Kulit

Patutkan dibezakan sesaorang hanya berdasarkan perbezaan warna kulit yang dimiliki? Atau benarkah sesaorang yang berkulit cerah itu lebih cantik dan diidamkan oleh semua berbanding dengan insan yang berkulit gelap, lalu hantaran mas kahwin dari keluarga lelaki juga menjadi lebih tinggi? Kalau begitu ukurannya, kecewa juga sahabat wanita yang berkulit gelap.

kulit

KUL-IT!

kulit kulit
berbagai warna kulit
kulit kulit
kalau dicubit sakit
kulit kulit
di tengah panas perit
sakit kulit
ada jenis berjangkit

kulit berjerawat boleh dirawat
niat jahat bawa akibat
kulit jangan dijadikan alasan
memisahkan sesama insan
bezanya zahir sahaja

sawo matang itu warna kulitku
putih kuning mungkin kulitmu
biar hitam atau pun putih susu
yang utama hati budimu
hati budimu

biar anak-anak itu
lihat mereka bak satu
jangan diajar mereka
cara beza-membeza

lagu: fauzi marzuki/adnan abu hassan
lirik: habsah hassan

Mr Tehr masih meraba harapan untuk melihat insan-insan kerdil juga menerima tetamu serta kunjungan di hari raya nanti. Kemiskinan, warna kulit serta kehidupan yang daif jangan dijadikan alasan untuk mereka dipinggirkan dari kemeriahan hari raya. Mereka juga perlukan ruang bukan hanya tekanan dan komen melulu.

kulit lembu dibuat gendang
anak remaja seronok menari
warna kulitmu bukan dipandang
pekerti mulia disanjung tinggi

TehrDemikian kisah 'Kulit' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


13 Comments

  1. Nik Thoha says:

    Kulit adalah anggota sensitif bagi seorang manusia. Walau apa pun warna kulit yang kita miliki, ia tidak membawa makna apa. Allah tidak memandang kepada warna kulit, tapi Allah memandang kepada amalan yang dimiliki oleh hambanya itu.

    Jika warna kulit kita tidak secerah orang lain, jangan lah kita merasa terlalu rendah diri. Warna kulit hanyalah warna luaran sahaja. Yang penting hati kita hendaklah putih dan bersih dari dosa2.
    Nik Thoha baru je tulis kisah Jangan Mudah Percaya Berita PalsuMy Profile

  2. titan says:

    haha..kulit aku masa kecil, putih..masa besar..dah jadi lain. Tapi tak apa..janji aku masih kacak. haha..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 81 dari TNXMy Profile

  3. Kalu yg kulit mcm Avatar, mcm mana bro? he he.. bukan tak prejudis tapi takut terkejut jer bila datang :wink:
    DuluLainSekarangLain baru je tulis kisah Di Mana Anda Di Pagi Raya?My Profile

    1. yas says:

      Errr…macam kaler kulit The Inc, Hulk tu kerrr????
      Hijoooo……
      yas baru je tulis kisah Gps oh Gps – Nak percaya or tidak?My Profile

  4. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! … رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip tayar motorsikal pancit

    lama tak ziarah sini sorry yerrr

    Bak kata-kata hikmah; “Kalau hati baik, wajah sentiasa cantik. Kalau budi pekerti baik, indahlah diri kita.”

    Hitam manis hitam manis
    Yang hitam manis
    Paras mu cantikbuah hati ku
    Siang dan malam selalu ku rindu

    Sirih kuning pinang beracun,
    Bawa mari rotan tawar;
    Putih kulitnya menjadi idaman,
    Hitam manis menjadi penawar.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  5. akubiomed says:

    Perasan juga ada wanita yang mengunakan losyen pencerah kulit jadinya dah macam taik cicak. Muka putih manakala tangan tidak berapa hendak terak. Terimalah dan syukur kurniaan ilahi.

    Naomi Campbell okay sahaja :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Misi makan ais krimMy Profile

  6. zulkbo says:

    salam..
    apa ada pada warna kulit
    hati yang baik pilihan hati..

    ermm..kadang cakap je..
    tapi cari mak we, isteri nak
    yang puteh cerah je kan?
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya Di Jengka PahangMy Profile

    1. Cik Siti says:

      pastu nak solid kan?kan?kan?
      Cik Siti baru je tulis kisah Lagu Raya Kegemaran… Tag dari Cik AnitaMy Profile

  7. Cik Siti says:

    putih ke, kuning ke, hitam ke, kita tetap bernama manusia…
    Cik Siti baru je tulis kisah Lagu Raya Kegemaran… Tag dari Cik AnitaMy Profile

  8. adele says:

    jika masih ada org yg memadang pd warna kulit, mmglah org tu rendah lg pemikirannya..

    masa kecil2 dulu sy berkulit gelap..bila dh besar ni bertukar pulak dah..mungkin kulit mengembang,warna gelap tertanggal..hehehe
    adele baru je tulis kisah Cerpen: Mana Mak?My Profile

  9. kulanz says:

    kulit aku dari kecik sampai sekarang memang gelap.. hehe..
    tapi syukurlah masih ada kulit lagi..
    kulanz baru je tulis kisah Penulis Blog Terdedah Kepada BahayaMy Profile

    1. tehr says:

      ya. syukur kita masih ada kulit
      kes simbah asid tu… kesian mereka yang melecur kulit

  10. bEe says:

    Kulit sensitif

    ~Berminyak
    ~Kering
    ~Gatal2

    hihii
    bEe baru je tulis kisah Nota Seorang AKUMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun