      jangan ikut sedap hati kita je

  19. hafizmd says:

    tengah sawah padinya masak
    ikan keli enak rasanya
    lawak bukan sebarang lawak
    salah perli mulut bahana
    hafizmd baru je tulis kisah Milik siapa 1 dollar niMy Profile

    1. tehr says:

      ikan keli enak rasanya
      simpankan juga untuk adik
      salah perli mulut bahana
      badan pula mendapat sakit

  20. Cik Siti says:

    Nak buat lawak kalau kena tempat dan masa tak de kisah… jangan pulak orang tengah sedih buat lawak memang kena sembur punye… dan ada kala lawak kita yang keterlauan dan mengguriskan hati orang lain ada baik cepat minta maaf…
    Cik Siti baru je tulis kisah Lagu Peningkat Motivasi-Khas untuk IbuMy Profile

  21. dnoBiz says:

    Lawak lawak gak jangan time kenakan orang sedap je mulut tapi
    bila orang kenakan kita kaki masuk kemulut… :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Al-Fatihah – Pelakon Aimi Jarr Meninggal DuniaMy Profile

  22. Ladfe Amir says:

    berlawak dan serius perlu kena pada tempatnya. Tapi ada masanya, bila kita serius pun ianya masih lawak pada sesetgh orang, buat lawak mcm nak rak pun..ada juga yang masih belum ketawa..serius aje.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Live Blogging Makhluk HitamMy Profile

  23. Orang putih ni berlawak dalam Youtube nak dapat visitor jer ni. Malaysia pun dah terikut-ikut kan?
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Sorry for missingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun