Kutuk Peminat Manchester United

man utd

Mentang-mentang la Manchester United gagal menyerlah musim ini, korang dah mula cari Pantun Kutuk Peminat Manchester United. Apa ni main kutuk-kutuk ni.

Takkan la bila sesekali jadi juara dah nak kutuk bekas juara yang dah berkali-kali muncul juara.

Tak baik la macam tu, bro.

Blog ni mana ada tulis pantun kutuk peminat Man Utd. Pantun kutuk peminat pasukan lain juga tak ada. Lagi pun aku ni peminat setia Manchester United!

Takkan aku nak kutuk diri sendiri.

Ha ha ha…

pantun kutuk

Manchester City muncul Juara Liga Perdana Inggeris [EPL] 2013/2014. Tahniah juga kepada peminat mereka di Malaysia. Musim ini korang memang hebat.

Liverpool yang memberi saingan kepada City hingga ke perlawanan terakhir, gagal muncul juara. Walau pun Liverpool gagal, mereka adalah antara yang terbaik musim ini.

Tahniah.

Korang yang anti Manchester United, jangan dok gelak sangat. Kami akan bangun melawan lagi di musim akan datang. Tunggu dan lihat saja nanti EPL musim 2014/2015.

Batuk bukan sebarang bantuk,
Batuk kerana penyakit tibi;
Kutuk jangan sebarang kutuk,
Kelak terkena badan sendiri.

Penyakit semput Manchester United musim ini akan segera sembuh!

Awas!!

Ha ha ha…

TehrDemikian kisah 'Kutuk Peminat Manchester United' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. titan says:

    tak apa. sekali-sekala..

    lagipun..tahun ni..jiran yang menang. Tak gi jauh sangat piala tu..
    titan baru je tulis kisah Buat Duit dengan Lazada Malaysia.My Profile

    1. Ismail N says:

      Rileks bro2, sahabat2 ManUtd ku ini…

      Buah langsat kuning mencelah,
      Senduduk tidak berbunga lagi;
      Ini tahun kita mengalah
      Tahun depan mengganas lagi

      Yeah Yeah..
      Ismail N baru je tulis kisah Hari Guru 2014My Profile

      1. hafizmd says:

        yaahhh!!!! yeahhhhh
        hafizmd baru je tulis kisah Live Streaming Terengganu vs Lions XIIMy Profile

    2. hafizmd says:

      hahaha..manchester jugak…keh3
      hafizmd baru je tulis kisah Live Streaming Terengganu vs Lions XIIMy Profile

  2. ajumohit says:

    hahaha nak kutuk pun nak pantun ka, tak baik kutuk2 kan
    ajumohit baru je tulis kisah JJCM @ Selera rimba, Sabak BernamMy Profile

  3. Hero Borneo says:

    bagus kutuk diri sendiri daripada kutuk orang lain..lagi baik kalau tak kutuk langsung!!
    Hero Borneo baru je tulis kisah 3 Rahsia kejayaan henry fordMy Profile

  4. Mohd Shubhi says:

    adat kehidupan memang begitu, macam roda yang berpusing. Ada masa atas ada masa bawah…
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Panduan #3 – Saiz pasaran yang mencukupiMy Profile

  5. saya pendukung setia apa pun yg terjadi tetp dukung Manchester United ;)

    1. suri says:

      ah..nampak gaya saya ada geng MU
      suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 10/2014_Nestum More Cereal More LifeMy Profile

  6. amirulfaiz says:

    Hehe.. nak kutuk pun mahu berseni. Memang bukan kutuk sebarang kutuk, kutuk dengan nilai seni pantun. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Ziarah orang sakitMy Profile

    1. suri says:

      alahai wajib berpantu kalau begitu saya tidak tahu
      suri baru je tulis kisah Terima Kasih Mak! Kasihmu Membawa Ke SyurgaMy Profile

  7. Cik Siti says:

    nampaknya MU kena kerja keras next musim nanti
    Cik Siti baru je tulis kisah Tips Belajar Sejarah ala Cik SitiMy Profile

  8. saya akan setia dengan Liverpool ..

    p/s : saya peminat Liverpool since darjah 6 ..
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Tempat Menarik Malaysia 2014 : MEI – JUNMy Profile

  9. suri says:

    Saya tak kira mana pasukan walupun mu di hati. tapi sara seronok sahaja bermukim bolehlah nak layan lebih taklah tegae sangat
    suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 9/2014_Olay AQ LighthouseMy Profile

  10. Hafizul says:

    Kahkahkah..macam-macam hal lah diorang ni…ada ke patut..nak berpantun pantun pulak dahhh…
    Hafizul baru je tulis kisah Bitesize Galleta dan Baby LanguageMy Profile

  11. suri says:

    jangan bermusuhan buat apa tak ada gunanya kita hanya penonton dan beri sokogan sahaja.kesian pada mereka berusaha ketal bermain di padang bola.mereka nak fokus juga macam kita nak fokus bila buat sesuatu yang kita minat dan perjuangkan.
    suri baru je tulis kisah Cara Membuat Apam Ice Cream CornettoMy Profile

  12. Dja@Sishaza says:

    Wah3x..marah orang kutuk MU ye,siap bagi amaran lagi. Ini kot yg dikatakan setia ke hujung nyawa hihih
    Dja@Sishaza baru je tulis kisah RENCAH HIDUP SEORANG GURUMy Profile

  13. MU tetap hebat walaupun kurang menyerlah tahun ini. Akan dtg MU pasti bangkit

    descargar musica gratis para celulares
    shameel iskandar baru je tulis kisah Datuk Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu yang baharuMy Profile

  14. akubiomed says:

    Die hard fan Manchester United akan tetap berdiri teguh dibelakang. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Terkini paras air empangan air SelangorMy Profile

  15. de engineur says:

    Pemain dan pengurus silih berganti tapi kelab tetap sama. Sy akan terus menjadi penyokong Manchester United.

    Nota kaki: Nasib baik Liverpool tak juara, kalau tak kang kena kejar pulak piala kita yg dah melonggok 19 biji tu. Heheheheheh
    de engineur baru je tulis kisah Advice to die-hard Windows XP users: Dump Internet ExplorerMy Profile

  16. AUC says:

    hu ada jg pantun kutuk MU yek hehehe
    bgaus jg sbb aku bukan penyokong MU lariikkkk
    AUC baru je tulis kisah Selamat Hari Guru 2014My Profile

  17. suri says:

    amboi hamba tak kisah senyum sahaja takat mana nak mengata tu nhge… :)
    suri baru je tulis kisah Selamat Hari Guru 2014_Pencetus Kreativiti, Penjana InovasiMy Profile

  18. hafizmd says:

    ambe pun tak faham..pasal ape ramai sgt anti manu…hahaa

    takpelah..tahun ni kasi chill sudah..kita tunggu tahun depan
    hafizmd baru je tulis kisah Live Streaming Terengganu vs Lions XIIMy Profile

  19. brohantu says:

    aku penyokong setia MU
    brohantu baru je tulis kisah Kejadian Pasang SurutMy Profile

  20. raihanah says:

    zaman dulu2 minat betul MU
    raihanah baru je tulis kisah Suplemen Kegemaran Atlit OlimpikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun