Lagu Awal Pagi

Layan lagu sambil buat kerja. Memang dah jadi satu kebiasaan bagi aku, setiap kali bila buka komputer aku akan mainkan lagu yang satu ni. Memang dah sedia ada shortcut pada desktop. Lagu nasyid terbaik Doa Dhuha oleh UNIC. Bagi aku lagu ni memang bagus. Sambil menyanyi, sambil bekerja dan sambil berdoa.

ya Allah
jika rezeki masih di langit, turunkanlah
jika di bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah

doa dhuhaWaktu dhuha yang berkat. Banyak benda yang boleh dibuat oleh kita [para suami] di sebelah pagi bila hari cuti. Sambil dengar lagu Doa Dhuha, kita boleh ringan-ringan tangan untuk siram bunga, sapu halaman, cuci kereta, sidai kain baju yang dah dicuci atau tolong jerang air. Bukan hanya buat taik mata dalam selimut.

Sesekali bagi peluang isteri manjakan diri atau menghias diri. Bila nampak cantik, bini kita juga, kan? :D

bangun pagi-pagi
mandi bersihkan diri
lepas solat nanti
cuba senangkan hati

ringan kaki tangan
buat dengan senyuman
sampah di halaman
bersih indah pandangan

isteri senang hati
mertua pun memuji
bahagia murah rezeki
sampai ke tua nanti

Apa lagu pertama yang korang mainkan bila buka komputer?

TehrDemikian kisah 'Lagu Awal Pagi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. dja@sishaza says:

    Hahaha…suka dgn ayat2 dlm perenggan ke-2 tu. Memang gitu le sepatutnya rutin awal pagi. Memuji Maha Pemberi
    Lagu awal pagi pilihan hamba lagu kicau semulajadi…aman dan damai :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah PUNCA DAN MASALAH BAYI PRA MATANGMy Profile

  2. Waktu buka komputer hanya mainkan lagu default daripada windows. Hehe
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Thesis Skin Blog Hazmin HamudinMy Profile

  3. doa solat dhuha…
    :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah waze ke haze atau puchong ke sepang?My Profile

    1. suri says:

      degar lama2 kita akan hafal mudah kita nak solat nnti :)
      suri baru je tulis kisah Seborrheic DermatitisMy Profile

  4. shahfir says:

    suka dengan lagu solat dhuha tue pagi2..tenang dengar waktu pagi
    shahfir baru je tulis kisah TEKNIK GUNA KAKI SEBAGAI UMPAN MENANGKAP ULARMy Profile

  5. Mohd Shubhi says:

    Bila buat kerja suka sunyi sepi…ada lagi otak akan asyik dok ulang lirik lagu tu jer…
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Segera bertaubat setelah terlanjurMy Profile

  6. suri says:

    itu salah satu lagu yg saya suka..ada bt posting ttg dhu bestkan :)
    suri baru je tulis kisah Jenazah Yang Di Mandikan Oleh MalaikatMy Profile

  7. Joe says:

    Aku selalu bukak winamp dan play randomly…

  8. maza says:

    alamak… sekarang maza pula sudah terpikat dan memuat turunkannya…

    (y)

  9. hafiz says:

    Nyanyi lagu rezeki masuk hihihi
    hafiz baru je tulis kisah Genap setahun berbloggingMy Profile

  10. kakiblog says:

    biasa tak dengar lagu ketika buka komputer awal pagi..cuma buka set radio sahaja untuk dengar lagu popular yang dimainkan oleh para DJ setelah habis online.
    kakiblog baru je tulis kisah 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di BlogMy Profile

  11. Rina says:

    Kalau pagi pas membuka komputer rasanya saya jarang memutar lagi tapi kalau sore baru memutar lagu
    nice share
    Rina baru je tulis kisah Create Dynamic XML RSS Feed / Sitemap File Using PHP And MYSQLMy Profile

  12. Mus says:

    pc saya kat ofis memang set doa pagi-hijjaz..
    kalau terbuka pc tengah hari.. kantoilah..
    Mus baru je tulis kisah Kehijauan Sawah Padi Di Tengah Kota Sesuai Untuk FotografiMy Profile

  13. mie says:

    buka je laptop ni..
    bunyi window je…
    pastu erus sunyi sepi..
    hehehehe
    mie baru je tulis kisah Restoran Pohon’s Kitchen Semakin MeriahMy Profile

  14. papa mifz says:

    tolong menolong suami isteri amalan mulia…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Kenali Lego Sebelum Pergi LegolandMy Profile

  15. Hafizul says:

    Ya inilah yang terbaik…namun saya entah kenapa..malas semacam jer…
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Keempat Dari Panduan Menjahit BajuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun