Kraftangan Dan Aku

Kraftangan yang banyak dijual memang semuanya cantik kerana dihasilkan oleh mereka yang mahir dan berbakat. Hasil kerja mereka dibuat dengan penuh minat dan perasaan. Harga pun boleh tahan jadinya. Kalau mahu dan rajin, kita juga boleh membuat kraftangan sendiri di rumah. Ada sesiapa yang pernah buat kraftangan?

Sebelum rumah yang kami duduki siap sepenuhnya tiga tahun dahulu, aku buat kraftangan yang satu ni. Sampai sekarang masih elok dan masih boleh digunakan. Ada gambarnya aku letakkan kat bawah entri. Memang cantik [ikut pandangan aku yang membuatnya]. Siapa yang kata tak cantik, memang tak reti seni! Hahaha…

ukiran lembut banyak hiasan
anyaman indah sangat berguna
kalaulah diturut hati berkenan
sampai ke rumah kutanya nama

Mahu menghasilkan kraftangan sendiri bukannya payah. Kita boleh sahaja gunakan apa-apa bahan terpakai atau terbuang asal sahaja masih boleh digunakan dan tidak merbahaya. Ubah sedikit mengikut kreativiti kita agar sesuai dan boleh digunakan nanti. Jangan pula buat benda yang tak boleh diguna dan tak ada guna. Membazir masa tu…

Inilah ‘keras tangan’ lampu mudah alih yang aku buat. Cantik dan berguna, kan? Masih elok biar pun sudah beberapa tahun dihasilkan. :D

lampu mudah alih


Peraduan Kraftangan dan Aku ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh ‘kedaikraft.blogspot.com’ dan ‘Craftzee’. Peraduan mudah ini akan tamat pada 18 Mac 2012 jam 12 pagi. Masih banyak masa lagi untuk sahabat blogger menyertainya dan berkongsi pengalaman.

TehrDemikian kisah 'Kraftangan Dan Aku' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. krafttangan… terbayang di kepala jenis yg sulam2… x terlintas plak lampu mudah alih… kretip… jimat tenaga plak tu…heeeeee
    melatiqistyna baru je tulis kisah Moga Selamat Semuanya………My Profile

    1. hafizmd says:

      =) sama2….ingat kerusi rotan ke, bakul anyaman ke…sekali keluar lampu gantung….hohohoho

      terbaik cikgu!
      hafizmd baru je tulis kisah Edisi KOrek:Entri Paling Tak PopularMy Profile

      1. tehr says:

        sekali keluar ‘keras tangan’ daa…
        haha

  2. [...] 3) Ringantangan 4) MyLifeMyPrimaryPlan 5) Benjy 6)IeraAsyiera 7) Cahaya Cinta 8 ) Yastro 9) Teh Ramuan Sekian. Jumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :900 Posted in Blog Tags: peraduan, peraduan [...]

  3. zool says:

    Hahahahah. kelakar dan kreatif. terima kasih kerana join
    zool baru je tulis kisah Perkataan yang tiada kaitan dengan binatangMy Profile

    1. tehr says:

      tumpang meriahkan majlis, bro

  4. segalabenda says:

    tapi kraftangan ni kene orang yang berseni dan minat..kalau tak ada skill ada kat tangan bahanya pun tak boleh jadi kraftangannya
    segalabenda baru je tulis kisah Kanak-kanak perempuan hilangMy Profile

    1. tehr says:

      tu la yang aku maksudkan
      biarlah boleh diguna dan selamat

  5. Miss Yati says:

    Kreatif dan inovasi, kraftangan yang perlukan pengetahuan serba sedikit dalam elektrik. DIY sendiri lebih puas hati dan ada memori ;)

    1. tehr says:

      memang indah ni, miss yati
      sebabnya kami tiga beranak bermalam di rumah yang belum siap dengan sebiji lampu mudah alih ni

  6. nurmisnan says:

    har3… Cool and kreatif.. tak sangka boleh gantung gituh
    jer. macam lampu bal bulat. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah AL Fatihah untuk adik Nurul NadirahMy Profile

    1. tehr says:

      senang untuk dipasang kat mana2 juga :D

  7. nurmisnan says:

    Aku baru tau ada contest nih.. nanti nak join kalau jadi ler
    barang tuh.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah AL Fatihah untuk adik Nurul NadirahMy Profile

    1. tehr says:

      elok sangat tu, nur
      bertambah seri lagi majlis

  8. rahman says:

    kalau tengok dari keras tangan tu.. rasanya boleh menang ni :)

    1. tehr says:

      hahaha
      memang sangat ‘keras tangan’ si pembuatnya

  9. padin says:

    hehee… teringat masa fenomena bunga daripada straw.. hehee aku pon tak terkecuali… tapi sekarang dah tak ingat,
    padin baru je tulis kisah Cabaran PendamaiMy Profile

    1. tehr says:

      semuanya tinggal kenangan, bro

  10. zulkbo says:

    salam..
    ha ha..terbaik lah..
    saya suka soket plug tu :)
    zulkbo baru je tulis kisah Siti Nurhaliza Feat Sean Kingston – Remember YouMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      boleh buat satu nanti, bro

  11. b3njy says:

    Alamak pakar SEO sudah join…. tak der peluanglah nam menang ni … isk..isk..isk… :( Apa yang penting bersaing secara sihat :D
    b3njy baru je tulis kisah SENARAI PASUKAN YANG BAKAL BERENTAP DALAM PIALA THOMAS 2012My Profile

    1. tehr says:

      kalau semua tarik diri
      aku boleh menang percuma :D

  12. kulanz says:

    kalau dah beberapa tahun dihasilkan dan masih boleh pakai sampai sekarang, maknanya boleh tahan juga keras tangan tu.. :)
    kulanz baru je tulis kisah Tangan Kanan Memberi Sorokkan Tangan KiriMy Profile

    1. tehr says:

      memang masih boleh digunakan, bro
      boleh disimpan bila tak diperlukan

  13. Ladfe Amir says:

    tak minatlah seni2 kraftangan ni. tapi tangan saya tetap lembut walaupun tak disapu dgn losyen

    1. hafizmd says:

      hahahaha….tu tak sapu, cuba bro sapu….mau auwwww!keh3

      p/s-kraftangan ni mmg kena ada bakat semulajadi…hasilnya mesti lebih ori =)
      hafizmd baru je tulis kisah Edisi KOrek:Entri Paling Tak PopularMy Profile

      1. tehr says:

        auwwww!
        tak kuasa!

  14. Norizwan says:

    DIY bro…:)…kreatif dan berisiko ni hehe…:)kena karan naya kang hehe…:)
    Norizwan baru je tulis kisah Nurul Nadirah (Dirang) disahkan meniggal duniaMy Profile

    1. tehr says:

      selamat, bro
      budak2 belum cukup umur memang tak digalakan guna lampu ni

  15. akubiomed says:

    Pandai buat pendawaian. Plastik botol yang digunakan tidak cair ker bro?
    akubiomed baru je tulis kisah My Pinky Moments Contest – EyriqazzMy Profile

    1. tehr says:

      sepanjang malam pun tak cair
      ok je

  16. titan says:

    ada peluang nak menang ni. hehe..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 90 dari TNXMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      dengan syarat semua peserta lain menarik diri secara sukarela

  17. chii says:

    kalau pandai bab2 mcm ni..beruntung la..
    mmg hasil ‘ keras tangan ‘ yang menarik..ehehe

    unik dan berguna…selamat maju jaya buat cikgu :D
    chii baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru Iqwan & SyazzanaMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      menarik dan tertarik :D

  18. yas says:

    entri kerastangan yg mantop dari cikgu tehr nih….
    yas baru je tulis kisah AL~FATIHAH BUAT ADIK NURUL NADIRAH ABDULLAH @ DirangMy Profile

    1. tehr says:

      aku masih dok senyum lagi ni dengan ‘keras tangan’ tu

  19. Amirez says:

    inilah kraftangan paling kreatif yang pernah aku tengok selama ni hehe. good luck bro dengan contest ni. harap boleh menang, idea kreatif dah tu ;)
    Amirez baru je tulis kisah 1000 Facebook LikesMy Profile

  20. mie says:

    semoga berjaya…
    tapi bahaya tu, xde cop sirim..
    ehehehee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #9My Profile

  21. budakserius says:

    Best pantun tu.hehe
    budakserius baru je tulis kisah Gambar Neelofa Ke Scotland – London – ParisMy Profile

  22. kimmie says:

    wah kreatif ni, ‘keras tangan’ yang membuahkan hasil ni :)
    kimmie baru je tulis kisah MegaGiveAway by Penmerah.comMy Profile

  23. Mus says:

    memang kreatif.. boleh minta approval sirim sudah ni
    Mus baru je tulis kisah Terokai Kehidupan Tepi Sungai Di Weston Wetland Park, SabahMy Profile

  24. tiup lilin sampai padam
    sambil meraut penyapu lidi
    seni tangan bakat terpendam
    asal rajin semua menjadi

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy pemasangan sticker bomb kereta

  25. Sya Isya says:

    memang mantap keras tangan tu. amat berguna
    Sya Isya baru je tulis kisah KRAFTANGAN DAN AKUMy Profile

  26. [...] ialah Yastro (pertama SEO hadiah RM50 ) dan Teh Ramuan (kedua SEO hadiah RM30). Kedua-dua pemenang ini akan dihubungi melalui emel yang diberi untuk [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun