Kucing Kampung Kucing Bandar

Assalamualaikum / Nama berita

Hari ketiga di Kuching teringat pula pada kucing belaan di kampung. Dengan siapalah agaknya mereka bergurau dan bermain. Selalunya mereka menjadi teman bermain anak bungsu saya terutama dua ekor anak kucing yang baru berumur dua bulan.

Di rumah kakak ipar saya ini juga ada kucing belaan, tapi jenis kucing bandar. Nampak macam dalam keadaan boring je. Kekadang terlentang, kekadang meniarap. Macam orang putus cinta pula lagaknya. Tak seperti kucing kampung saya yang cergas dan pandai untuk memanjat, menangkap mengkarung atau berkejaran sesama mereka.

dua dan tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
baru beberapa hari datang ke sini
dah terkenang kampung di seberang

kucing bandar masuk kampung
apabila berjumpa bertegur sapa
biar pun dipuja atau disanjung
adat pusaka janganlah dilupa

kucing di kuching
kucing kampung masuk bandar
tersesat jalan tak dapat pulang
membawa diri jangan tak sedar
adat berdagang di rantau orang

dari bandar pergi ke pending
bersiar-siar sambil bersantai
janganlah alim seperti kucing
saji direnung bergerak misai

Beberapa hari sebelum terbang ke Sarawak, kucing kampung saya telah berjaya membunuh seekor ular dekat tangga rumah. Tapi saya tak pasti kucing yang mana satu, mungkin juga Si Kelabu kerana dia yang lebih tua. Pernah sekali 2 ekor burung tersesat masuk ke dalam rumah kami, seekor berjaya dihalau keluar tetapi seekor lagi menjadi mangsa Si Kelabu yang begitu cepat menangkapnya. Makan daging burung la dia malam itu.

Ingin Bela Kucing? Klik Sini!

Malam tadi sempat jalan-jalan ke Kuching Waterfront. Tak lama dan tak jauh kami bersiar. Pengunjung juga tidaklah ramai kerana hari hujan. Petang nanti belum pasti arah mana lagi akan kami tuju

TehrDemikian kisah 'Kucing Kampung Kucing Bandar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


58 Comments

  1. mama says:

    Salam,

    Bolehlah keseberang menaiki bot (tambang 50 sen) dan singgahlah ke tempat menjual kek lapis (dayang salhah) memang best kek nya…

    1. tehr says:

      sudah ke seberang
      tapi belum masa lagi beli kek

      1. sangilapi says:

        apa nama tempat di seberang tu ?

        tak silap aku ada bunyi petra- petra[lebih kurang macam tu lah] :)
        sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

        1. tehr says:

          nama tempat kat seberang tu petra jaya, bro

            1. tehr says:

              kalau tak silap
              almarhum sultan yahya petra datang lawat ke sini
              sebab tu diberi nama petra jaya

          1. sangilapi says:

            baru aku ingat :)

            betul lah tu,nama tersebut.
            sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

  2. suri says:

    salam..
    tangkasnya kucing itu hee..

    dulu suri ada bela kucing nama di tompok heee

    1. tehr says:

      kucing kampung memang macam tu, suri
      mereka memang tak duduk diam

      1. dnoBiz says:

        Tak kena gaya anak ayam pun dia sebat…, :D

        Ps : aku baru perasan blog kau ngan Jo sama cerita pasal kuching :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Pendidikan Seks – Bukan salah Faham Tapi Aku Tak Tahu Apa SebenarnyaMy Profile

        1. tehr says:

          betul tu dB
          pernah gak kucing aku rembat anak ayam :D

          yups, jo pun cerita pasal kucing teman blogging dia

        2. Ladfe Amir says:

          kebetulan yg menarik.

  3. akubiomed says:

    Dah pergi sana jangan lupa pekena mee kolok. Teringat dulu masa mula-mula sampai di bandar kuching singgah restoran menghilang tekak kering. Minta air gas Pepsi yang tukang ambil pesanan kata tak ada tapi Cola ada. Sekali sampai air gas Pepsi rupanya disana air gas dipanggil Cola. :-)

    1. tehr says:

      pernah makan mee kolok dulu2

  4. dnoBiz says:

    Seronok gak bila dapat tengok tempat orang ni, :D

    Ps: Bela Kucing adalah salah satu cara paling berkesan untuk basmi tikus (bunuh ular dah termasuk dalam kes menyelamatkan nyawa tuan dia dah tu)
    dnoBiz baru je tulis kisah Top Up BandWith – Bandwith dnoBiz sudah kehabisanrullaziMy Profile

    1. akubiomed says:

      Sekarang tidak boleh nak bela kucing sebab isteri dan anak-anak ada asma. Kalau kucing orang pikat dari jauh jer :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Pelajaran seks disekolah bersediakah kita dari segi mentalMy Profile

      1. tehr says:

        betul tu, bro
        bulu kucing ni tak sesuai dengan penyakit asma

      2. dnoBiz says:

        Boleh cuba Sarang Burung Bro, memang terbaik untuk asma ni
        dnoBiz baru je tulis kisah Pendidikan Seks – Bukan salah Faham Tapi Aku Tak Tahu Apa SebenarnyaMy Profile

        1. tehr says:

          alhamdulillah
          anak2 aku tak ada yg asma sekarang
          ~sarang burung ni mahal gak ni, dB
          ~tapi memang bagus untuk kesihatan

    2. tehr says:

      dah 2 kali kucing aku berlawan dengan ular
      kali pertama beberapa tahun dulu

  5. adah says:

    bestnya dapat jalan2 kat kuching meow meow….hehehe..

    dulu ade kat kucing…nama ‘cantik’…bila panggil “cantik…ooo…cantik..” terus dia datang…hehehe
    adah baru je tulis kisah dRainbow Closet Big December Giveaway!!!!My Profile

    1. tehr says:

      tak berapa best sekarang ni, adah
      musim hujan ni

  6. zulkbo says:

    salam..
    hebat kucing kampung tu..
    berdarah panglima belaka..
    kampung bandar macam
    saya juga lah..makanan
    segera banyak..jadi malas..
    zulkbo baru je tulis kisah Doktor Muda Mengelak Bekerja Di Luar BandarMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      gitu la gayanya, zul
      saya selalu biarkan mereka bermain dalam semak
      baru la betul2 jadi kucing

  7. zulkbo says:

    bukan kampung bandar..
    KUCING BANDAR..
    ***pembetulan..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Doktor Muda Mengelak Bekerja Di Luar BandarMy Profile

  8. gayahspears says:

    alulu..comeynye kucen~huhu

    1. tehr says:

      ni kucing bandar ni, gayah
      asyik nak tidur je :D

  9. mijie says:

    seronok betul dapat bercuti kan, huhu
    mijie baru je tulis kisah A day in the life of the HTC Desire ZMy Profile

    1. tehr says:

      kalau la dapat bawa htc desire z tu
      laaaagi la best :D

  10. puteri says:

    tu ke kucing bandar tu?
    patotla tak rajin gerak sebab biasa duk dalam sangkar..
    tuan bagi makan, dia tak perlu cari sendiri
    kerja jilat bulu je.
    mandi msti tuan dia jugak..
    emm..
    jangan salahkan dia..
    sbnrnya dia bukan pemalas..
    tapi dia bosan
    dan diajar menjadi malas..
    hu..

    1. tehr says:

      dah makan minum semua cukup
      layan angan2 je la :D

  11. bisk says:

    mesti best penuhkan masa bercuti dengan berjalan-jalan dan melawat kg budaya sarawak kan…gadis2 pon mesti ramai yang cun.hahaha…
    bisk baru je tulis kisah lidah pencintaMy Profile

    1. tehr says:

      tak ada la, bisk
      anak gadis sendiri pun dah besar :)

  12. Cik Siti says:

    kata orang kucing kampung pandai tangkap tikus….
    Cik Siti baru je tulis kisah Malu Bertanya Sesat JalanMy Profile

    1. tehr says:

      kucing kampung tangkap apa saja
      ular pun mau ditangkap

  13. zik says:

    kucing sangkar biasanya kucing yang manja.. huhu
    zik baru je tulis kisah Kompilasi trick video koleksi terbaik 2010!!My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal

  14. Alienelliz says:

    ad gak kawan bela kucing, dia beli rm 400, kucing bndar agaknya, tapi mungkin kucing tu dh di latih, aktif la juga..hehe tp tu la, mkn nak yg mahal je kucing tu..hehe
    Alienelliz baru je tulis kisah Penyelesaian Tiada Idea Menulis Entry-Post BlogMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha makan memang mengalahkan tuan

  15. sangilapi says:

    kat Kuching selama 2 minggu,sape yang bagi makan kucing kat kampung tu ? :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. tehr says:

      terpaksa la minta orang tolong beri makan
      tapi kucing kampung ni, dia pandai gak cari makan sendiri

  16. kakyon says:

    tak suka bela kucing..anak2 semua alahan dengan bulu dia..
    kakyon baru je tulis kisah Tempoh bertenangMy Profile

    1. tehr says:

      ya, kakyon
      ramai yang alahan dengan bulu dia

  17. puteri says:

    mesti dia nk ngorat awek pun malu..
    he.he

    1. tehr says:

      hahaha
      kena la minta tolong orang carikan awek :D

  18. sud@is says:

    suka tengok ja kucing…
    fobia sbb pernah kena cakau ngan kucing
    sud@is baru je tulis kisah Tanda-tanda Terkena SantauMy Profile

    1. tehr says:

      aduh, sakit tu

  19. kakyong says:

    baru ni ade juga kucing singgah beranak kat rumah kakyong… lepas 2 minggu ade pulak anak jiran dtg claim kata itu kucing dia…
    malas la nak gaduh2 kan… bg jer la depa amik balik… huhuu…
    kakyong baru je tulis kisah Prestasi kakyongdotcom @ 7 bulanMy Profile

    1. tehr says:

      rumah kakyong antara yang selamat tu
      ibu kucing ni tau je cari tempat selamat untuk bakal anak2 dia

  20. Ismail N says:

    Syoknya berjalan…
    Jaga2 kucing2 kat sana ada yg mengancam! :D

    1. tehr says:

      aku dah ada bodyguard ni, bro :D
      memang kena jalan tunduk je

  21. Ladfe Amir says:

    kucing memang haiwan yg handal n tangkas dalam kelembutannya. yelah, nama pun suku sakat pak belang.

    aku teringin nak bela kucing balik, tp tinggal kat apartment. manalah ada peluang

  22. Ali ridha says:

    dibawa mentari tu
    tersembunyi kata
    disebalik bumi bertuah.

  23. Ali ridha says:

    bunyi meow sayang datang.

  24. Ali ridha says:

    haiwan kesayangan Nabi.
    belai la.

  25. Ali ridha says:

    kamu ada aja.alim kucing
    asyik kamu bilang dong.hehehehe………

  26. Ali ridha says:

    kucing memang bijak mengambil
    peluang.

    1. Norgadis says:

      kucing kepala hitam agaknya yg bijak mengambil peluang tu…
      Norgadis baru je tulis kisah Hari Pertama Bercuti Di Kota KinabaluMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun