Lagu Pilu Orang Kahwin

Musim cuti sekolah adalah juga musim kenduri kahwin. Di mana-mana pun sama dalam Malaysia kita ni. Ada pasangan muda remaja, ada pasangan pakcik makcik dah berumur, ada yang kerja makan gaji dan ada yang bekerja sendiri. Ada yang kerja tetap dan tak kurang pula yang buat kerja sambilan.

orang lain nampak kacak
kita juga mahu berlagak
orang kerja engkau tidak
orang senang kamu yang sesak

orang kawin engkau kawin
orang jujur kamu main-main

orang lain bayar hutang
kita pula masih gali lubang
orang lain sudah terbang
tapi kamu baru nak berenang

orang kawin engkau kawin
orang ikhlas kamu main-main

orang lain penat lelah
kita pula buat tak endah
orang senang engkau susah
lepas kawin tumpang mak ayah

Kadang-kadang cerita orang hampir sama dengan cerita kita. Sebahagiannya pula sangat jauh berbeza. Nak buat macam mana, kan? Semua kejadian ini adalah untuk kita ambil panduan. Untuk mereka yang mahu berfikir.

Yang tak bekerja juga ada yang kahwin sedangkan yang dah bekerja, tak pula mahu kawin. Hairan.

TehrDemikian kisah 'Lagu Pilu Orang Kahwin' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. akubiomed says:

    Zaman sekarang hari berlangsung dibuat besar-besaran.
    akubiomed baru je tulis kisah Jom ke pelancaran Little Red Cube Puteri Harbour Johor.My Profile

    1. TehR says:

      jangan sampai berhutang
      majlis kahwin sekejap je
      perkahwinan tu sendiri ambil masa lama

  2. zool says:

    perenggan kedua tu agak menyucuk hati…..
    zool baru je tulis kisah Perlawanan akhir Piala FA 2013 di Stadium Nasional Bukit JalilMy Profile

    1. TehR says:

      ya la, bro
      kahwin bukan untuk seronok je, kan?

  3. suri says:

    mendalam setiap bait2 ini buat teman berfikir jauh2
    suri baru je tulis kisah Twistband Hair Tie SolidMy Profile

  4. papa mifz says:

    tak terkejar jika hendak memenuhi semua jemputan kahwin…huhu
    papa mifz baru je tulis kisah Inilah Pemenang Tempat Pertama Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

  5. hafizmd says:

    naik hairan juga…hehe

    kata mereka, belum sampai seru agaknya =)
    hafizmd baru je tulis kisah Oh! Cermin Mata:Kedai Cermin Mata Terkini BerkualitiMy Profile

  6. kakiblog says:

    kahwin itu satu ibadah…ada pahala dan tak kahwin pun boleh juga dapat pahala..
    kakiblog baru je tulis kisah Dari Tanah Arab Kembali Ke Tanah MelayuMy Profile

  7. dja@sishaza says:

    Budak2 zaman skrg, mak bapak sponsor..jgnkan majlis kahwin, majlis aqiqah nanti pun sama..apa2 pun, biar malas asal buat kerja haha
    dja@sishaza baru je tulis kisah 7 ALASAN MENGAPA SUAMI BERHUBUNG KEMBALI DENGAN BEKAS KEKASIHMy Profile

  8. Cik Siti says:

    Melihat gadis hati dah berkenan,
    Datang meminang di sempadan mantin,
    perkara kahwin bukan mainan,
    Mesti bersedia zahir dan batin
    Cik Siti baru je tulis kisah Puan CT Jenguk Cik CTMy Profile

  9. tips says:

    yang dah bekerja stabil tu mungkin ada masalah lain..
    ;)
    tips baru je tulis kisah Tips Atasi SihirMy Profile

  10. cik nasirah says:

    takut la nak tambah hutang…baik selesaikan
    hutang sedia ada dulu…

  11. eiela says:

    erm, soal nikah kahwin nih susah nak jawab. tak terjawab dah.
    eiela baru je tulis kisah 9s Jika Belum Berjaya – Dr. Azizan OsmanMy Profile

  12. auc says:

    dah dkt seminggu lebih x balik rumh lagi ni, ikut org kawin sana sini… blog pun terabai, ni pun main curi2 je…
    auc baru je tulis kisah Tempahan Ibadah Qurban dan Aqiqah 2013 Online dengan eQurbanMy Profile

  13. trend zaman skrg nie.. lepas kawen.. anak2 hantar kat mak ayah.. baru mak ayah nak berehat.. dah kena jaga anak lagi.. hu.hu.hu..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Cara Memulakan Perniagaan Bisnes MakananMy Profile

  14. Hafizul says:

    Emm buatkan jer sekdar yang termampu..dahulukan yang wajib pun dah cukup OK..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #54 – Yeahh I Know, Im Not Your ChoiceMy Profile

  15. Sop says:

    banyak nasihat bg nak berkahwin tu :)
    Sop baru je tulis kisah Sila undi penyertaan Sop untuk DiGi WWWOW AwardMy Profile

    1. suri says:

      yg dh kawin pun kena d beri nasihat juga sb slu dtgkan mlsh dalam rumahtangga pun ya juga

  16. ciklaili.com says:

    yang belum kerja selalu cepat jodoh agaknya.
    yang bekerja pula sibuk dengan kerja sampai lupa pasal kawin..hehe!
    ciklaili.com baru je tulis kisah Keputusan e-GTukar Sesi Jun 2013My Profile

  17. Lynn says:

    Banyak perkiraan untuk mendirikan rumah tangga ni, buat takat hantaran majlis malah lebih dari itu. Tanggungjawab ke dua belah pihak mampukah ditunaikan ?
    Lynn baru je tulis kisah Cerita cuti sekolah yang tidak habis – part 1My Profile

  18. BeritaKaki says:

    kawen bukan nya senang, tapi tanggungjawab yg digalas harus dipikul sebagai suami dan juga isteri .. salah didik isteri, suami tanggung .. salah isteri kepada suami, isteri tanggung
    BeritaKaki baru je tulis kisah Contest SEO Melayu Boleh 2013 – FAQMy Profile

  19. ProfHariz says:

    Hairan dengan hakikat kehidupan…
    ProfHariz baru je tulis kisah June 2013 target Blog HarizMy Profile

  20. suri says:

    mai gali2 lubang yer heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun