Lagu Kebangsaan

Lirik Lagu NegaraKu

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
Bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
Selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
Selamat bertakhta

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 53 maka lirik lagu ini diletakkan di sini. Selamat menyambut Hari Kebangsaan untuk semua.

Merdeka kita bukan bererti kita melupakan adat resam dan budaya.
Merdeka kita bukan bermakna kita bebas mengikut kehendak hati dan nafsu.
Merdeka kita bukan bermaksud kita bebas melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh negara dan agama.

Dalam kemeriahan menyambut perayaan Hari Kebangsaan pada kali ini, marilah kita sama-sama menghayati ideologi RUKUNEGARA yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
~ KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
~ KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
~ KELUHURAN PERLEMBAGAAN
~ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
~ KESOPANAN DAN KESUSILAAN

TehrDemikian kisah 'Lagu Kebangsaan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun