Larangan Jual Nasi Lemak

nasi lemak buah bidarabuah bidara
daun selasih hamba lurutkan
tinggal emak tinggal saudara
kerana kasih hamba turutkan

Kerana kasihkan ilmu, pagi-pagi buta anak-anak dah ke sekolah [bukan kerana kekasih]. Ada di antara mereka, beg yang dipikul lebih besar dari badan sendiri. Sebahagiannya ada yang sempat bersarapan sementara sebahagian lagi meredah embun dengan perut yang masih kosong. Harapannya sempat makan di kantin nanti.

sesekali makan nasi lemaknasi lemak
orang keliling usah peduli
seringgit bukannya banyak
tidak cukup tambahlah lagi

hidangan lama nasi lemak
ada telur dan sambal bilis
ajaran syaitan usah tamak
perlu makan sampai habis

Pelik juga membaca pengumuman larangan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai penjualan nasi lemak di kantin sekolah, makanan turun-temurun masyarakat Melayu di Malaysia. Kalaulah hanya kerana ramai kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan, gemuk atau obesiti, saya fikir nasi lemak bukan puncanya. Berapa keratlah budak-budak yang ketagih nasi lemak berbanding dengan ketagih makanan ringan yang bermacam jenis di pasaran.

ramai pelajar sudah obesitipiramid makanan
berat badan sudah melebihi
turun padang dah berat kaki
hanyalah aktif menonton tv

mereka suka makanan ringan
ibu dan bapa tiada larangan
masak sendiri tak kesempatan
makanan segera jadi pilihan

Kesedaran ibu bapa atau penjaga amat perlu untuk memastikan anak-anak memilih makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kanak-kanak juga perlu digalakkan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan makanan bergula.

TehrDemikian kisah 'Larangan Jual Nasi Lemak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


93 Comments

  1. kaizen says:

    bukan sahaja nasik lemak bro… semua makanan yang tak berkhasiat diBAN kat kantin… termasuklah minuman berkarbonat, makanan2 ringan, kopok2… dsb
    kaizen baru je tulis kisah eNTRY BeRBaLaS ARCX13 PaKCiK TeKSi GaTaL TeRMiNaL GoMBaKMy Profile

    1. tehr says:

      makanan ringan dan minuman berkarbonat tu memang patut pun diharamkan
      aku memang setuju
      cuma kalau tak benarkan jual nasi lemak
      aku rasa pelik semacam je, bro

      1. Macam ada unsur perkauman pun adakan.Kan nasi lemak tu makanan yang sinonim dengan orang melayu.itu anggapan saya lah.
        PakarBuahPinggang baru je tulis kisah Awas Perokok!Rokok Merosakkan Buah Pinggang AndaMy Profile

        1. tehr says:

          payah nak kata, bro
          aku sendiri memang tak percaya makan nasi lemak akan menyebabkan budak2 obesiti

        2. dnoBiz says:

          rasanya tak bermaksud begitu, mungkin secara kebetulan je, sebabkalau nak diikutkkan makanan segera tu lagi la kebanyakan hakmilik kaum lain… rasanya lah..
          dnoBiz baru je tulis kisah Tukar Sudah – BWF mewajibkan pemakaian skirt kepada pemain wanitaMy Profile

    2. Mus says:

      nak ban pun bukan senang.. pasti banyak impaknya nanti…
      Mus baru je tulis kisah Masjid Kampung Sekaan Matu SarawakMy Profile

  2. mie says:

    uihh!!
    teringat zaman tinggal kat hostel..
    bila malam2 warden datang jual nasi lemak…
    heheheeee
    mie baru je tulis kisah Adakah Ini Keretapi Baru KTMBMy Profile

    1. tehr says:

      murah dan mengenyangkan :D

    2. Mus says:

      memang betul tu bro.. kat hostel aku dulu ada masak mee juga selain nasi
      Mus baru je tulis kisah Gambar Makan Sedap – Udang MukahMy Profile

      1. mie says:

        kenangan lama…
        tapi nasi lemak memang xboleh dipisahkan..
        eheheee
        mie baru je tulis kisah Penginapan Percuma Di Hotel De ARTMy Profile

        1. tehramuan says:

          sampai sekarang pun aku masih suka nasi lemak
          hehe

  3. dyea says:

    sgt tak setuju ngan larangan tersebut…satu larangan yg dibuat tanpa pk panjang..elloooooooooo gaji korang pakai tax kitaorng tau…so klu jd menteri pk camtu aku pun ley jd menteri…betul kata Tn tea..fast food kat luo tu belambak…malah ada anak orng bandar tak reti mkn nasi..ari2 tau nak mkn nuget, kfc, mcd jeee..

    1. tehr says:

      yups
      patutnya kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna ambil langkah yang lebih berani
      kan?

  4. decrewz says:

    Aik, nasik lemak pun kena jugak ke? hu3. Lapas ni mesti nasik lemak tu diorg jual xde santan dah.. Nasi xde lemak.. :)
    decrewz baru je tulis kisah Saya Nak Jadi Bloglist Simanis-CadburladyMy Profile

    1. dnoBiz says:

      jadi nasik lemak low Fat ke jai hahaha
      dnoBiz baru je tulis kisah Parti Seksi – Pusat Hiburan Umpan Gadis seksi berseragam KolejMy Profile

    2. tehr says:

      macam tak best pulak nak sebut ‘nasi tak lemak’
      hehe

      1. decrewz says:

        Xpe.. At least kerajaan xblh sekat sebab xde dalam senarai larangan..hu3
        decrewz baru je tulis kisah Shortcut Rahsia Pada Mozila Firefox Yang Perlu Anda TahuMy Profile

        1. dnoBiz says:

          heheh macam lawyer lakkau jai hahahah :D
          dnoBiz baru je tulis kisah The Platters – Mungkin Korang Pernah dengar lagu niMy Profile

          1. decrewz says:

            Cita2ku menjadi lawyer, tapi yang mampu sekadar lawyer buruk..ha3
            decrewz baru je tulis kisah Shortcut Rahsia Pada Mozila Firefox Yang Perlu Anda TahuMy Profile

          2. tehr says:

            memang ada bakat bro jai ni :D

        2. tehr says:

          yups
          memang akan masih ada bekalan kat luar pagar sekolah :D

  5. adah says:

    itu lar…setuju kalau makanan ringan atau minuman berkarbonat di ban…tp kalau nasi lemak?? hurmmm…nasi lemak memang sedap…:)
    adah baru je tulis kisah Hujan lebat membuatkan akuMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      makanan ringan tu yang patut di ban

      1. Mus says:

        itu aku pun setuju!!
        Mus baru je tulis kisah Masjid Kampung Sekaan Matu SarawakMy Profile

  6. dnoBiz says:

    Ni la jadinya kalau maklumat diambil dari orang yang tak betul betul buat kerja, munkin lepasni dia boleh kaji semula perkerja bawahan dia,
    Ps : aku tak setuju dengan alasan yang diberikan tapi aku setuju kalau dia buat jadual pemakanan untuk sajian murid sekolah setiap hari
    dnoBiz baru je tulis kisah Ilmuan Islam – Al-Qasaladi tokoh matematik IslamMy Profile

    1. tehr says:

      kalau untuk pelajar yang dapat makanan percuma [rmts]
      memang ada menu yang wajib, bro
      setiap hari menunya berlainan

      1. dnoBiz says:

        yang tu memang dah berjadual, yang aku maksukan Tehr ialah menu yang dijual kat kantin tu biar ikut gizi yang betul dan cukup segala khasiat, dan dengan harga yang mampu dibeli olah semua golongan, mungkin nampak macam kem tahanan tapi lagi bagus untuk kesihatan dan kesaksamaan tiadalah jadi yang kaya makan sedap yang miskin makan ala kadar…
        pandangan je … heheh
        dnoBiz baru je tulis kisah Mengandung 4 Bulan – Raul- KrisDayanti boleh direjamMy Profile

        1. tehr says:

          pemantauan perlu lebih keraplah ya?
          hehehe

  7. Cik Siti says:

    ada baiknya cadangan tu… tak semestinya diharamkan dikantin terus tak boleh makan kan? balik rumah boleh makan sepuas-puasnya.

    kanak-kanak dulu dan sekarang berbeza. dulu anak-anak kita sentiasa ada aktiviti utk keluarkan peluh. anak-anak zaman kita lebih banyak bermain game atau menonton TV tanpa keluarkan peluh….

    kena beringat sebelum kena
    mencegah lebih baik dari merawat
    Cik Siti baru je tulis kisah Apa yang bestnya kerja kilangMy Profile

    1. tehr says:

      memang bagus kalau beringat sebelum kena
      tapi saya masih was2
      adakah hidangan nasi lemah itu begitu bahaya sehingga boleh menyebabkan obesiti?

      1. Cik Siti says:

        bersantan tu En TEHR… kalau makan hari-hari tak elok juga walau bagaimana pun saya penggemar nasi lemak juga… he..he..he… kantoi!
        Cik Siti baru je tulis kisah Apa yang bestnya kerja kilangMy Profile

        1. tehr says:

          saya fikir makanan bersantan lebih baik dari makanan bergoreng [mi goreng]
          [mungkin saya silap]

  8. padin says:

    aku pun hairan kenapa ada larangan menjual nasi lemak
    kalau nak kata kesan obesiti berpunca dari nasi lemak
    patutnya dari dulu lagi orang dah bermasalah..

    sekarang ni yang dah wujud aneka makanan..
    bukan nasi lemak tu yg patut jadi isu..

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      aku fikir, bukan makanan di sekolah yang menyebabkan budak2 obesiti
      mereka hanya ada masa 10 minit je untuk makan di sekolah waktu rehat
      [nak beratur memang ambil masa]

      1. padin says:

        betul tu, sebetulnya makanan yang di ambil sepanjang hari
        dan kebanyakan masa mereka berada di rumah, pelik2

        1. tehramuan says:

          makan sambil mengadap tv
          memang buruk akibatnya

  9. bEe says:

    Alamak, isu ni mmg hit skang tau! bEe pelik sesangat… Napelah isu obesiti perlu dipanjangkan sedangkan byk lagi isu mengenai gejala kurang sihat yg perlu dibanteras. Ketandusan isu betul kat Mesia ni…. huhuhuu

    1. tehr says:

      isu2 yang seakan kertas tisu :D

      1. bEe says:

        Tisu yg mudah dicarik, dikoyak & dibuang merata-rata! Sudahnya bila dah terkumpul byk merosakkan bumi…. Angkara manusia & bila jd isu manusia taknak bert/jwb… Huh!!!!! GERAM……………

  10. kakyon says:

    tak patut betul..nasik lemak pulak yg jadi masaalah.takde isu lain ke nak main. nak cover cerita lain laa tu..:(
    kakyon baru je tulis kisah selamat mengundiMy Profile

    1. tehr says:

      cover cerita lain?
      cerita apa tu, kakyon? :D

  11. benjy says:

    Alamak ! … makanan kegemaran b3njy dah kena haran di sekolah … ni yang nak marah ni … jangan sampai “..kitee bakoo jee..” keluar kat muka depan Harian Metro … Grrgggg (hahahaha … saja je nak tunjuk marah kononnya …hahahaha)
    Kekadang kajian Kementerian kesihatan ada silapnya juga … mee goreng, ayam goreng dan macam2 lagi di jual disekolah juga tinggi kalori dan kolestrolnya ….
    Harap2 arahan itu hanya cobaan kerana ia berpotensi membawa kepada banyak implikasi dan tangapan tak baik pada kerajaan kelak.

    (saya mengharamkan kasut putih dipakai disekolah,… kasut mesti sekurang-kurangnya 3 warna … hahahaha <— arahan kementerian blogger)
    benjy baru je tulis kisah MY CLICK-CLICK CONTEST – INFOMy Profile

    1. tehr says:

      raya sakan la budak2 tu dengan kasut warna warni
      haha

  12. ghost writer says:

    demi menjaga kadar kolesterol di kalangan pelajar lah kononnya yang sangat membimbangkan dengan peningkatan obes.

    harap ia tidak menjadi isu…kerna sebagai rakyat malaysia,nasi lemak itu terlalu sukar dipisahkan dari tekak melayu…
    ghost writer baru je tulis kisah peralihan kuasaMy Profile

    1. tehr says:

      harap tak akan jadi isu besar
      kerana banyak lagi hal yang perlu difikirkan

  13. titan says:

    bagi aku, kalau nak salahkan isu obes atau kegemukan ni, first memang salah budak-budak atau orang yang gemuk tu. Tapi yang 2nd, adalah ibubapa. Kekadang, ibubapa biarkan aje anak-anak makan tanpa had. Selagi boleh sumbat, sumbatttt aje..

    Kat sekolah ni la boleh jumpa nasi lemak yang sedap-sedap. teringat semua sekolah yang aku pergi, nasi lemak yang jual kat kantin, memang sedap-sedap belaka. Diorang dapat tender kat sekolah tu sebab nasi lemak aje. Janji sedap, mesti dapat tender. So, sekolah aku tu, kalau pergi tender, ada sesi merasa nasi lemak. Diorang panggil budak-budak dan cikgu sekolah, rasa. Siap percuma lagi tu..

    Entahlah..aku kalau gi sekolah mak aku pagi-pagi, mesti aku sebat satu pinggan nasi lemak punya..
    titan baru je tulis kisah 5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa KembaliMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, titan
      obesiti ni bagi aku memang berpunca dari rumah

  14. terkejut juga baca berita tuh tp itu bukan nye cara yg elok..nk ckp xleh mkn nasik lemak kat skola,die balik skolah singgah mekdi plak..sama jugak gemoknye kalo dah makan makanan berkolesterol..patutnya galakkan budak2 bersukan la..makan la ape skalipon kalo aktif,xdenye gemok:D

    1. tehr says:

      singgah mekdi lagi bahaya dan mahal
      [bahaya kepada poket mak ayah juga]
      hehe

  15. sud@is says:

    sepatutunya disekat penjualan junkfood kepada kanak2
    bukannya nasi lemak yang sudah sinonim dengan makanan pagi
    sud@is baru je tulis kisah Ayahnya tidak solatMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, sud@is
      junkfood memang perlu disekat

  16. LadyBird says:

    pelik je bunyi arahan mcm tu ..
    LadyBird baru je tulis kisah Jom Kita Pakat Jaga Kecantikan -DMy Profile

    1. tehr says:

      pelik dan hairan juga

  17. Wan Perlis says:

    ada pro dan kontra nya kaedah ni

    1. suri says:

      kasihan org yang sllu htr nasi lemak kat kantin minta pihak kantin jualkan apda mereka hooo…

  18. Ismail N says:

    Nasi Lemak Buah Bidara
    Daun Selasih Hamba Lurutkan
    Bengang Mak Sampai Tak Terkata
    Makanan Favourite Kementerian Tak Luluskan

    isk isk isk….
    Ismail N baru je tulis kisah Mendidik Anak Cara “Tiger Moms” Amy ChuaMy Profile

    1. tehr says:

      dah la tiap pagi mak masak nasi lemak
      [sambil buat jualan] :D

  19. yas says:

    Hmmm…cam dh x de cara lain la derang nih…x bape nk jelas la plak…
    *gamoknye org dulu2 tu semernye obesiti kott….hehehe
    yas baru je tulis kisah Demam la plakMy Profile

    1. tehr says:

      aku masih tak faham kenapa nasi lemak
      bahaya sangat ke, bro?

  20. Ceqla says:

    http://www.penanti.com/hosting-domain-pilihan-anda/

    cikedis² tu pun BAN la…kesian budak nanti kempunan lak nak blaja pun tak dapat….

    1. tehr says:

      itu la yang sepatutnya, ceqla

  21. adele says:

    sian pula kt nasi lemak ye..makan sekali sekala xdenya mnyebabkan kegemukan..zaman skrg ibubapa lbih memanjakan anak dgn mengikut anak2 tersebut nak mkn mknn segera.tu lah puncanya..
    adele baru je tulis kisah Teka Teki- Nampak Tak Kucing TuMy Profile

    1. tehr says:

      setuju3x
      saya fikir makanan lain yang menyebabkan obesiti
      bukan nasi lemak

  22. suri says:

    nasi lemak sedap berbanding nasi bsa hee…

    1. tehr says:

      berapa kali suri makan nasi lemak dalam seminggu?
      takde obesiti kan?
      hehe

  23. suri says:

    budak gemuk bukan pasal nasi lemak kekdang tgo gak pada family tu sndri yg sllu bgi anak makan macam2 huu..

    1. tehr says:

      tu la pasal, suri

  24. toyol says:

    ntah la mana logiknya dakwaan itu..
    nasi lemak buat obesiti? apa bezanya mi atau nasi2 lain?

    budak skrg x aktif.. x main2 mcm kita dulu2..
    asyik ngadap komputer je..
    sikit sngt yg aktif bsukan kt skola..
    tu sbb berat btambah, tngok tv mkn cakedis, mlm2 mkn kfc, mcD, pizza.. minum air bergas..

    hehe..
    toyol baru je tulis kisah MABUKMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya mi lagi bahaya, kan?

  25. akubiomed says:

    Heran sungguh tindakan Kementerian kerana dari saya zaman sekolah memang ada dijual Nasi Lemak tapi Nasi Lemak yang dijual bukanlah besar mana pun hingga boleh menyebabkan anak-anak obesiti.

    Satu usaha yang baik Kementerian ambil berat BMI anak-anak cuma arahan halangan tidak disertai perancangan seolah-olah cuba meraih populariti. Kalau macam itu biarlah waktu rehat ahli parlimen hanya dibekalkan sekeping kuih yang dikerat separuh dan air suam sahaja dapat jimat duit rakyat.

    1. tehr says:

      setuju!
      lagi pun nampak macam ahli parlimen dah ramai yang obesiti :D

  26. Norgadis says:

    Makanan ringan dan minuman berkarbonat memang patut pun dihentikan penjualannya di kantin sekolah tapi kalau nasi lemak tu bagai saya memang tak wajar.
    Norgadis baru je tulis kisah CONTEST PENULIS SENJA TERAKHIRMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, nor
      kantin sekolah saya memang tak jual minuman berkarbonat dan makanan ringan

  27. zulkbo says:

    salam..
    pulak dah..?
    rasanya didikan yang penting
    bukan pengharaman terus…nasi
    lemak pun boleh di buat kurang lemak
    gunakan susu pengganti santan..

    ***kesian nasi lemak
    tak pasal2 di persalahkan
    :(
    zulkbo baru je tulis kisah Sila Sahin – Bila Berbogel Di Anggap Satu Seni GambarMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      yang pasti, namanya takkan ditukar kepada nasi kurang lemak
      hehe

  28. Mus says:

    bagi aku.. duit poket anak ke sekolah tu kena budget betul-betul.. jangan terlebih bagi..
    Mus baru je tulis kisah Industri Membuat Sesar Unjur Di Pulau Bruit- DaroMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku setuju
      bila lebih, ada la yang dibazirkan nanti

  29. bangun pagi dengan harapan
    hari dimulakan dengan ceria
    pagi-pagi perlu sarapan
    nasi lemak pembuka selera

    dengan ini TE sebagai wakil peminat sambal bilis dalam nasi lemak adalah membantah larangan tersebut..

    jangan salahkan nasi lemak kerana obesiti, kerana kami tidak pernah menyalahkan makanan lain..

    p/s:dorang tau tak budak2 suka simpan duit beli jajan kat luar pagar sekolah…
    tengkorak emas baru je tulis kisah Promo- Contest Garden of EdenMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, TE
      mereka beli makan kat luar pagar waktu pulang
      langsung tak menyihatkan

  30. fina fento says:

    mak bapak sekarang pun macam dah tak kisah bila anak – anak makan junkfood depan diorang. dulu waktu kecik2, nak makan megi pun kena sembunyi2. takut mak marah..

    nasik lemak pulak yang disalahkan. patutnya kena kaji dulu semua aspek..

    sabo je la.
    fina fento baru je tulis kisah Terapkan amalan membaca di kalangan ahli keluarga Keluarga saya suka membaca……My Profile

    1. tehr says:

      sabo… sabo…
      yang penting kawal makanan anak2

  31. loan calculator says:

    patutnya kena kaji dulu semua aspek..Kalau macam itu biarlah waktu rehat ahli parlimen hanya dibekalkan sekeping kuih yang dikerat separuh dan air suam sahaja dapat jimat duit rakyat.

    1. Ceqla says:

      setuju! :)
      biar mreka rsa lak, dah lma sgt ddk d atas…
      Ceqla baru je tulis kisah Fakta HujanMy Profile

  32. ink109 says:

    dengan ini TE sebagai wakil peminat sambal bilis dalam nasi lemak adalah membantah larangan tersebut..

    1. tehr says:

      kita bantah!
      kita bako je! :D

  33. fariz says:

    Spttnya bukan nasi lemak saja yg perlu diban, teh tarik dan roti canai tu pon sama juga puncanya kepada obesiti tak gitu? cuba lihat di kafe2, ramai pegawai2 dan kakitangan suka menjamah makanan ni, bukan saja di sekolah , kalau nak kira sangat kat sekolah tu banyak mana sangat.. lagipun di peringkat kanak-kanak metabolisma diaorang lain… kalau kita tingkatkan lagi aktiviti jasmani dan sukan tak ada masalahnya, pon gitu tengok jugak jenis2 pekerjaan dan gaya hidup korang.. kalo dah ngadap tv je kerjanya mmglah patot kalo keje kontraktor ke takpela jugak…

    apa2pon diet bukan takat makanan saja. kalau kadar pengambilan sikit pun rasanya x mndatangkan masalah sgt yg penting boleh kontrol.

    1. tehramuan says:

      senang cerita
      bukan kerana hanya nasi lemak

  34. [...] sekarang serba mewah. Ke sekolah berkereta. Baru Darjah 1 dah guna iPhone. Makan nasi lemak tiap-tiap hari. Memang seronok begitu. Budaya membawa bekal makanan dari rumah, berbasikal ke [...]

  35. Mama sayang says:

    Nasi lemak tu favourite seorg kwn baik saya sejak dia kecik lg.sekrg umur kami dah sama2 32.apa yg saya nmpk bdn dia x prnah gmok pun tp mantain ja.jd kesimpulanya buknlh nasi lemak punca knk2 jd obes p tabiat pemknan yg x sihat cara hidup yg x aktif.

    1. tehramuan says:

      cara hidup sihat :D

  36. Yas says:

    kengkawan aku yg berniaga skg ni semuanya pening kepala…stat DRB masuk ni memacam lak mende yg dibuatnya….aku pong pening gakk…kekeke
    Yas baru je tulis kisah GAMBAR LELAKI DIREMPUH KERETA DIHIGHWAYMy Profile

    1. tehramuan says:

      sekali air bah, sekali pasir berubah
      hehe

  37. BUATBEST ? says:

    teringat lagi tahun lepas masa larangan nasi lemak nie diumumkan..

    sakit2 perut aku ketawa…mcm lawak pon ada..

    hehe~
    BUATBEST ? baru je tulis kisah 18sx Gadis Wanita Bogel Buat Tatu Di Lubang PunggungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun