gosehat cahayacinta apacerita
tak kenal maka tak cinta
Cik Siti onlajer coretananuar

Kumbang Dengan Bunga

Membelek-belek gambar lama terjumpa pula si kumbang tanduk atau kumbang badak (oryctes rhinoceros) ni. Kumbang ini dijumpai di belakang rumah emak saya beberapa tahun dahulu. Sebut pasal kumbang pasti teringat pada bunga. Kumbang dengan bunga memang tidak dapat dipisahkan. Saling memerlukan antara satu sama lain. Kumbang perlukan bunga untuk mendapatkan madu, bunga pula perlukan kumbang datang menyeri dan memindahkan debunga jantan kepada debunga betina.

kiranya bunga mekar berserikumbang tanduk atau kumbang badak
kumbang terbang menunjuk aksi
keliling menari dan menyanyi
mengikat debunga di hujung kaki

kiranya kumbang tidak peduli
bunga nan mekar bersusah hati
warna girang kembang berseni
memikat kumbang datang menyeri

Membuat carian pada laman PRPM, terjumpa satu peribahasa yang berkait rapat dengan kumbang dan bunga. Saya cuba menulis serangkap pantun menggunakan peribahasa ini untuk renungan bersama.

laksana kumbang menyeri bunga
kumbang terbang bunga pun layu
betapa malang datang menimpa
tetapkan iman di dalam hatimu

TehrDemikian kisah 'Kumbang Dengan Bunga' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.


tehr

64 Comments

  1. Ismail N says:

    Kumbang dengan bunga ibarat blogger dengan bog. Susah nak di pisahkan… :D

    1. Hadi Rofiee says:

      Hehe. Betul tu. Sehingga orang sekeliling pun tengok pelik.
      Hadi Rofiee baru je tulis kisah Syukur perkataan &amp perbuatanMy Profile

        1. suri says:

          oitt jang apo ko buat lamo2 tuh??

    2. tehr says:

      blogger tegar tu :)

      1. dnoBiz says:

        jangan sampai terpaksa berjumpa pakar kaunseling untuk hilangkan ketagihan blogging sudah :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Kerana FaceBook – sekeluarga disaman 10 JutaMy Profile

        1. tehr says:

          dan esoknya… dalam berita
          seorang blogger ditangkap kerana menumbuk pakar kaunseling :D

          1. suri says:

            lalu hayunkan diri membuat aduan kat balai polis…hihii..

    3. hahaha.. memang betul tu.. tak boleh lepas.!!
      lowongan pekerjaan baru je tulis kisah APL Vacancies Sales and Management Trainee JakartaMy Profile

  2. padin says:

    aku sambung ayat ismail N,
    Kalau di pisahkan, maka jatuhlah trafik, hanyutlah BE hehehee..
    padin baru je tulis kisah Sikap Merendah DiriMy Profile

    1. tehr says:

      …kecewalah blogger :(
      hahaha

    2. akubiomed says:

      Setuju..penin-penin
      akubiomed baru je tulis kisah Tanda awal tekananMy Profile

      1. tehr says:

        aku pun pening sebenarnya :D

    3. Affan says:

      hahaha. boleh masuk BE gak tuuuuu
      Affan baru je tulis kisah 3 kelebihan Hotmail yang mungkin anda tidak tahuMy Profile

  3. puteri says:

    kumbang,,?
    he.he.he..

    saya penah wat pasal
    bunga dan rama-rama :)
    puteri baru je tulis kisah my thesisMy Profile

    1. tehr says:

      rama2 jangan jadi kupu2

        1. puteri says:

          rama2 cantik
          wana wani

          kupu2 yang koko atau itam tu

          rasanya lah kot..
          he.he..

          apa kata cikgu tehr??
          :D

          1. tehr says:

            betul tu
            kupu2 tak cantik

          2. suri says:

            ke kupu-kupu malam tu yang jahat kans?? heee

  4. Hadi Rofiee says:

    Bunga oh bunga, di mana engkau bunga. Hehe. :mrgreen:
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Syukur perkataan &amp perbuatanMy Profile

    1. tehr says:

      ada tu
      sedang nak kembang :)

  5. Mohd Hafiz says:

    kumbang dan bunga x dpt dipisah mcm nasi dgn kuah….wakaka…

    1. tehr says:

      payah nak makan nasi kalau tak ada kuah :)

  6. sud@is says:

    kumbang dan bunga
    antara merah dan kelabu
    kalau pisahkan mereka
    ibarat irama x berlagu
    sud@is baru je tulis kisah 3 in 1My Profile

    1. tehr says:

      kumbang dan bunga
      antara hijau dan biru
      kalaulah tidak dijaga
      hancur menjadi debu

  7. belalang says:

    laksana kumbang menyeri bunga
    kumbang terbang bunga pun layu
    betapa malang datang menimpa
    tetapkan iman di dalam hatimu

    ada makna tersirat dari ayat tue kan?
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      dari zaman p.remlee lagi…
      belalang memang tau2 je :)

  8. Syafrizal says:

    takut jugak tengok kumbang tu..
    rasa macam kena tanduk je hehe
    Syafrizal baru je tulis kisah Promosi HPA Hujung Tahun 2010My Profile

    1. tehr says:

      mula2 jumpa macam takut je nak pegang
      hehehe

  9. wadud says:

    kumbang dan bunga.. memang padan.. hehehe
    wadud baru je tulis kisah Kerana Dia Manusia Biasa updateMy Profile

    1. tehr says:

      sama cantik sama padan, bro

  10. x-po says:

    sy sebagai kumbang masih tercari2 bunga :D
    x-po baru je tulis kisah MAKIN DEWASA- MAKIN SIMPLEMy Profile

    1. tehr says:

      ada tu, bro
      pilih yang dekat2 je :)

    2. Affan says:

      hhaha. aku pun baru nak kaitkan kumbang mencari bunga tadi.
      samalah bro, masih mencari :D
      Affan baru je tulis kisah 3 kelebihan Hotmail yang mungkin anda tidak tahuMy Profile

      1. tehr says:

        cari, jangan tak cari :)

  11. Princess ♥ says:

    mana nak cari kumbang yg baik ye zaman sekarang ni??? heeeee

    1. tehr says:

      ada tu…
      tengok baik2 dengan mata hati
      insyaallah, jumpa nanti

  12. Cik Siti says:

    kumbang penyeri hidup sibunga
    seharian tak bertandang terasa rindu
    wahai kumbang jagalah sibunga
    usah terguris tercalar kelopak
    Cik Siti baru je tulis kisah Kene tag dengan Adik sendiriMy Profile

    1. tehr says:

      wahai kumbang jagalah si bunga
      usah terguris tercalar kelopak
      berilah didikan sayanginya juga
      iman dan taqwa jangan dicampak

  13. kulanz says:

    zaman sekarang ni dah banyak spesis kumbang yg suka rosakkan bunga..
    kulanz baru je tulis kisah Mata Air Tawar di Laut Malubang- Kebenaran di Sebalik MitosMy Profile

    1. tehr says:

      ya le, bro
      hinggakan dah jadi payah nak cari bunga yang betul2 harum :(
      kecuali yang ditanam dalam pagar

  14. dnoBiz says:

    teringat masa kecik kecik dulu,
    suka kumpul kumbang ni buat lumba kereta kotak mancis
    dnoBiz baru je tulis kisah Kerana FaceBook – sekeluarga disaman 10 JutaMy Profile

    1. tehr says:

      sekarang ni payah aku nak jumpa kumbang jenis ni, bro
      agaknya dah pupus kut

  15. bisk says:

    macam pantun uda dan dara..pantun berbeza konsep tetap sama.Boleh gitu Tehr?
    bisk baru je tulis kisah bayangan kejuMy Profile

    1. tehr says:

      boleh je, bisk

  16. cikmin says:

    dari dulu memang geli lah kalau nampak kumbang camni..ewwwww…
    cikmin baru je tulis kisah Apa Itu LIVE BLOGGINGMy Profile

    1. tehr says:

      kumbang ni sebenarnya sangak kacak dan macho, cikmin :D

  17. Cha'on says:

    TAu la jugak kumbang dah bunga nie saling memerlukan antara satu sama lain.. :)
    Cha’on baru je tulis kisah Rancangan 8TV Shout! Awards 2010 Kini KembaliMy Profile

    1. tehr says:

      saling tolong menolong :)

  18. sangilapi says:

    lebih baik aku mengulas pasal kumbang sahaja :)

    kumbang badak diberi gelaran sebab bahagian kepalanya macam kepala badak – aku setuju.

    kalau harimau kumbang pulak,tang mana harimau tu menyerupai kumbang ?

    ni sebenar soalan aku pada kakak aku ketika aku berumur 9 tahun ……cikgu tehr harap boleh bagi jawapan.

    jangan pilih lelaki dari golongan kumbang badak – sebabnya ?

    tapi pillihlah lelaki dari golongan kumbang makkah[mekah] – sebabnya ? :)
    sangilapi baru je tulis kisah blogger yang didugaMy Profile

    1. tehr says:

      payahnya nak jawab

      harimau kumbang sebab kulit/bulu dia nampak macam banyak kumbang dok melekat je :)
      lelaki kumbang badak selalu buat2 pekak badak je bila diberi nasihat :(
      lelaki kumbang mekah bagus sikit, tau gak arah kiblat :)

      …yg pasti, aku tak tau nak jawap apa

  19. etomyam says:

    kumbang dan bunga saling memerlukan antara satu sama lain, umpama blogger dan blognya :D
    etomyam baru je tulis kisah Sepetang Di Graduasi Dan Aprisiasi Generasi EducareMy Profile

    1. tehr says:

      siang malam ngadap blog
      isteri kat belakang tak sempat nak pandang :(

  20. zulkbo says:

    salam..
    teringat lagu “gadis dan bunga”
    nyanyian Rahimah Rahi…he he
    zulkbo baru je tulis kisah Kereta Baru Takut Finance Kereta Lama Takut PomenMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      lagu lama ni

  21. kami says:

    kumbang bukan seekor bunga bukan sekuntum..menarik tu..hehe
    rasanya klu adik kami nnt nak masuk meminang ,minta tlg bro buatkn pantun meminang le..:)
    kami baru je tulis kisah Bahaya Semasa Isi MinyakMy Profile

    1. tehr says:

      pantun meminang?
      payah nak gambarkan macamana :D

  22. daradotcom says:

    menarik… skali pandai tehr!! hehehee… mcam blogger bersama blognya xkan berpisah ahaks!!
    daradotcom baru je tulis kisah Tanpa Sahabat hidup sunyi sepiMy Profile

    1. tehr says:

      memang blogger tegar tu

  23. mijie says:

    kumbang dan bunga memang sinonim….kalau blogger rasanya dengan laptop nya la
    mijie baru je tulis kisah Myvi tengah dibetulkan kakinyaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau laptop rosak, lagak macam kucing jatuh anak je :D

  24. suri says:

    antara blog dan tuan punya blog mmg tak leh di pisahkan…

    klu bercerai jap rasa cam tak senag hati…

    adakah tulisan ku mrka mmbaca? memahami?

    adakah mrka sudi meninggalkan komen atau jejak di situ?

    semuanya bermain2 si segenap sanubari seorang bloger ;)

  25. gayahspears says:

    alahai si kumbang dan si bunga!!!

    nape x si pungguk dgn si…… hahaha
    gayahspears baru je tulis kisah Kau Membunuh Aku!!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge