Lain Di Mulut Lain Di Hati

Cakap tak ikhlas. Kata-kata yang keluar dari mulut tidak sama dengan kata hati. Manis kata di bibir saja, tapi hati lain bicara. :D Jom kita tengok pertuturan di bawah. [Ayat dalam kurungan adalah kata hati.]

“Gambar kelmarin tu kena bayar berapa, cikgu?”
[Kalau free lagi bagus.]

“Tak apa la, free je.”
[Belanja nasi seminggu pun molek juga.]

“Gambar tu nampak tak terang la, cikgu. Tak cantik.”
[Ni mesti tak reti ambil gambar ni.]

“Kamera lama macam tu la. Lain kali kita guna kamera baru.”
[Dah muka tak tak cantik.]

Pastinya banyak lagi ayat-ayat manis dan sejuk yang biasa kita dengar, mungkin juga lebih teruk berbanding dialog yang aku tuliskan di atas. Itu hanya sekadar rekaan sahaja, tak ada kaitan dengan sesiapa.

Di awal pagi sudah memekik,
Bila malam duduk menangis;
Usah jadi manusia munafik,
Hati kejam mulutnya manis.

TehrDemikian kisah 'Lain Di Mulut Lain Di Hati' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. Ally says:

    Kalau boleh janganlah ada suara-suara negatif samada kat mulut atau dalam hati kan. Kalau mulut tu manis biarlah hati pun manis jugak la yg paling sesuai.
    Kalau tercakap kat mulut atau dalam hati yang negatif tu cepat2 ingatkan diri sendiri. Jangan buat camtu lagi kan.
    Ally baru je tulis kisah 5 Blogger Kek TerbaikMy Profile

  2. hafizmd says:

    Kalau dulu2, mesti berpantun berperibahasa segala bagai..cukup berlapik =)
    hafizmd baru je tulis kisah Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi!My Profile

  3. Ummikami says:

    Assalamu’alaikum cikgu.. :)

    Sarang itik basah di paya,
    Menyudu selut mati terkapar;
    Orang munafik usah percaya,
    Madu di mulut hatinya tawar.
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Tunggu Sekejap…My Profile

  4. auc says:

    payah nak se iya sekata, mulut dgn hati ni :)
    auc baru je tulis kisah FAM Tidak Adil Pada Pasukan TempatanMy Profile

  5. HafizAmri says:

    berkata2 yg baik biarlah ikhlas dari hati… :)

  6. titan says:

    haha. itu semua normal maa..
    titan baru je tulis kisah 7 Tips Mengurangkan Peratusan Bounce Rate.My Profile

  7. Hairul Azni says:

    Memang realiti benda ni..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Mudahnya Kalau Berkawan Dengan Seorang DoktorMy Profile

  8. dja@sishaza says:

    Hehehe….. memang kelakar, tapi ada benarnya. Tahniah cikgu, sentiasa ada en3 yg mencuit hati
    dja@sishaza baru je tulis kisah ASAL USUL DAN KHASIAT TAUFUFAHMy Profile

  9. cik tom says:

    mmg best dan santai je..
    cik tom baru je tulis kisah Peluang Kerja Sambilan Dengan JomniagaMy Profile

  10. hahaha..betula la tu..hehe
    blackrosehunter baru je tulis kisah Lalat dan Penyakit- Rasulullah dan SaintisMy Profile

  11. onlajer says:

    ayat nak kasi sedap maaa hehe
    onlajer baru je tulis kisah MUAFIQ DAN MASBUKMy Profile

  12. Rina says:

    Jangan sampai kita jadi orang2 yang munafik, selalu beda antara kata dan hati..
    Rina baru je tulis kisah How To Create CSS Social Media Button With Tooltip and Hover EffectMy Profile

  13. Datin Tyka says:

    apa yang kita cakap tu doa.. jadi berhati la ketika berkata-kata
    Datin Tyka baru je tulis kisah Fikir Dulu Sebelum …My Profile

  14. BUNDA says:

    assalam,

    tepat lah mcm perumpamaan tu…lain dimulut lain dihati..

    apa yg dikata dimulut tak sama apa yg tersirat kan hati..
    BUNDA baru je tulis kisah Kudis Buta…ScabiesMy Profile

  15. mrhanafi says:

    agak sukar untuk mengawal hati….dan sifat manusia untuk ‘cover line’
    mrhanafi baru je tulis kisah Mesti Baca! Jika Sayangkan Jantung Anda (I)My Profile

  16. ibarat angkat tangan ke bahu la kan… mata pandang atas…

    puji tak ikhlas…

    haha!
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah mo-ment-o ; an object kept as reminderMy Profile

  17. ProfHariz says:

    Saya ikhlas. Ambil lah.

    Sama konsepnya.
    ProfHariz baru je tulis kisah Aku Usaha Aku Yakin Aku Berjaya !My Profile

  18. Hafizul says:

    Hehe..kadang2 ada jugak macam ni..biasalah kan..apa boleh buat…
    Hafizul baru je tulis kisah Kenapa Harus Sedih Bila MiskinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun