Kumpul Duit

mengumpul duit hari ke harigalaxy note
hajat nak beli gajet terkini
lama dikumpul tidak mencukupi
galaxy tab bermain di hati

bulan ke bulan dikumpul lagi
masih nak beli juga galaxy
lama dikumpul tidak mencukupi
galaxy s datang menari-nari

kumpul lagi dan kumpul lagi
tetap nak beli juga galaxy
lama dikumpul tidak mencukupi
galaxy note pula muncul kini

sudah bertahun masa berlari
masih tak dapat peluk galaxy
duit dikumpul tidak mencukupi
sampai bilakah anganku begini

Mahu Samsung Galaxy Note? Cuba tengok pakej yang ditawarkan oleh Celcom dan DiGi mana yang lebih sesuai dengan korang. Aku? Memang cukup dengan bawa angan-angan je dalam kocek. :D

TehrDemikian kisah 'Kumpul Duit' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


52 Comments

  1. fiezaradzi says:

    samalah kita.. berangan je lebih.. tah bila nak dapat tak tahu.. haha
    fiezaradzi baru je tulis kisah Salam Tahun Baru Maal HijrahMy Profile

    1. tehr says:

      ntah la, sis
      tak ada ke sapa2 nak beri hadiah? :D

      1. hafizmd says:

        haaa,cepat angkat tangan sape nak kasi hadiah kat kami bertiga…. =)

  2. chii says:

    hehehe…mengidamkan gadget dari samsung ya..wat masa ni chii da dpt samsung ace..pasni nak kumpul duit untuk ipad 2 pula =)
    chii baru je tulis kisah Orang KetigaMy Profile

    1. tehr says:

      dah beli ipad nanti, samsung ace tu boleh la kasi pinjam, kan? :D

  3. akubiomed says:

    Saya cadangkan Samsung Galaxy Tab kerana skrin lebih besar cuma susah sedikit apabila buat panggilan. :-)

    1. tehr says:

      molek tu, bro
      tapi poket ni penuh dengan angan2 je
      huhu

  4. Cik Siti says:

    samsung galaxy…. memang dalam wishlist. tapi… tak tahu bila dapat. tapi….. mana tahu angan-angan jadi kenyataan.
    Cik Siti baru je tulis kisah Lirik Lagu: Perhentian (Wings)My Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      mana tahu ada orang nak bagi hadiah, kan?
      hehe

  5. maza says:

    ahaks… maza baik galaxy tab, S dan note, semuanya kena reserved dulu.. huhuhuhu

    .. duit tak ada!
    tapi hati ingin samsung.
    apakan daya ku..
    Oooo. ooo, kengkawan.. ahaks ..lalalala
    maza baru je tulis kisah Langkah seterusnyaMy Profile

    1. tehr says:

      olala tropika
      teringat pulak lagu fran :D

  6. Seri Bahasa says:

    berteduh bawah pohon beringin,
    awas tertimpa dahan mati;
    jangan jadi mat jenin,
    angan tinggi akhirnya mati.

    1. tehr says:

      jangan la sampai mati
      angan2 perlu ada gak sama dengan usaha

      anak itik duduk sendirian
      mati di celah pokok pisang
      usah adik hanya berangan
      perlu usaha malam siang

  7. padin says:

    hehe Dr mintak hadiah benda ni la masa ari jadi,
    aku geleng kepala, muncung sedepa merajuk dengan aku kah3
    padin baru je tulis kisah Dia Kacau LagiMy Profile

    1. tehr says:

      beli je, padin
      tapi suruh dia yang bayar :D

      1. dnoBiz says:

        erk… boleh ke macam tu..
        kalau boleh aku pun nak cuba gak hhehehe
        dnoBiz baru je tulis kisah Hak Asasi Manusia – Memahami asas hak asasi manusiaMy Profile

        1. tehr says:

          baik dicuba, dno
          mana tau, berjaya :D

      2. padin says:

        hahah nanti2 mungkin la,
        kalau keadaan sekarang ni tak dapat la hahahh

  8. LadyBird says:

    cikgu.. kumpul2 rajin2 yer.. cukup duit beli kat lady satu.. :D..
    LadyBird baru je tulis kisah Perjuangan Mencari CintaMy Profile

    1. tehr says:

      satu je ke, lady?
      kacang je tu :D

      [aku belanja roti kacang nanti]

  9. sud@is says:

    hrmm teh sama la tengok je la member sebelah….
    sud@is baru je tulis kisah Ibu mati dikelar anak pesakit mentalMy Profile

    1. tehr says:

      sesekali boleh la minta pinjam, sud@is :D

  10. dnoBiz says:

    ya… angan angan tu indah…
    aku pun dah boleh masuk group kau ni Tehr…
    Cuma bezanya aku cuma pasang angan anagan tapi tak pernah cuba kumpul duit heheheh
    dnoBiz baru je tulis kisah Sudah terhantuk baru terngadah – Penjenayah larikan anak ditinggal dalam keretaMy Profile

    1. tehr says:

      boleh2
      ko boleh jadi ajk / su

  11. zulkbo says:

    salam Bro..
    moga berjaya mencapai
    apa yang di hajati..gadget
    terkini tu..memang perlu
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Disiplin Blog : Jangan Ada Yang Ambil Hati Pulak Ye?My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sekadar berangan sambil buat entri je, bro
      tak tahu bila nak dapat tu

  12. nurmisnan says:

    hik3… pantun menari2 Galaxy kita..

    Takpelah.. pelan2 nanti tercapai ler cita2 tuh
    Mr. hubby bought Galaxy tab 10.1 tapi lap top jugak
    menjadi pujaan hatiku… hik3…
    nurmisnan baru je tulis kisah Ubat ketiak yang merbahayaMy Profile

    1. tehr says:

      belum pernah cuba, nur
      tak tahu lagi apa lebih/kurangnya

  13. ohcikgu says:

    masih memasang impian dan angan-angan. ohh..
    ohcikgu baru je tulis kisah Pertarungan epik Malaysia vs Bahrain di Stadium Bukit Jalil – 27 November 2011My Profile

    1. tehr says:

      asal jangan terlampau je, cikgu
      dah terlebih2 nanti payah pulak nak undur :D

  14. kawe lak kumpul duit nak bayar hutang :sad:
    semoga dapat ler Galaxy Tab tu bro…insya-allah…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Permainan LEGO Paling MurahMy Profile

    1. tehr says:

      tu yang paling baik
      dah habis bayar hutang nanti, boleh beli apa je yang berkenan
      hehe

  15. ahmad kamil says:

    Nak seribu daya geng…….usaha tangga kejayaan. hehe
    ahmad kamil baru je tulis kisah Renungkanlah wahai sahabat ku…..My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      memang perlu sangat berusaha
      jangan hanya berangan :D

  16. Jai says:

    Ha3.. Samalh kita bro.. AKu pun sakadar bawa angan2 dalam kocek je.. Kalau kocek koyak, jawabnya angan2 tu jatuh la ikut lubang kocek…ha3
    Jai baru je tulis kisah Gambar Shida Harmi Bertunang – Wanita Yang Didakwa Skandal Khairul FahmiMy Profile

    1. tehr says:

      harap angan2 tu tak berat sangat
      tak la boleh sampai pecah kocek, kan :D

  17. Kak Long ingat tehr buat entri untuk peraduan gadjet impian di blog Denaihati.
    Best pantun tu..
    Berangan dulu, lama-lama nanti dapatlah tu.
    Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Erra Fazira yang tabah dan Aaron Aziz yang berubahMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      peraduan tu memang tak daya la nak ikut, kak long
      perlu banyak idea juga tu

  18. kakyong says:

    samalah dgn kakyong pun.. berangan2 jer..
    kakyong baru je tulis kisah Awan kumulus putih dan kelabuMy Profile

    1. tehr says:

      kami nak tubuh kelab berangan
      kakyong boleh la jadi jk penaja :D

  19. yas says:

    buat permulaan ko beli je la corby macam aku ni bro…pas tu ko tenung ari2, bagi semangat tuk ko simpan rm ko tue…insyaallah dapek la tu nanti….he3x!!!
    yas baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru – Anuar dan HanaMy Profile

    1. tehr says:

      molek juga tu beli corby buat semangat

  20. zik says:

    hadui bila natah nak kumpul duit nih… cukup makan jer nih… ibarat kais pagi makan pagi.. kasi petang makan petang… insyallah kalau ada rezeki lebih… boleh lah kot…. tahun depan.. tak tahun depan 5 tahun akan datang..hehee
    zik baru je tulis kisah Sejarah penciptaan kereta, orang yang pertama sekali mencipta keretaMy Profile

    1. tehr says:

      fuh, 5 tahun lama sangat tu, zik
      insya-allah tahun depan

  21. eiela says:

    kumpul jangan tak kumpul, nanti dapat la tu.
    eiela baru je tulis kisah Markisa dan KhasiatnyaMy Profile

    1. tehr says:

      insya-allah, amin

  22. amirulfaiz says:

    Kumpul je duit, bila duit dah cukup, model lagi power muncul. Percayalah. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Isolating peripheral blood mononuclear cells (PBMCs)My Profile

    1. tehr says:

      hehe sikit2 lama2 jadi bukit :D

  23. titan says:

    em..kumpul duit mahu kahwin cepat-cepat. haha..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 5 dari BidvertiserMy Profile

  24. hafizmd says:

    mudah-mudahan nanti angan2 cikgu yg dalam poket tu bertukar jadi samsung :D
    hafizmd baru je tulis kisah Sesi jawab tag si cantik manisMy Profile

  25. Encik Mus says:

    saya pun idamkan gadget ni jugak…
    nak 1..
    Encik Mus baru je tulis kisah Satu Disember Dua Ribu Dua BelasMy Profile

  26. Juan says:

    galaxy tab sudah bermain ditangan saya, cukup lah hanya satu, hehehe
    Juan baru je tulis kisah Projek Hari JumaatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun