Lama Tak Jumpa

Aku percaya bila jumpa kawan lama, seronok kita berganda-ganda. Hati berbunga-bunga bercampur dengan senyum mesra. Kemudian mulalah aktiviti serang-menyerang dengan soalan yang bermacam. Kadang tu, tak sempat dijawab, dah datang soalan baru. Memang riuh. :D

sesekali ada kawan bertandang
seronok pagi sampai ke petang
segala cerita mahulah dicanang
pelbagai kisah susah dan senang

sesekali jumpa sahabat lama
tersedar diri semakin dewasa
berlalu sudah zaman remaja
hilang sudah darah bergelora

sesekali kedut muka dipandang
bergelak ketawa tidak terhalang
tiada cukup keropok sedulang
bersilih ganti minuman dituang

sesekali berkumpul seperti ini
rasa gembira berbunga di hati
terpadam rindu hilanglah sunyi
hari nak siang tidaklah sedari

sesekali mengimbau kisah dahulu
terkadang sedih terkadang lucu
mungkinkah lagi sempat bertemu
sebelum dijemput Tuhan Yang Satu

Apa pula suasana kalau jumpa musuh lama. Atau jumpa kekasih lama [sama ada kita tinggalkan dia atau dia tinggalkan kita]. Agaknya boleh bercerita berseronok macam dulu-dulu juga? Kalau jumpa orang yang dah lama tak bayar hutang kita macam mana? Atau jumpa orang yang berikan kita hutang? Dah bertahun tu kita tak bayar hutang dia. :D

TehrDemikian kisah 'Lama Tak Jumpa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. Melatiqistyna says:

    Betul tu, kalau jmpa kwn lama, sejam x terasa… Heeee
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Kuah Rojak Mak Bee + Nasi Grg Black Pepper + PHDMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak ingat orang keliling :-)

  2. nurmisnan says:

    har3.. bab pasal kawan lama hutang kita tuh terasa mcm
    berat jer nak kuar kata2 “bila nak selesai bayar?”

    susah bila meminjamkan kpd mereka yg tidak sedar akan
    hal hutang itu.. ruginya manusia ini…
    nurmisnan baru je tulis kisah Mogadishu SomaliaMy Profile

    1. tehr says:

      memang berat nak cakap macam tu
      tapi kalau terpaksa juga… pejam mata je :-)

      1. Kadangkala orang yang berhutang tu buat macam kita pulak yang berhutang dengan dia. :(

        1. chii says:

          betul tu..chii da pernah alami sendiri..sedangkan dia yg berhutang..
          chii baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru Iqwan & SyazzanaMy Profile

  3. shraqs says:

    Kalau jumpa secara tak sengaja memang macam2 bleh jadi…
    shraqs baru je tulis kisah Kenapa Apple Mengekalkan Nama iPad ?My Profile

    1. tehr says:

      harapnya tak la terkeluar gelaran tak elok depan khalayak
      hehe

  4. shraqs says:

    BTW, dengan Mr Ther pun dah lama jugak menyepi tenggelam timbul kebelakangan ni :)
    shraqs baru je tulis kisah Kenapa Apple Mengekalkan Nama iPad ?My Profile

    1. tehr says:

      Dalam dua minggu lepas memangnsibuk, bro
      Harapnya masa cuti sekolah ni dapat la nak update tiap hari

  5. kimmie says:

    kalau jumpa sahabat lama,
    gembira rasa tidak terkata,
    masa berlalu dibiar saja,
    tak tahu bila akan bersua semula.
    kimmie baru je tulis kisah Santai: Pantun Orang KayaMy Profile

    1. tehr says:

      Sahabat lama bila berjumpa
      Bongkar kembali cerita gembira
      Kisah pedih usahlah ditanya
      Berdarah nanti luka yang lama

  6. Amirez says:

    jumpa kawan lama bersembang sampai tak ingat dunia :D
    ada kalanya suami pun kena diberi happy hour bersama rakan2 hehe
    Amirez baru je tulis kisah Ultrabook Toshiba Portege Z830 Notebook Paling Ringan Di DuniaMy Profile

    1. tehr says:

      Sokong sangat
      Suami perlu diberi peluang berjumpa sahabat lama
      … Isteri juga sama

  7. yas says:

    Kalau jumpa kawan2 lama memang syok laa….tp kalau jumpa musuh lama….errr rasanya payah gak nak berbaik semula kecuali seorang kena beralah……
    yas baru je tulis kisah VIDEO POLIS KEJAR KERETA HANTUMy Profile

    1. tehr says:

      Betul juga tu, yas
      Mungkin boleh bertegur sapa walau pun tak mesra

  8. azura says:

    dua tiga minggu lepas jumpa kawan baik sangat2 dah dekat 3 tahun lebih tak jumpa, dia salam siap cium tangan saya saya pun balas yang sama tindakan respon terbuka dekat tengah pasaraya memang berbezalah…rindu
    azura baru je tulis kisah Join CPM.bizMy Profile

    1. tehr says:

      Cium tangan sama2
      Harap tak berlaga sama kepala tu :-)

      1. azura says:

        lama tak jumpa kawan jelita
        dulu duduk di sebelah meja
        kini ku lihat dia dewasa
        sudah bergelar wanita bekerjaya
        azura baru je tulis kisah Keputusan SPM 2011 pada 22 Mac 2012My Profile

  9. Jamal Ali says:

    Saya masih muda remaja, dan bila sudah dewasa menjengah pertengahan nanti – saya tidak mahu lupa yang menjadi ingatan.
    Jamal Ali baru je tulis kisah ANTOLOGI UNTUK HATI – Seekor Biawak, Angin dan Saya.My Profile

    1. tehr says:

      Kenangan memang payah nak dilupakan
      Kenangan manis, kenangan pahit, sama je
      Semuanya boleh dijadikan panduan hidup

      1. Jamal Ali says:

        Betul kata tuan. Tak dapat dinafikan…
        Jamal Ali baru je tulis kisah ANTOLOGI UNTUK HATI – Seekor Biawak, Angin dan Saya.My Profile

  10. iza says:

    Assalam..
    Kalau jumpa kawan lama, mesti nak bercerita macam2 tapi kalau jumpa musuh lama, sekadar bertanya khabar je kot..
    iza baru je tulis kisah Projek 100 Blogger Bersama Bro FramestoneMy Profile

    1. tehr says:

      Yups, sekadar menegur dan bertanya khabar
      Kalau dapat saling bermaafan, lagi bagus, kan?
      Kalau dapat laa…

  11. titan says:

    masalah bila jumpa kawan lama. sembang tak ingat dunia dibuatnya nanti. haha..
    titan baru je tulis kisah Lelaki kacak percaya pada diri sendiriMy Profile

    1. tehr says:

      Tambah lagi kalau kawan lama tu juga seorang blogger
      Hehe

  12. akubiomed says:

    Kalau jumpa kawan lama tentu banyak perkara hendak diborakkan tetapi kalau bertembung kekasih lama mungkin luka hati kembali berdarah. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah 5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830My Profile

    1. tehr says:

      Tak dapat aku nak bayangkan, bro
      Boleh gak tanya dia dah ada berapa orang cahaya mata
      Mungkin…

    2. chii says:

      aiseyy…ni mesti ada pengalaman sedih ni..eheh
      chii baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru Iqwan & SyazzanaMy Profile

  13. most kawan2 yg kawe jumpa msh kekal kan bentuk muka dan body masing. Ada a few la yg lain sikit :D tapi semuanya lebih kureng jer. Mungkin kalu jumpa lagi 20 tahun bila dah kedut sama rambut tak der, baru leh payah nak kenal kot!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah How To ALMOST Make A Million DollarsMy Profile

  14. lama tak melawat blog cikgu..
    sesekali melawat .. syok membaca pantunnya…
    New blog Hairul baru je tulis kisah Si tanggang moden tinggalkan ibu lumpuh dihotelMy Profile

  15. kulanz says:

    Pernah juga jumpa kawan lama yg pernah btengar dan juga awek lama.. tapi syukurlah hubungan sebagai kawan tu menutup kisah lama
    kulanz baru je tulis kisah Ribut Solar: Ada lagi yang terkuatMy Profile

  16. budakserius says:

    Mmg best kalau jumpa kwn2 lma.
    budakserius baru je tulis kisah Hotel Dibina Daripada Ribuan Kad KunciMy Profile

  17. ghost writer says:

    lama gak lar aku tak berjumpa kawan-kawan lama ni. payah nak cari dowang sekarang. lau ada akaun facebook ok gak, nih hampeh takde.
    ghost writer baru je tulis kisah "the right of challenge"My Profile

  18. rahman says:

    jangan jumpa kekasih lama bro.. nanti cinta berputik kembali susah nanti haha :)
    rahman baru je tulis kisah Kesesakan jalan di Kuala Lumpur dan kesan banjir di Hulu LangatMy Profile

  19. amirulfaiz says:

    Bila kawan lama mengungkit kisah silam, yang mahu dilupa, serasa malu bertimpa-timpa. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Kalau mahu cari remis, duduklah tepi pantai.My Profile

  20. zulkbo says:

    salam
    memang seronok bila jumpa
    kawan lama..banyak kisah nak
    di bualkan..rasa tak cukup masa
    je..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Siti Nurhaliza Feat Sean Kingston – Remember YouMy Profile

  21. Ladfe Amir says:

    kalu jumpa rakan lelaki yg lama tak jumpa.. pasti bersalaman2 serta bertepuk bahu.

    tambah2 pula sejak berlaku pembubaran di tmp kerja. semuanya terpisah jauh. walaupun singkat pertemuan, byk cerita dpt dikongsi semula.

    jika bertemu dgn rakan lama wanita… senyum ajelah. lg2 kalu kita pernah syok padanya.

  22. eiela says:

    memang best jumpa kawan-kawan lama tapi kalau jumpa kekasih lama or musuh maybe sembang dah tak sehebat dulu.
    eiela baru je tulis kisah Buat Cupcake Memang BestMy Profile

  23. Khidhir says:

    tah. org tak bayar hutang sy, dia wat muka slumber je..
    Khidhir baru je tulis kisah Cara Menambah Kelajuan PCMy Profile

  24. Ad-Dien says:

    macam saya lah..lama tak jumpa blog tehr ni..hehe
    Ad-Dien baru je tulis kisah Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلاMy Profile

  25. chii says:

    mcm semlm chii jumpa kwn lama..tp kadangkala…bila da lama x bertanya khabar berita..terasa kekok pun ada
    chii baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru Iqwan & SyazzanaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun