gosehat cahayacinta apacerita
tak kenal maka tak cinta
Cik Siti onlajer coretananuar

Lagu Dalam Pantun

s sudarmajiRangkap-rangkap pantun begitu banyak dijadikan sebagai lirik lagu sejak dahulu hingga sekarang. Dalam filem Gurindam Jiwa yang dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar, pantun-pantun yang diciptakan begitu indah dan menarik.

Lagu-lagu berentak joget pula menjadi satu kemestian untuk berpantun seperti lagu Joget Pahang yang dinyanyikan oleh P.Ramlee dalam filem Hang Tuah.

Andai kata serai berbunga,
Teratai layu di tasik madu;
Aku ada kerana kau ada,
Kasih sepi seorang perindu.

Puisi cinta mahligai syahdu,
Memori luka istana menanti;
Kawan tolong ingatkan aku,
Dia dah pergi tak kembali.

Malu bertanya sesat jalan,
Umpama mimpi dalam mimpi;
Memori luka kalau berpacaran,
Harapan kecewa lamunan terhenti.

Si gadis ayu berbaju jarang,
Si baju hijau berkain pelikat;
Apa mungkin kembang terhalang,
Kita serupa masihkah kau ingat.

Saya cuba menulis pantun-pantun di atas menggunakan tajuk-tajuk lagu beberapa orang penyanyi dengan membuat beberapa penambahan untuk menyedapkan ayat. Kalau tak berapa menjadi, harap maaf dan abaikan saja. :D

TehrDemikian kisah 'Lagu Dalam Pantun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



60 Comments

  1. decrewz says:

    Pergh.. Pandai bro susun setiap tajuk lagu menjadi pantun…he3
    decrewz baru je tulis kisah Tarikh Peperiksaan UPSR- PMR- SPM- STAM- STPM- MUET 2011My Profile

    1. tehr says:

      main2 dengan tajuk lagu
      pening gak kepala aku nak susun, jai :D

  2. yas says:

    Okeh la ni bro…bukan senang nak kumpul 16 tajuk lagu, pas tu buat pantun camni plak…mantap sehhhh.
    yas baru je tulis kisah Telor tiruan-Patin RM13-000- Loji Lynas dan soya air liurMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya ada 27 tajuk lagu tu, yas
      dalam 16 baris

      1. yas says:

        Hehehe…sori bro…salah perhitungan la plak…:)

  3. zik says:

    uiii , bukan senang nak buat lagu dan pantun combine sekali nih… cayalah bro tehr…
    zik baru je tulis kisah Kucing makan buah tembikaiMy Profile

    1. tehr says:

      aku dah tak tau nak tulis apa lagi tu :D

  4. benjy says:

    Bila bro nak keluar kopilari pantun2 terhebat tehr ? pasti pengemar pantun menyerbu blog ni. Mungkin kena upah bodyguard lepas ni sebab ramai yang masuk.
    benjy baru je tulis kisah MERCUN DAN MERIAM BULOHMy Profile

    1. tehr says:

      ‘wow, meniaga pantun lebih untung dari meniaga unta!’
      ~dengan gaya mr husin lampoyang :D

  5. Ku berharap cinta pantai merdeka
    Laskar cinta kasihnya Laila
    Keabadian cinta tak ada logika
    Sejati cinta kristal Delaila

    ya, paduan lagu tempatan dan seberang :D
    tengkorak emas baru je tulis kisah Sorry- your dream crushedMy Profile

    1. tehr says:

      mantap2
      terima kasih kerana TE sentiasa memeriahkan majlis :D

      1. Cik Siti says:

        best!best!
        Cik Siti baru je tulis kisah 5 BLOG YANG PALING DILAWATIMy Profile

  6. mie says:

    fuh!!
    si baju hijau….
    best lagu ni… heheee
    mie baru je tulis kisah Malaysia Grand Prix Concert RAIN LiveMy Profile

    1. tehr says:

      lagu awal carefree ni memang best, mie

      1. mie says:

        pernah juga tajuk yang sama..
        tapi penyanyi pompuan..
        eheheeee
        mie baru je tulis kisah Apa Uniknya i-city Shah AlamMy Profile

  7. padin says:

    emang unik, kang! keh3

    1. tehr says:

      main2 dengan tajuk lagu, bro :D

  8. masa baca pantun tuh belom baca tajuk..bila baca2 banyak kali..aik macam laguu jaa ni,skali kat bwh tu dah mention dah pon..mmg mantaplah,mesti slalu masuk pertndinngn pantun ni:)

    1. tehr says:

      tak pernah pulak saya masuk pertandingan, dr.
      sekadar suka dengan ritma je ni

  9. titan says:

    aku bab pantun-pantun ni memang lemah. dulu pernah wakil kelas masuk lawan pantun. tapi kalah dengan juara..geram betul dengan kelas sebelah..mesti menang aje diorang..
    titan baru je tulis kisah Komisen kedua dari PanduanDplicomMy Profile

    1. tehr says:

      saya memang gelabah kalau cara spontan, titan
      pernah masuk pertandingan perbahasan
      tapi pasukan saya kalah
      dah pasti kerana kelemahan saya
      huhu

  10. LiFe KaMi says:

    bro ni mmg kreatif le bole gabungkan tajuk lagu jadi pantun,
    lagu yg mengikut pantun mmg sedap didengar berbanding yang beterabur ayat..
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Tukar Lampin Bayi KamiMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, LK
      saya juga memang suka dengan lagu sm salim

  11. PUTERI says:

    mnarik… :)

    cinta antara benua
    mungkinkah semanis bicara
    cinta antara kita
    mengapa mungkir bahagia

    haha.. testing jew
    on spot :P

    1. tehr says:

      ok
      testing dah lulus tu, puteri

  12. Anda memang kreatif dalam berpantun.. huhuhu

    Daun bukan sebarang daun,
    Daun jambu buat pelengkap,
    Pantun bukan sebarang pantun,
    Tajuk lagu menjadi rangkap.
    Mutalib Attholib baru je tulis kisah Dilawati Ahli SyurgaMy Profile

    1. tehr says:

      daun jambu buat pelengkap
      daun betik buat pembungkus
      tajuk lagu menjadi rangkap
      perlu juga menatap kamus

      1. daun betik buat pembungkus
        daun pisang milik kak Jonet
        perlu juga menatap kamus
        ada juga carian internet

        :D
        tengkorak emas baru je tulis kisah Perbualan 2 TekongMy Profile

  13. Cik Siti says:

    pantun macam ni Cik Siti kena godek dulu….
    Cik Siti baru je tulis kisah 5 BLOG YANG PALING DILAWATIMy Profile

    1. tehr says:

      godek, cik siti
      jangan tak godek :D

  14. bEe says:

    Pandainyeeee :-)

    Kura-Kura Dalam Perahu
    Boleh Jadi Professor Serba Tahu :-P

    1. tehr says:

      kura-kura minum eno
      professor hentam keromo
      hehe

  15. sud@is says:

    ksian perindu
    jgn biar hatinya luka
    balut sekadar mampu
    moga hatinya kembali berbunga
    sud@is baru je tulis kisah Tak Suka Check-up- Takut p SpitalMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      best2memang ada bakat juga ni
      kan, sud@is?

  16. akubiomed says:

    Sedikit masa lagi boleh karang lirik lagu mengunakan tajuk lagu macam lagu nyanyian Shamsul Ngau Ngau
    akubiomed baru je tulis kisah Dapat kejutan birthday wish dari NuffnangMy Profile

    1. tehr says:

      pernah juga dengar lagu tu
      memang sempoi sangat :D

  17. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    pilihan motorsikal kupcai terbaik

    Lirik Lagu Pantun Budi – Tan Sri SM Salim

    Kalau menebang si pohon jati,
    Papan di Jawa dibelah-belah;
    Kalaulah hidup tidak berbudi,
    Umpama pokok tidak berbuah.

    Bunga selasih si bunga padi,
    Kembanglah mekar di dalam taman;
    Pertama kasih kedua budi,
    Yang mana satu nak didulukan?

    Datuk Laksamana ke bangka hulu,
    Berlayar kapal membawa dagang;
    Bagailah mana kapal nak lalu,
    Kuala sudah dilengkong karam.

    Bunga padi bunga kiambang,
    Buat hiasan di taman bunga;
    Buah hati kekasih orang,
    Hamba menumpang gembira sahaja.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      kan?
      memang best lagu sm salim ni

  18. adele says:

    sungguh,sy tak reti berpantun..mesti bro ni klasik jiwanya :D
    adele baru je tulis kisah Peniaga Ludah Dalam Air Soya Sebelum Di Jual Di Tepi JalanMy Profile

    1. tehr says:

      klasik?
      hahaha
      agak2 sama klasik dengan orangnya :D

  19. kaizen says:

    aku ngah cari2 ade tak lagu rock kapak guna pantun? macam ade… hahaha
    kaizen baru je tulis kisah TeNSioN GaMBaR aNDa DiKuTuK JaNGaN uPLoaD!!!My Profile

    1. tehr says:

      rock kapak guna pantun?
      ni nak kena tanya papa rock ni, bro

      1. kaizen says:

        hoho… mne r tau ade… layan ouh! hoho
        kaizen baru je tulis kisah eNTRi PeRTaMa DaRi TaWau 2011My Profile

  20. Cik Siti says:

    Mei hua rozana kasihmu laila
    Jesnita Nur kasih ketulusan hati
    Kerana hanya kau segalanya
    Kerana kau tetap kuhajati
    Cik Siti baru je tulis kisah 5 BLOG YANG PALING DILAWATIMy Profile

    1. tehr says:

      saya memang dah agak
      cik siti memang ada bakat dengan pantun ni

      1. Cik Siti says:

        terima kasih… terima kasih… :)
        Cik Siti baru je tulis kisah Sebab Pulut Santan BinasaMy Profile

  21. Waaaaa…. Berpantun sambil berlagu? Takde nama khusus ke untuk itu?
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah SBC My Sabah Trip ContestMy Profile

    1. tehr says:

      ntah le, sis
      saya main hentam je tu
      haha

  22. kakyong says:

    tehr,
    memang kreatip & berbakat dlm pantun..

    kakyong ni nak buat buat pantun 1 rangkap pun terkial2.. tu pun pembayang jauh melencong dr maksud… ;)
    kakyong baru je tulis kisah 6th batch – gambar si cilik berbasikalMy Profile

    1. tehr says:

      pakai pantun dua baris je, kak yong
      senang dak ejas kata :D

  23. dyea says:

    suka p.ramlee lagunya sedap2 dan tak pernah puas unt didengar..wah camner la saudara teh perah otak unt susun lagu2 jd pantun ni..klu sy dah pecah kepala dah
    dyea baru je tulis kisah Sakit Yg BahagiaMy Profile

    1. tehr says:

      banyak lagu p remlee, liriknya di tulis oleh s sudarmaji
      memang ngam molek mereka berdua ni

  24. toyol says:

    klau tngok citer2 dulu, dialog mereka pun bnyk dlm pantun jgk..
    toyol baru je tulis kisah TERIMA KASIH!My Profile

    1. tehr says:

      ada juga cerita lakonan jins samsudin
      dialognya bentuk pantun 2 kerat
      kalau tak silap cerita panca delima

  25. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    pilihan motorsikal kupcai terbaik

    lagu Sanisah Huri ni pun aku minat beb..sedap halwa telingga n dengorr..

    Sekapur sirih di tapak tangan
    Di tapak tangan dara jelita
    Sirih dijampi pemanis muka
    Untuk pujangga seni budaya

    Kalau tiada ku katakan cinta
    Sirihku ini satu tandanya
    Walau tiada ku katakan sayang
    Hatiku ini untuk mu tuan

    Marilah kita dendangkan
    Untuk menghibur dara merindu
    Marilah kita nyanyikan
    Untuk si dara yang tersayang

    Sekapur sirih di atas dulang
    Datangnya dari orang ku sayang
    Biarpun siang ataupun malam
    Tetap ku tunggu hingga kau datang

    Marilah sama berdoa
    Hingga tercipta istana indah
    Janganlah fikirkan duka
    Mari fikirkan hari bahgia

    Banyaklah orang menanam pulut
    Saya seorang menanam padi
    Banyaklah orang karam di laut
    Saya seorang karam di hati

    Memang begitu orang yang bercinta
    Dilamun rindu setiap masa
    Kalau sehari kita tak berjumpa
    Tentulah hati rasa gelisah
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      biduan lama juga ni, bro
      banyak lagu beliau yang bagus2

  26. dnoBiz says:

    Terbaik la Tehr..
    kalini aku tabik dengan dua tangan….
    dnoBiz baru je tulis kisah Setahun Berlalu – Blog dnoBiz setelah cukup setahunMy Profile

  27. MDHAFiZ.NET says:

    bakat terpendam.. :)
    buat ebook :)

  28. Ismail N says:

    klasik klasik… Sampai skrg kawe masih layan lagu2 zaman P.Ramlee.. TERBAIK! LAGENDA!
    Ismail N baru je tulis kisah Dari Komen Menjadi CeritaMy Profile

  29. Mus says:

    bestlah bro.. idea yang sungguh kreatif
    Mus baru je tulis kisah Gambar Jalan Di Sebuah KampungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge