Kusangka Panas Sampai Ke Petang

pablo aimarUgut bunuh Indra Putra. Pulak dah…

Nampaknya belum habis lagi demam panas perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2013, Kelantan vs Johor Darul Takzim. Perlawanan yang berkesudahan dengan kekalahan pasukan Johor DT 1-6 kepada Kelantan itu masih lagi terasa panas kepada sebahagian penyokong dan peminat walau pun sudah beberapa hari berlalu.

♪♪ kusangka panas sampai ke petang,
rupanya panas hingga ke malam… ♪♪

Indra Putra sudah menafikan beliau sengaja menumbuk hidung Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo hingga berdarah. Pengadil dan penjaga garisan juga tidak mengenakan tindakan kepada beliau. Tak perlu untuk dipanaskan lagi, lagi dan lagi oleh sesiapa.

Ia hanya satu perlawanan bola sepak yang pastinya mempunyai peraturannya sendiri.

Menanti bas di tepi jalan,
Jalan sesak seluruh negeri;
Hati panas kalau dilayan,
Hanya merosak diri sendiri.

separuh akhir piala malaysia 2013Meluahkan perasaan panas tak puas hati sampai bergurau dengan ugutan bunuh di laman sosial Facebook adalah satu perbuatan pendek akal . Berat tu! Tak pasal-pasal nanti ‘hujan’ pula kat dalam lokap polis yang panas.

Peminat dan penyokong kedua-dua pasukan perlu sabar. Perlu ikut peraturan bukan ikut hati panas.

Tangkai padi kalau dilurut,
Bijinya nanti jatuh terlerai;
Panasnya hati kalau diturut,
Bertabur gigi di atas lantai.

Lagak Dickson, Obina, Nunes atau Mat Yo sendiri juga tak perlu untuk dipanaskan terus menerus oleh peminat dan penyokong. Semua tu TIDAK membantu Harimau Malaya untuk mengalahkan Bahrain dalam saingan Kelayakan Piala Asia nanti.

TehrDemikian kisah 'Kusangka Panas Sampai Ke Petang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. akubiomed says:

    Dahulu satu pasukan sekarang berlainan pula. Kekalkan semangat kesukanan.
    akubiomed baru je tulis kisah Monster High dan Universiti Limkokwing Universiti tunjukkan pendirian anti buli dengan cara kreatifMy Profile

    1. hafizmd says:

      dua org ni takde apa2 masalah pun…rileks jer
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #46 Jangan Seksa Orang Lain!My Profile

  2. suri says:

    orang ada akal org bijak kawal amarahnya
    suri baru je tulis kisah Petua Merawat Dan Menghilangkan KelemumurMy Profile

  3. suri says:

    cakap baik-baik kita orang melayu tengok kecoh satu maya..blog, media cetak..ada nama cukup baik di segani jadi pandailah guna mana baik dan buruk..
    suri baru je tulis kisah Gigit Lemak Dengan Pantas!My Profile

    1. UmmiKami says:

      Semangat kesukanan adat kekalahan dan kemenangan….. :)
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tudung oh Tudung….My Profile

  4. Mohd Shubhi says:

    Biasalah adat bersukan, sengaja atau tidak sengaja waktu main atas dasar semangat nak menang…tak boleh bawa keluar.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Bagaimana mencari mentor perniagaanMy Profile

  5. UmmiKami says:

    Peria putih tangkainya liat,
    Rambai segenggam lekas berbagi;
    Malaysia boleh damai dan kuat,
    Andai dendam dilepas pergi.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tudung oh Tudung….My Profile

  6. dja@sishaza says:

    Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata masuk ‘berita’ jawabnya..itulah, sebelum berbicara fikir dahulu…
    dja@sishaza baru je tulis kisah ANGIN SEJUK DAN VIRUS SELESEMAMy Profile

  7. UmmiKami says:

    Buah padi dimakan pianggang,
    Kerbau merengus pedati basah;
    Marah di hati dibiarkan panjang,
    Kalau hangus diri yang susah…
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tudung oh Tudung….My Profile

  8. Joe says:

    Kalau lah orang nak buat repot polis, tak pasal budak tue kene jail.
    Free free kene dakwa atas kanun keseksaan.
    Joe baru je tulis kisah Tiada Update Bagi Pagerank Untuk Tahun IniMy Profile

  9. Nasik la indera tak report. Kalau tak sia2 je budak tu. mesti tengah kecut perut tu.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Travelog Penang | Rope Walk Lorong Kulit, PenangMy Profile

  10. padin says:

    hehee.. sokong biar sokong,
    tapi jangan sampai fanatik, ekekee

  11. apa-apa pun kita tumpu pada separuh akhir hehe
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Teknik Blogwalking Berkesan dan PantasMy Profile

  12. AUC says:

    harap Pahang vs Kelantan final nanti…
    AUC baru je tulis kisah Video Cara Membuat Dodol KukusMy Profile

    1. hafizmd says:

      hehehe…kalau benar…mmg menjadi sungguhlah kumpulan c…seperti yg dijangkalah…hehe
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #46 Jangan Seksa Orang Lain!My Profile

      1. harap-harap gitu laa mau pegi stadium ini kali hehe
        Khairul Zamri baru je tulis kisah Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal DuniaMy Profile

  13. hafizmd says:

    indra mmg tersiku agaknya…bukan sengaja…game dah tamat…takde benda dah nak kecoh2pun…

    FAM pun tak dapat apa2 report…tutup kes… =)
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #46 Jangan Seksa Orang Lain!My Profile

  14. papa mifz says:

    kagum dengan kebangkitan pasukan Kelantan…
    papa mifz baru je tulis kisah Naik Toon Toon Di Teluk DangaMy Profile

  15. mohdridzwan says:

    Tak perlulah di panjangkan cerita berkenaan mat yo. Yg salah tuh tetap salah dan bukan kesalahan mat yo kalau wifey dia macam tuh.

    Bola is bola…peminat jgn lah fanatik sangat. Kita penyokong tegar…tetapkan fokus pada pasukan pilihan. Lupakan sengketa…supaya permainan dan persahabatan masih kuat kerana kita MALAYSIAN.
    mohdridzwan baru je tulis kisah Silence Day of Wednesday 12 – Pendapat AndaMy Profile

  16. shahfir says:

    apedehal kita kan orang Malaysia…tak mau gaduh-gaduh
    shahfir baru je tulis kisah SNOOPYBABE KUCING TERCOMEL DARI CHINAMy Profile

  17. Mak lagenda says:

    Sokong biar untuk mendokong. Bukan sokong membawa rebah!!
    Mak lagenda baru je tulis kisah COFFEE BAR IMPIANMy Profile

  18. Mau sambung lawan lain lak ni.. di gelanggan lain. he he..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Purple MangosteenMy Profile

  19. Hafizul says:

    Berani betul dia tu kan?emm biasalah..hidup ibarat artis memang kena hadapi perkara mcm ni..
    Hafizul baru je tulis kisah Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

  20. kakiblog says:

    manusia mudah untuk beremosi..
    kakiblog baru je tulis kisah Segmen Inspirasi JutawanMy Profile

  21. Rina says:

    Kalau sudah menulis status bunuh sepertinya emosinya sangat tidak terkontrol. Sebagai orang dewasa nan berpendidikan harusnya bisa jadi contoh teladan bagi banyak masyarakat khususnya kaum muda tu :(
    Rina baru je tulis kisah Create MySQLi & PHP To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database TableMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun