Kucing Miau Miang

bukan membiar bukan menyekatdon't tell us
hanya sekadar memberi pendapat

bukan mengutuk bukannya marah
hanya menunjuk si nafsu serakah

bukan nak tegur bukan tunjuk pandai
hanya nak teratur sahabat dan handai

Orang bodoh ada beraneka bodoh. Orang gila ada bermacam gila. Orang pandai juga ada berjenis pandai. Sedangkan orang-orangan kat tengah sawah pun ada bermacam bentuk juga dari berbagai bahan dibuat orang. Bukan hanya dari jerami padi sahaja.

Syukur dan tahniah kalau korang ada membela kucing yang tak suka makan ikan. Alah, yang kucing Parsi tu… Tapi kalau kucing biasa, memang kucing cacat tu kalau tak makan ikan depan mata. Atau kucing tu memang tengah sakit mulut, tak boleh nak mengunyah!

Kalau korang dah tahu, ada kucing yang akan makan ikan bila ada kesempatan, takkan nak salahkan kucing kalau memang ia makan ikan yang terhidang depan mata. Korang yang salah kerana tak tudung ikan! Kalau korang sayangkan ikan tu, korang mesti tudung. Kucing pun tak susah hati kerana tak nampak apa-apa ikan. Kecualilah kalau kucing tu memang seekor kucing yang sangat jahat atau kucing gila, masih juga mahu dibukanya tudung saji. Kan? Kan?

Kalau korang nak dedahkan juga ikan yang ada, dedahkan saja di tempat yang tak ada kucing. Dalam rumah yang tak ada kucing! Dalam negeri yang tak ada seekor pun kucing!! Sampai busuk pun ikan tu akan berada kat situ. Sampai berulat!

Kat rumah aku ada beberapa ekor kucing, sebab tu aku selalu pesan mesti sentiasa simpan ikan dalam peti ais. :D

TehrDemikian kisah 'Kucing Miau Miang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. nurmisnan says:

    Kucing aku makan pucuk ubi rebus jugak tau..
    sekali dia balun satu mangkuk… hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Pesanan eQurban secara OnlineMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal. nur
      mereka tak akan lepaskan peluang yang terdedah dan terbuka

      1. suri says:

        binatang apa tahu klu nmpk tanpa segan mlu mkn teros..lebih2 lgi klu tuannya tak derk..hiii
        suri baru je tulis kisah Adni Adakah Ini Suratan Atau KebetulanMy Profile

  2. padin says:

    hehe aku paham ape yang tersirat di sini… :D
    padin baru je tulis kisah Cabaran Blogger : Bola TepukMy Profile

    1. tehr says:

      aku memang geram dengan kucing jahat ni
      lebih geram lagi dengan orang yang suka dedahkan ikan

  3. Cik Siti says:

    kalau malu-malu kucing tu bahaya… nak ke tak nak…nak ke tak….
    Cik Siti baru je tulis kisah Cabaran Blogger | “NAMA PERMAINAN YANG ANDA SUKA”My Profile

    1. tehr says:

      sambil malu2
      sambil gerak2an misai :D

  4. sud@is says:

    ikan2 sila duduk diam dibawah tudung saji yang selamt
    jgn dedahkan diri bahayas!!!!
    sud@is baru je tulis kisah Jangan Pandang-pandangMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      tudung elok2, bahaya! :D

      1. suri says:

        klu lauk yang dalam dlm peti ais ada ikan..
        ..nak mkn takut skit perut baik bagi kucing makan jer hee..dpt pahala =)
        suri baru je tulis kisah Kerana Cinta Akukah Yang TerlukaMy Profile

  5. akubiomed says:

    Nama pun “Alim-alim kuching”. Kalau sudah terhidang depan mata
    akubiomed baru je tulis kisah Kelayakan Olimpik 2012: Keputusan Malaysia vs JepunMy Profile

  6. Nuar Haruha says:

    Saya memang peminat kucing, di rumah ada berbelas-belas ekor cats sampai nk keluar kemana pun kena fikir dua tiga kali. Kucing memang tak makan saman tapi menghiburkan hati.

    Seiring dua iring, Semangkuk raja dewa;
    Sealim-alim kucing, Makan tak pelawa.
    Nuar Haruha baru je tulis kisah Pantun Baba Nyonya Balada Cinta Muzik Dondang SayangMy Profile

  7. yas says:

    Hehehe…ikan tu seksa sangat bro….mane kucing tak terjahh…:)
    yas baru je tulis kisah Isu Hantu Bonceng, Ahmad Idham menjawab kritikan…My Profile

    1. tehr says:

      haha
      tu la pasal

  8. bEe says:

    Aduhai cikgu
    Kucing miang ni takleh ckp apa
    Apa yg ada depan mata main sebat aje :-P
    Janji ada…. hehehe (perut pun sodap)

    Kalau tetiba dah berbunyi miang tu dah takleh kata apa
    Yg betina dok malu2 meow
    Yg jantan dok kencing merata….. :lol:

  9. ohcikgu says:

    lama gak tak nampak kucing kat sini. hehe..
    ohcikgu baru je tulis kisah Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih 2011 (GSTT-KPLI-PPC)My Profile

    1. suri says:

      cuba guru pi pasar mesti jumpa heeee
      suri baru je tulis kisah Pompey’s Pillar, Alexandria_Manusia Yang Ingkar Part IMy Profile

  10. adele says:

    sy tak ada kucing..tak ada pengalaman nak kongsi..tp sy suka kucing sgt2 :D
    adele baru je tulis kisah Cara Berhadapan dengan Bandwidth Limit ExceededMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun